CERITA KEHIDUPAN

TANPA WANITA, SIAPALAH LELAKI

11:53

Perempuan.
Bila sedih, dia berdiam diri.
Bila gembira, wajahnya makin jelita.

Perempuan.
Bila marah, dia menjadi berani.
Jangan bersinis tak tentu hala,
bisa saja katanya buat kau terhiris.

Perempuan.
Hatinya mudah berubah.
Mudah tersentuh untuk menyantuni suasana.
Lembut untuk menjadi yang selalu mengasihi.
Keras untuk menjadi yang selalu berpendirian teguh.

Kau akan terpana,
jika kau buat dia menangis,
kerna air mata itu bukan tanda lemah
ia sekadar fitrah.
Bahkan air mata itu yang buat dia semakin kuat.

Kau terpaksa percaya,
perempuan yang selalu menangis itulah
yang selalunya terus gagah
sekali dia melangkah
takkan lagi dia menoleh.

Perempuan.
Tanpanya berjuta lelaki rebah.

You Might Also Like

1 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.