Nak beli telur mata kerbau pun fikir banyak kali.
Begitu cerita seorang rakan di ofis lama dahulu.
Seperti biasa tiap petang, saya menjemput baby T di rumah pengasuh.
Petang itu baby T mengamuk, tak mahu duduk di carseat. Silap saya juga, tak prepare siap2 makanan macam biasa.
Sambil dia meronta-ronta, saya putuskan untuk singgah di gerai buah di tepi jalan, nak beli buah buat kudapan baby T dalam kereta.
Setelah memilih pisang dan jagung, saya menghulurkan wang pada penjual.
Sambil menunggu wang baki, saya melihat anak penjual yang saya anggarkan berumur dalam 4-5tahun sedang berlari2 di bahagian hadapan gerai.
Gerai itu berada di tepi jalan yang agak berbukit. Ada payung di hadapan gerai. Kaki payung disendal dengan batu, untuk memastikan payung berdiri tegak di hadapan gerai.
Seronok ye beliau ke sekolah untuk darjah 1.
Alkisah kini dah buka sesi persekolahan.
Teringat dalam beberapa minggu yang lepas, ada bersembang berbasa basi dengan seorang kawan tentang persiapan anak masuk sekolah.
Biasalah mak-mak, kita akan tanya
"Dah beli buku ke?"
"Baju sukan yang cikgu cakap tu dah ada stok ke di kedai buku?"
"Dah beli baju sekolah ke?"
Biasa punya soalan je lah kan. I pun just balas soalan yang umum gitu je. Sekali boleh pula kawan tu bagi soalan yang menuntut jawapan yang agak spesifik.
"Beli kat mana baju sekolah anak?" soalannya.
Actually waktu bersembang tu i dah dapat hidu dah perbualan tu auranya gimana, jadi memang dapat detect dah yang ini soalan 'nahas'. So i jawab secara umum juga, malas nak spesifik. Maklumlah menjadi diriku, memang tak mampu nak menipu. Jadi untuk selamat, i jawab secara umum je lah.
I seakan baru nak 'menerima' bahawa kita perlukan skill untuk memekakkan telinga untuk keharmonian hidup.
Dulu macam sedar je, cuma tak berapa nak menerima, apalagi mengamalkan skill tersebut.
Dulu, i amalkan skill mendiamkan terus mulut orang yang berkata tu. Tak tahulah kenapa, rasa rajin benor nak membalas pendapat orang lain, especially kalau yang tiba-tiba entah dari mana sibuk nak hulur pendapat hal hidup i.
Apa jadi lepas i membalas pendapat orang lain? Sebagai manusia yang jenis cakap straight tepat atas muka, mostly orang tu memang akan terdiam dan bitter lah ofkos kan, then akan ada lah scene orang tu sibuk nak membalas semua di kemudian hari ke... Kalau orang tu pula jenis yang ada 'kuasa', hah memang dia akan susahkan hidup i lah kan. And bila direnung semula kisah-kisah dalam hidup daku, idoklah i insaf bila diperlakukan sedemikian rupa oleh orang yang berkuasa, bahkan ia bikin i lebih 'kuat melawan' agittew. Hasilnya? Penat wei... sebab orang yang ada kuasa tu akan tekan lagi kuat, dan kita pula sibuk nak lebih kuat melawan, penat penat penat.
Now, dah malas kot nak menghadapai kepenatan melayan drama hidup sebegitu. Maka kita mula mengamalkan skill memekakkan telinga.
Bila ada yang berkata apa-apa pasal hidup kita ke apa ke, kalau kita tak berkenan, kita diam je la.
Kalau keadaan memerlukan untuk kita bagi reaksi, so balas je "aaaa" "ooo" gitu je, sekadar meraikan si pemberi pendapat.
I mula mempersiapkan diri untuk amal skill ni bila baca banyak kisah ibu bersalin, berpantang dan menyusu dalam grup di FB. Walau ini (insyaAllah) akan jadi kali ke-dua bersalin, berpantang dan menyusu, somehow ada jugalah rasa takut nak hadap apa-kata-orang, especially bila badan dalam keadaan tak 'fit' dan terlalu fragile nanti. Risau diri sendiri yang jadi 'gila' pun satu hal juga. I sendiri takut ye nak hadap diri sendiri yang jadi 'gila' jika ia berlaku.
Incik hero pun ada pesan, apa-apa yang kita baca di media sosial tu, kena pilih-pilih sikit, bukan semua tu kita boleh 'apply' dalam hidup kita.
Haaa... skill pekakkan telinga ni pun i belajar daripada beliaulah. Power betul ye orang yang boleh baca, dan dengar pendapat orang lain, boleh huha huha gelak-gelak dengan orang lain ibarat tak ada rasa apa bila ada orang bagi pendapat hal hidup kita.Tapi at certain point, boleh langsung tak terkesan wuiii. Power betui. Sebab tu kot ramai orang suka bersembang dengan beliau, memang jenis yang melayan orang.
I turut mendoakan semoga anak-anak i akan mewarisi dan belajar skill pekakkan telinga tu daripada bapak diorang. Hubungan sesama manusia terjaga, hidup lebih harmoni.