Cik adik ni dipercayai telah letak slime di rambutnya.
.
Hasilnya, rambut keras kejung.
.
Cubaan menyelesai masalah, i pun basuh rambut beliau, boh syampu, rendam air, bolehlah terurai sedikit.
.
Cubaan untuk terus menyelesai masalah, i bawa beliau ke salon, cuci rambut yang keras kejung itew. Kalau nak bayang, sila bayang ibarat hang pi letak gam gajah atas rambut. Haaa gitu keras kejungnya.
.
Orang salon cuba syampu, boh perapi, segala pelembut yang ada, pelbagai sikat yang ada...
.
Hasilnya adalah tak berhasil kahkah. Masih lekat walau berjaya diuraikan sedikit.
.
Solusi paling vavavum, menggunakan kuasa veto seorang mama, i minta orang salon potong je rambut beliau. Haaaa selesai.
.
Zaman kecik sebegini, biarlah rambut pendek je. Senang nak jaga. Sesuai dengan dirimu yang tak suka sikat rambut, bahkan marah mama kalau nak ikat rambut.
.
Sebagai kategori mama yang rimas tengok rambut anak berkibaran, maka potong rambut jadi pendek sebegini, sedikit sebanyak bikin puas hati hehe.
.
Sekian update.
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.