kisah kehidupan

KISAH ROMANTIK TENTANG SUAMI YANG BERALAH UNTUK BAHAGIAKAN ISTERINYA

17:43

Tersebutlah kisah, seorang isteri yang suka memancing.

Suka yang tahap nak mancing tiap hari. 

Selalunya lelaki yang gila memancing, perempuan jarang. Tapi ni perempuan yang kaki pancing. 

Rare gitu.

Nak tau apa yang lagi rare?


Teruskan membaca. 

Ini kisah benar. 
Lelaki itu yang bercerita pada saya. 

Lelaki itu berusia dah lebih 60tahun kot mengikut jangkaan saya. Kalau muda sikit pun, mungkin dalam hujung 50-an. 

Isterinya pun lebih kurang itu usianya. 

Isterinya itu  gemar memancing. 

Mereka orang kampung, jadi tempat memancing adalah sawah atau sungai yang ada berdekatan rumah. 

Saya panggil beliau sebagai Mak Lang dan Pak Lang. 

Takdir Allah, mereka tak punyai anak kandung sepanjang perkahwinan. Mereka membela seorang anak saudara yang dijadikan anak angkat. 

Mereka sunyi. 

Jadi mereka habiskan masa dengan memancing. 

Pergi ke lokasi memancing bersama, tapi yang akan mulakan sesi memancing adalah Mak Lang. 

"Bila Mak Lang tu mancing, aku duduk dalam kereta je."

Pak Lang mula cerita. 

"Aku perhati je dari jauh, aku tunggu sampai Mak Lang dapat ikan." 

ujarnya lagi. 

Saya tekun mendengar. Macam best je cerita ni. 

"Nak tau Mak Lang dapat ikan, senang je. Beliau akan melompat kegembiraan dapat ikan. Lepas tu, baru aku join mancing."

Pak Lang tersengih. 

Saya diam je, terus mendengar. 

"Mak Lang kau tu, suka sangat mancing. Tapi dia pantang kalau Pak Lang yang dapat ikan dulu. Mau merajuk memanjang."

Pak Lang sakan bercerita. 

Ceritanya lagi, dulu waktu baru kahwin, memang selalulah Mak Lang merajuk kahkah. Sebabnya hanyalah bila Pak Lang yang dapat ikan terlebih dahulu. 

Jadi untuk memastikan isterinya tak merajuk, Pak Lang akan tunggu dalam kereta je dulu. Kalau tertidur pun, tidurlah. Hanya bila Mak Lang dah dapat ikan, baru lah Pak Lang turut serta memancing. 

Kalau sepanjang hari tak dapat ikan, tak apa.

Tapi kalau Pak Lang yang dapat ikan dulu, Mak Lang confirm merajuk. 

Ermmm macam comel je kisah ni kan. 

Ni kisah benar, Pak Lang yang cerita kisah ni pada saya. 

Betul lah orang kata, nak gembirakan perempuan, tak semestinya perlu pakai duit. 

Pada saya, kisah ini adalah cukup romantik.

Sweet gitew. 


Tak semestinya suami bagi bunga, bagi ayat pickup line , itu dikira romantik.

Ada pelbagai cara untuk jadi 'romantik'. 

Sebagai isteri, perkara kecil sebegini pun dah boleh bikin hati bunga-bunga. 

Teringat pesanan ulama, isteri mudah lupa (mungkin tak nampak) apa yang dilakukan suami. 

Benda kecil macam ni pun adalah tanda kasih sayang suami. Isteri kena selalu buka mata pada perkara kecil sebegini. Menghargai.

Walau tiada anak kandung, mereka berbahagia dengan hidup mereka.

Ada banyak cara untuk hidup bahagia. 

Kita hanya perlu buka mata dan jiwa. 

---

Gja. 
Tak minat memancing. 

You Might Also Like

1 comments

  1. POKERVVIP AGEN POKER TERPERCAYA
    *POKERVVP* Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.
    *1 User ID 8 Permainan : * Poker - * -Domino99-*BandarKiu-*Bandar Poker-*Adu Kiu-*-Capsa Susun-*-Sakong *-Bandar 66-*

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 10,000 ( Rekening)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)
    - Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)

    *Bonus Terbesar
    - Bonus CASHBACK 0.5%
    - Bonus Referral 15%

    Bandar Poker Online
    Agen Poker Online
    agen poker
    Cerita Dewasa
    Bandar Ceme
    bandar poker
    Poker Online
    Bandar Domino Online
    Agen Domino Online
    game terbaru

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.