MENERIMA DAN MEMBERI DALAM RUMAHTANGGA

12:33

Hari tu rancangan ala2 dokumentari di TV3, tentang perkahwinan seorang anak VIP.

Di penghujung rancangan, si suami dan isteri diberikan soalan seperti apakah harapan selepas berumahtangga (dalam rancangan tu tak ditayangkan soalan, terus kepada jawapan mereka). 

Jawapan suami : 
"Semoga xxx (nama isteri) dapat menjadi isteri yang solehah buat saya, dan boleh MENJAGA SAYA dengan baik selama-lamanya."

Jawapan isteri :
"Berharap agar saya dapat menjadi isteri solehah buat suami saya dan menjadi isteri terbaik untuknya."

Respon saya :
"Kah kah kah. Lelaki memang jenis berkahwin untuk MENERIMA sahaja ke? Dan perempuan pula berkahwin hanya untuk MEMBERI ke?"

Ini mungkin pengaruh drama tv.
Mungkin kerana adat turun temurun.
Entah.

Cuma saya terkilan dengan jawapan seorang lelaki yang berkahwin dengan harapan untuk MENERIMA, bukannya MEMBERI yang terbaik untuk isteri. 

Dont get me wrong. 

Bukannya tak boleh berharapan dalam perkahwinan.
Tapi mindset yang kita tanam dalam diri tu yang menjadi faktor penting bila kita menjawab persoalan 'apakah harapan dalam perkahwinan'. 

Saya doakan si suami tetap redha dan bahagia jika si isteri itu tidak dapat memberi yang terbaik pada si suami.

Kerana perkahwinan menuntut kita lebih memberi.

Amin.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.