CERITA KEHIDUPAN

KISAH DOKTOR TERSILAP JAHIT SELEPAS BERSALIN

11:54

Doktor pun manusia juga.

Manusia yang setiap masanya adalah sesi pembelajaran.

Manusia yang kadang buat silap.

Perlu ke saya cerita kisah doktor tersilap jahit waktu saya lepas bersalin?

Tapi beliau marah saya dek tersilap jahit. *Yang ni off record lah*

Perlu ke saya cerita yang jahitan tu jadi bernanah selepas seminggu bersalin? Kemudian bila ke hospital, doktor tu tetas jahitan guna pisau. Tertarik-tarik kulitku. Tak taulah pisau tu tumpul atau benang tu kuat sangat. Jahitan di bawah tau. Dek sakit yang tak tertanggung, then saya cakap,

"Guna gunting tak boleh ke?"

Doktor tersebut berhenti seketika. Mungkin cuba hadam cadangan saya. Kemudian beliau ambil gunting lalu zap zap putuskan jahitan.

5 saat selesai.

Menyesal saya tak cadangkan gunting dari awal.

Iya kita manusia memang sejenis makhluk yang sentiasa perlu belajar dan membuat kesilapan.

Saya tak marah beliau waktu tu. Simpan geram dalam hati je. Beliau dah buat yang terbaik.

Iya begitulah manusia.

You Might Also Like

1 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.