Hari tu rancangan ala2 dokumentari di TV3, tentang perkahwinan seorang anak VIP.
Di penghujung rancangan, si suami dan isteri diberikan soalan seperti apakah harapan selepas berumahtangga (dalam rancangan tu tak ditayangkan soalan, terus kepada jawapan mereka).
Jawapan suami :
"Semoga xxx (nama isteri) dapat menjadi isteri yang solehah buat saya, dan boleh MENJAGA SAYA dengan baik selama-lamanya."
Jawapan isteri :
"Berharap agar saya dapat menjadi isteri solehah buat suami saya dan menjadi isteri terbaik untuknya."
Respon saya :
"Kah kah kah. Lelaki memang jenis berkahwin untuk MENERIMA sahaja ke? Dan perempuan pula berkahwin hanya untuk MEMBERI ke?"
Ini mungkin pengaruh drama tv.
Mungkin kerana adat turun temurun.
Entah.
Cuma saya terkilan dengan jawapan seorang lelaki yang berkahwin dengan harapan untuk MENERIMA, bukannya MEMBERI yang terbaik untuk isteri.
Dont get me wrong.
Bukannya tak boleh berharapan dalam perkahwinan.
Tapi mindset yang kita tanam dalam diri tu yang menjadi faktor penting bila kita menjawab persoalan 'apakah harapan dalam perkahwinan'.
Saya doakan si suami tetap redha dan bahagia jika si isteri itu tidak dapat memberi yang terbaik pada si suami.
Kerana perkahwinan menuntut kita lebih memberi.
Amin.
Saya mengajak Mr R ke pasar malam.
Nak jalan-jalan, rasa lemau je kalau di rumah. Begitu kata saya.
Mr R hanya menurut, mengambil kunci kereta.
Selepas ke pasar malam, kami singgah di pasaraya baru berdekatan dengan pasar malam.
Mr R membeli susu cair dan buahan dalam tin, mahu minum koktail, katanya.
Malam selepas solat isyak berjemaah, saya terus ke dapur.
Saya menyediakan koktail.
Siap 1 jag koktail yang menyelerakan.
Sambil menuang air koktail ke dalam cawan, saya berkata
"Orang lain memang selalunya suka je buahbuahan ni, siap korek-korek lagi.I TAK MACAM TU. I LEBIH SUKA LAYAN AIRNYA SAJA. I TAK SAMA MACAM ORANG LAIN."
Laju saya menutur begitu.
Mr R tersengih mengiyakan.
Dia memang sudah arif dengan keletah saya, tak suka kelihatan sama seperti orang lain.
Dalam tak sedar, kata-kata saya tadi telah buatkan saya berfikir.
Selalu juga saya berkata sebegitu kepada Mr R.
TAK SAMA MACAM ORANG LAIN.
MEMANG LAIN DENGAN KEBANYAKAN ORANG.
Itu antara ayat yang saya kerap juga katakan.
Jauh saya termenung dan berfikir kembali.
Begitulah seorang isteri, yang sentiasa mahukan kelainan daripada orang (wanita) lain di pandangan suaminya.
Seorang isteri yang mahu hanya dialah yang menonjol di mata suaminya.
Bukankah apabila saya berkata SAYA TAK SAMA DENGAN ORANG LAIN, itu sebenarnya membawa maksud SAYA ISTIMEWA, MEMANG AWAK TAKKAN JUMPA WANITA LAIN SEPERTI SAYA.
Atau lebih jujur, ia membawa maksud HARGAILAH SAYA, SPECIAL EDITION NI TAU.
Iya, begitulah yang sebenarnya.
Hanya luahan seorang isteri yang mahu kelihatan istimewa oleh suaminya.
Itu sahaja.
Begitulah seorang isteri.
Seboleh mungkin, dalam hal apa pun, dia mahu kelihatan lain yakni istimewa oleh suami.
---
Gja
Minum koktail, tak kaut buah.
Ni testimoni Mira setelah konsisten 3 bulan ambik Vivix.
'Jerawat mira' atau kak Mia anak sulong Mira selalu panggil 'jerawat mama'.
Kalau dia nampak orang jerawat besar kat pipi pun dia selalu panggil "tu macam jerawat mama".
Stress mama dia😂
Pada mulanya.. Muka Mira breakout teruk lepas cuba satu skincare ni. Sampai segan jugak bila ramai yang tanya kenapa dengan muka Mira.
Hampir setahun jugak muka Mira teruk breakout macam tu. Dah cuba macam2 skincare pun Mira masih tak puas hati.
Sebabnya jerawat memang jadi kawan baik.
Muka selalu berminyak walaupun lepas basuh muka.
Nampak jelas bercapuk-capuk bila pakai bedak.
Bahagian pipi dan hidung memang selalu naik jerawat yang merah-merah. Inflammed.
STOP SEMUA SKIN CARE
So Mira stop semua skincare, dan fokus pemulihan dari dalam.
Sebab jerawat pun indikasi masalah dari dalam yang tak sihat.
Lepas konsisten ambik Vivix dan ESP selama 3 bulan...
Dalam sebulan ambik Vivix dah nampak jelas merah-merah jerawat dah berkurang.
Bila masuk bulan kedua Mira nampak banyak perubahan baik. Alhamdulillah.
Seterusnya pada bulan ke3 ni lah Mira nampak jerawat memang susah dah nak naik.
Liang pori semakin kecil. Kulit pun makin cerah dan parut-parut kawah yang dalam tu pun dah makin 'cetek' hehe.
Sape tak senang hati bila muka dah kembali ok.
Lepas ni memang Mira kena jaga-jaga untuk ambik sebarangan skincare.
