BILA NAK BERDUA ?

12:02

Saya berkahwin pada umur 25tahun.
Sebelum itu, saya pernah alami fasa stresnya-dengan-soalan-bila-nak-berdua .
Tambah stres (baca : rasa loser) bila asyik terima invitation ke walimatul urus kawan-kawan.
Dengar cerita ada orang mengurat member pun, boleh tambah stres.
Terfikir la kadang-kadang "eh tak laku ke aku?"
Invitation di mukabuku, banyak yang saya decline, dan tak pergi langsung.
Sebab takmau rasa macam lagi loser gitu.
Haha.
Padahal Hati berperang untuk meyakini bahawa setiap orang dah ada jodohnya, and it just a matter of time.
Konon nak pujuk diri lah.
Hati lebih berperang untuk percaya bahawa Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengatur.
Rasa macam kufur nikmat pula kalau rasa Allah-tak-cukup-baik sebab tak izinkan jodoh datang lagi.
Pendek kata, di luaran saya memang dah stres.
Dalaman pun stres jugalah.

Tapi tapi tapi.
Benarlah benar.
Allah itu Maha Penyayang.
Dia datangkan jodoh saya pada waktu yang tepat.
Dia makbulkan doa saya untuk mengenali suami selepas nikah.
Saya memang takmau berkenalan/berkawan dengan mana-mana lelaki untuk sekadar kenal-kenal, suka-suka.
Try test gitu.
Saya nak berkenalan dengan orang yang memang serius nak kahwin dengan saya.
Saya yang doa gitu.
Sebab tu lah Allah tak bagi mana-mana lelaki berjaya masuk rapat untuk mendekati saya sebelum ni, sebab mereka bukan jodoh saya.
Tak patutlah saya 'tafsirkan' jagaan Allah itu sebagai losernya-aku-sebab-takde-lelaki-masuk-rapat.
Bila fikir balik, saya akui sendiri, yang Allah memang baik.
Allah jaga saya.
Suami saya memang terkejut bila tahu yang saya tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki sebelum kahwin.
Dia tak percaya sebab saya agak 'hot' di kilang tempat kerja.
Haha.
Tak caye sudeyh.

Kepada adik-adik, kawan-kawan, kakak-kakak seislam saya di luar sana...

Kalau kita belum lagi berjumpa dengan jodoh kita, bukan bermaksud kita tak laku.
Tak perlu rasa loser.
Itu adalah jagaan Allah pada kita.

Buah epal yang sedap, memang duduk kat atas pokok, di bahagian tinggi.
Yang tak sedap, ada kat area bawah, senang je orang lalu lalang petik.
Rugilah kalau epal sedap dan bernilai tu 'jatuhkan' diri sendiri ke tanah, hanya untuk rasa 'laku' dan dilihat orang.

Wanita yang baik adalah yang tak dilihat dan tak melihat.

Wallahualam.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda follback

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.