REVIEW BY GJA

PENGALAMAN KE TAMAN BURUNG MELAKA YANG SANGAT BERBALOI BAWA BUDAK

13:41


Hai.

Dah lama peram cerita tentang saya pergi ke Taman Burung di Melaka.

Sangat sangat sangaaaaaaaaaaat sesuai dan berbaloi untuk bawa budak.

Ni pilihan selain zoo la.

Di sini ada banyak burung, warna-warni lagi.

Sangat mengujakan budak-budak.

Ok, saya pergi dulu bersama dengan famili in law, dengan anak-anak buah la senang cerita.

Sebelum tu nak ingatkan yang makanan luar langsung tak dibenarkan!
Jangan memandai bawa ya.

LOKASI TAMAN BURUNG MELAKA
Sangat dekat dengan Zoo Melaka.
Boleh search je.


Dari Zoo Melaka tu, sila ke arah belakang, anda akan melepas Melaka Wonderland.

HARGA MASUK 

Disebabkan Taman Burung ni sangat dekat (bersebelahan?) dengan Melaka Wonderland (Taman Tema Air), maka harga pun ada yang boleh combo.

Oh ya, pastinya rakyat Malaysia dapat diskaun. jangan lupa bawa ic anda yaaaa.

Tengok gambar bawah ni.

Dewasa : RM17.80
Kanak-kanak : RM11.85
Warga Emas : RM11.85

Harga tiket Taman Burung sahaja

Harga kombo pun dapat diskaun jika bawa ic.

Kombo tu maksudnya boleh masuk Taman Burung & Melaka Wonderland sekali.

Dewasa : RM47.40
Kanak-kanak : RM35.55
Warga Emas : RM28.45

Harga tiket kombo Taman Burung & Melaka Wonderland

Ok dah selesai membayar, dah bolehlah masuk.

Depan kaunter tu, ada kiosk jual cenderamata juga.

Yang bergantungan tu adalah cenderamata.

Haaaa boleh bergambar duluan di pintu masuk

Selfie bersama anak pun boleh

Lepas bayar tu, akan dapat wristband gini, sila pakai di pergelangan tangan ya.

Nampak tu, ada seekor burung Merak yang sibuk datang jenguk di kaunter.

Ni wristband tu. Sila pakai.

Masuk je dalam, terus jumpa Merak ni sibuk membanggakan diri.

Haaaa kembang ekornya. Bangga lettew.

Ayam pun ado. kategori burung tau.

Ni beliau malas nak mengembang ekor.

Bila jalan-jalan dalam taman tu, boleh nampaklah burung-burung ni berkeliaran.

Nampak kat pokok tu? Ada je yang bertenggek.

Burung berkeliaran dan bertenggek.

Di sini, ada dibuat macam jambatan gantung? Pondok kayangan?

Nak katanya, burung-burung dikurung dalam sangkar besar (jaring), yang kita pun akan masuk dalam sangkar tu.

Dalam sangkar besar tu pula, ada dibuat pondok kayangan ni, untuk burung-burung bertenggek.

yang bestnya, pondok kayangan ni, kita boleh naik.

Ada lif. tapi rosak pula waktu tu adoi.

So kami naik guna tangga je.

Ni lif. tapi rosak.

Merak lagi. Memang menarik perhatian sangat lah si merak ni.

Ini tangga. Bertabahlah ye.
 Bila dah naik atas, bolehlah berjalan sambil layan burung-burung ni mempamerkan kecantikan mereka.

Boleh bagi makanan pada burung-burung ni juga.

Maaflah saya lupa berapa harga makanan burung tu. Ada dijual di kaunter.

Bergambar bersama burung kakak tua.
 Sambil jalan atas titan gantung di pondok kayangan tu, boleh menikmati keindahan burung-buruing pelbagai warna.

Cantik kan?
 Sambil tu, boleh bagi makan burung juga. 
Hanya guna makanan burung yang dijual di kaunter yaaaa.

Bagi makan burung.

Nampak duk bertenggek.
 Anak saya yang kecil tu pun seronok sangat nak bagi makan burung.
beliau ni memang berani. Tak takut pun pada burung-burung tu.

Bagi makan. 
Tengok burung makan.



Oh ya, dalam taman tu ada disediakan air terjun buatan.
Sedap je dengar bunyi air terjun tu, walaupun buatan.
Hehe.

Wajib selfie dengan burung sebagai bukti.

Kat atas pondok kayangan tu, ada juga bahagian yang ada atap.
Boleh je nampak burung-burung yang duk bertenggek di atap pondok tu.


Si burung merah. I taktahu namaaaaa haha.
 Sambil tu, boleh juga dating dengan pasangan masing-masing ya.

Selfie berdua juga perlu ya.
 Pada sesiapa yang berani, bolehlah bagi burung tu bertenggek di bahu.
Then, bagi makan.
Then, ambil gambara gini.

Haaaa baru boleh tayang kat orang.

Saya memang tak berani nak bagi burung bertenggek di bahu hahah.

Haaaa camni. Gambar gini payah nak dapat.
 Yang paling seronok dengan benda gini pastilah budak-budak kan.

Kena dukung untuk bagi makan burung. Sebab burung bertenggek tinggi.

jangan lupa snap gambar bersama si Merak ya.
 Entah Merak mana yang tercabut bulu sehelai ni.
Anak saya jumpa, beliau kutip je. siap bawa balik ke rumah haha.

Terjumpa bulu Merak.
 Dah sudah melayani burung, bolehlah keluar. Belilah cenderamata kalau berminat.

Oh ya, waktu awal-awal masuk kaunter tu, staff akan ajak bergambar di bahagian depan taman tu.

Bila keluar, depa jual gambar kita tu.

kalau berminat, bolehlah beli.

Maaf lagi, saya tak ingat harga gambar ni juga hahah.

Gambar untuk dibeli dan dibuat kenangan.

Dah selesai, boleh lah balik.

Oh ya btw, di sini tiada had masa untuk masuk selama mana pun.

Taman tu, ada je beberapa bangku untuk kita duduk-duduk melepaskan penat.

KONKLUSI

Sebagai manusia yang pertama kali menjejakkan kaki di taan burung, mari saya bagi review jujur.

1. Taman ni tak besar sangat, tapi takdelah kecil sangat. Yang bagusnya tak payah penat jalan jauh macam kat zoo. Just nice je.

2. Pondok kayangan dan titian gantung tu memang idea yang bernas. Seronok pula bila dapat naik tu.
Maklumlah burung kan terbang. kalau kita just berjalan bawah je, camne nak tengok burung kan.

3. Taman ini bersih! Well done staff. 

4. Harga macam mahal. Tapi bila dah masuk sendiri. Memikirkan kos menjaga taman yang bersih, dan menjaga kebajikan burung, saya berpendapat harganya berbaloi.

5. Lokasinya agak terkebelakang. Orang hanya tahu zoo je. tak tahu kewujudan taman burung ni. Famili in law i yang orang Melaka pun tak tahu kewujudan taman ni tau. Pihak staff sila hebatkan marketing anda.

6. Anak i happy, seronok. So saya puas hati.

Sekian buat kali ini.

Bai.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.