Ni ShakleeEffect Mira.. memang puas hati sesangat!!😊👍
Alhamdulillah.. syukur sangat. Bila bab muka dah ok.
Lega dan boleh fokus untuk perkara lain..😊
-Mira Hamzah-
Teruja?
Roger saya ok.
Gja
Your Trusted Shaklee Distributor
019.5161.862
Di playground.
Saya bawa Tiara bermain.
Bila dah habis, saya pun memakaikan selipar pada Tiara, sebab playground tu jenis kena buka selipar.
Waktu tunduk memakaikan selipar tu lah, saya nampak satu scene yang buatkan saya buntang biji mata.
Ada 3 beradik, kesemuanya lelaki. Fatah, 10 tahun. Fatih, 8tahun. Fatuh, 3tahun. Nama tu saya teka je, untuk mudah cerita. Umur pun anggaran mata kasar saya.
Si Fatuh ni galak bermain, bersama si Fatih di playground.
Mungkin dah sampai masa, si Fatah selaku abang pun mengajak adik-adiknya pulang.
Well, budak mestilah nak main lagi. So si Fatah ni bertindak mendukung si Fatuh ni untuk keluar dari playground tu. Si Fatih pun terpaksa mengikutlah bila abang dah datang dukung adik.
Kalut-kalut nak keluar dari playground, ada sesuatu yang terjatuh dari adiknya, si Fatuh itu. Mungkin jatuh dari tangan, mungkin jatuh dari poket, saya tak pasti.
Fatah terperasan benda yang jatuh tu.
Fatah pun menyuruh Fatih kutipkan benda yang jatuh tu, sebab Fatah sukarlah nak tunduk kutip sebab sedang mendukung si Fatuh tu.
"Kutip benda tu," ujar Fatah ke arah Fatih.
Fatih tengok benda tu, tapi beliau buat derk je.
"Kutiplaaaah" Fatah ulang suara, tapi masih tak dipatuhi Fatih.
Fatah yang sudah beberapa langkah keluar dari playground, terus berpatah balik ke arah playground, lalu mengutip sendiri benda itu.
Gais, sambil dukung budak, sambil nak tunduk kutip barang. Can you imagine? Perlu effort kan?
Begitulah kesungguhan si Fatah untuk mengutip kembali benda tersebut.
Wah, pasti benda itu adalah sesuatu yang penting kan?
Sampaikan si Fatah sanggup berpatah balik, membongkok lalu mengutip benda tersebut.
Saya pun cepat-cepat besarkan anak mata, nak tengok apa bendalah yang dikutip si Fatah tu. Effort sangat.
Dah tengok benda tu, buntang terus mataku!
U know what?
Benda itu adalah SAMPAH!
Sejenis plastik bungkusan, macam bungkusan aiskrim or jajan, saya tak pasti. Yang pasti, ianya adalah sampah.
Saya terkedu.
Atau lebih jujur, saya terkagum.
MasyaAllah, bagaimana seorang anak berusia 10tahun, boleh bertanggungjawab sebegitu?
Datang ambil adik yang sedang main, itu satu hal.
Kutip sampah yang terjatuh, itu satu hal.
Padahal ramai lagi orang di luar sana yang selamba buang sampah sesuka hati, merata-rata.
Subhanallah, saya yakin mereka dibesarkan oleh ibubapa yang baik dan bertanggungjawab.
Saya yakin, ibubapanya adalah sangat hebat.
Terus, saya mendoakan si Fatah membesar agar menjadi pejuang agama kelak. Seusia ini sudah bertanggungjawab sebegitu, moga besar menjadi penyejuk mata ibu dan ayah.
Moga Fatah membesar menjadi lelaki hebat.
Moga adik-adiknya juga bakal menjadi lelaki yang hebat juga.
Sejuk mataku melihat, sejuk lagi perut ibumu yang mengandung.
Jom, kita didik anak-anak kita agar jadi manusia bertanggungjawab, sejak dari kecil lagi.
--
Gja
Prepare jadi mertua pilihan.
Tersebutlah kisah, seorang isteri yang suka memancing.
Suka yang tahap nak mancing tiap hari.
Selalunya lelaki yang gila memancing, perempuan jarang. Tapi ni perempuan yang kaki pancing.
Rare gitu.
Nak tau apa yang lagi rare?
Hai semua.
Kali ni saya nakcerita tentang promosi istimewa di bulan Februari 2020.
Boleh dikatakan, majoriti produk yang ada promosi ni adalah produk yang boleh kuatkam sistem imunisasi kita. Dewasa boleh, kana-kanak pun boleh.
Setiap bulan, Shaklee akan buat promosi. Untuk Februari, ada promosi apa pula ye?
Jom kita lihat.
PRODUK : HERBLAX
PENGALAMAN SENDIRI MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR DENGAN CARA YANG SANGAT MUDAH DAN BERKESAN
11:48
Hai.
Biasanya oraang rasa agak malu dan segan untuk bercerita soal membuang ni.
Takpelah, biarlah orang lain malu, saya tolak ke tepi perasaan malu tu untuk sebarkan kebaikan yang saya dah pun dapat.
Dulu, saya lah antara manusia-manusia yang rajin search Google dengan kata kunci :
'cara buang air besar dengan mudah'
'selesaikan masalah sembelit secara semulajadi'
'sebab sembelit'
'minum air untuk sembelit'
Salam semua.
Pembukaan tahun 2020 yang sangat menarik.
Shaklee telah melancarkan laman web yang baru buat kegunaan pengedar dan pengguna Shaklee.
Jika dahulu, Shaklee menggunakan laman web Shaklee2u, kini laman web Shaklee2u juga akan membawa kita ke laman web baru iaitu :