I TAK SAMA MACAM ORANG LAIN

12:30

Saya mengajak Mr R ke pasar malam.
Nak jalan-jalan, rasa lemau je kalau di rumah. Begitu kata saya.

Mr R hanya menurut, mengambil kunci kereta.

Selepas ke pasar malam, kami singgah di pasaraya baru berdekatan dengan pasar malam.

Mr R membeli susu cair dan buahan dalam tin, mahu minum koktail, katanya.

Malam selepas solat isyak berjemaah, saya terus ke dapur.

Saya menyediakan koktail.

Siap 1 jag koktail yang menyelerakan.

Sambil menuang air koktail ke dalam cawan, saya berkata

"Orang lain memang selalunya suka je buahbuahan ni, siap korek-korek lagi.I TAK MACAM TU. I LEBIH SUKA LAYAN AIRNYA SAJA. I TAK SAMA MACAM ORANG LAIN."

Laju saya menutur begitu.
Mr R tersengih mengiyakan.

Dia memang sudah arif dengan keletah saya, tak suka kelihatan sama seperti orang lain.

Dalam tak sedar, kata-kata saya tadi telah buatkan saya berfikir.

Selalu juga saya berkata sebegitu kepada Mr R.

TAK SAMA MACAM ORANG LAIN.

MEMANG LAIN DENGAN KEBANYAKAN ORANG.

Itu antara ayat yang saya kerap juga katakan.

Jauh saya termenung dan berfikir kembali.

Begitulah seorang isteri, yang sentiasa mahukan kelainan daripada orang (wanita) lain di pandangan suaminya.

Seorang isteri yang mahu hanya dialah yang menonjol di mata suaminya.

Bukankah apabila saya berkata SAYA TAK SAMA DENGAN ORANG LAIN, itu sebenarnya membawa maksud SAYA ISTIMEWA, MEMANG AWAK TAKKAN JUMPA WANITA LAIN SEPERTI SAYA.

Atau lebih jujur, ia membawa maksud HARGAILAH SAYA, SPECIAL EDITION NI TAU.

Iya, begitulah yang sebenarnya.

Hanya luahan seorang isteri yang mahu kelihatan istimewa oleh suaminya.

Itu sahaja.

Begitulah seorang isteri.

Seboleh mungkin, dalam hal apa pun, dia mahu kelihatan lain yakni istimewa oleh suami.

---
Gja 
Minum koktail, tak kaut buah.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.