Sesekali, eh macam banyak kali je...
Bila tak ada semangat, rasa malas semacam, rasa down semacam,
Saya akan dengar lagu-lagu yang memberi inspirasi.
Kadang cuba tengok movie yang bagi feel yang bagus, which yang akan buatkan diri ini muhasabah,
then rasa semangat sikit untuk meneruskan kehidupan.
Entahla, makin meningkat usia ni, jadi mudah je untuk duduk sorang-sorang dan hanya buat hal sendiri.
Untuk sesiapa yang mengenali saya,
mesti dah tahu yang saya adalah spesies tak boleh duduk diam,
sibuk sana sini,
suka berinteraksi dengan orang,
suka berkawan,
suka benda yang meriah.
Tapi now,
entahla apa yang tak kena,
saya jadi malas dah nak berada dalam ramai orang,
rasa sangaaaaat suka kalau dapat duduk sorang-sorang,
tengok je orang,
minum kopi seorang diri,
kalau nak tidur, tidur je lah.
Haaa gitu lah gambaran kemalasan dan kepelikan yang dah mula terjadi buat diriku.
Mungkin faktor usia kot.
Jadi nak yang cool-cool je.
Mungkin juga fasa recovery.
Setelah bertahun alami fasa keserabutan dalam mengenal dunia gitu.
And now,
saya dah mula terpanggil untuk menulis di blog ini semula.
Cerita je apa yang saya mahu.
Somehow menulis ni adalah terapi bagi saya.
Saya rasa 'hidup', tiap kali selepas menulis.
Maka,
sebagai salah satu langkah 'menghidupkan' diri,
saya mahu menulis kembali,
biarlah blog ini mengabadikan tulisan saya.
Kalau tidak bermanfaat pada orang lain pun,
saya tahu ianya still memberi manfaat buat diri sendiri.
Sebab?
Setiap kali selepas menulis,
saya akan terasa lega dan lebih semangat untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Sebagai penyeri bagi post ini,
mari saya kongsikan lagu yang sangat sangat sangatttttt bagi semangat di kala 'jatuh'.
Lagu yang bikin kita lebih berani.
Lagu yang bikin kita jadi diri kita.
---
"This Is Me"
(from "The Greatest Showman" soundtrack)
I'm not a stranger to the dark
Hide away, they say
'Cause we don't want your broken parts
I've learned to be ashamed of all my scars
Run away, they say
No one will love you as you are
But I won't let them break me down to dust
I know that there's a place for us
For we are glorious
When the sharpest words wanna cut me down
I'm gonna send a flood, gonna drown them out
I am brave, I am bruised
I am who I'm meant to be, this is me
Look out 'cause here I come
And I'm marching on to the beat I drum
I'm not scared to be seen
I make no apologies, this is me
Another round of bullets hits my skin
Well, fire away 'cause today, I won't let the shame sink in
We are bursting through the barricades
And reaching for the sun (we are warriors)
Yeah, that's what we've become
Won't let them break me down to dust
I know that there's a place for us
For we are glorious
When the sharpest words wanna cut me down
Gonna send a flood, gonna drown them out
I am brave, I am bruised
I am who I'm meant to be, this is me
Look out 'cause here I come
And I'm marching on to the beat I drum
I'm not scared to be seen
I make no apologies, this is me
...This is me
And I know that I deserve your love
There's nothing I'm not worthy of
When the sharpest words wanna cut me down
I'm gonna send a flood, gonna drown them out
This is brave, this is bruised
This is who I'm meant to be, this is me
Look out 'cause here I come (look out 'cause here I come)
And I'm marching on to the beat I drum (marching on, marching, marching on)
I'm not scared to be seen
I make no apologies, this is me
(Whenever the words wanna cut me down
I'll send the flood to drown them out)
I'm gonna send the flood, gonna drown them out
This is me
Lantak pi apa orang kata,
asalkan kita tak berpura-pura,
asalkan kita jadi the best version of ourself.
Bai.
Saya berkahwin pada umur 25tahun.
Sebelum itu, saya pernah alami fasa stresnya-dengan-soalan-bila-nak-berdua .
Tambah stres (baca : rasa loser) bila asyik terima invitation ke walimatul urus kawan-kawan.
Dengar cerita ada orang mengurat member pun, boleh tambah stres.
Terfikir la kadang-kadang "eh tak laku ke aku?"
Invitation di mukabuku, banyak yang saya decline, dan tak pergi langsung.
Sebab takmau rasa macam lagi loser gitu.
Haha.
Padahal Hati berperang untuk meyakini bahawa setiap orang dah ada jodohnya, and it just a matter of time.
Konon nak pujuk diri lah.
Hati lebih berperang untuk percaya bahawa Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengatur.
Rasa macam kufur nikmat pula kalau rasa Allah-tak-cukup-baik sebab tak izinkan jodoh datang lagi.
Pendek kata, di luaran saya memang dah stres.
Dalaman pun stres jugalah.
Tapi tapi tapi.
Benarlah benar.
Allah itu Maha Penyayang.
Dia datangkan jodoh saya pada waktu yang tepat.
Dia makbulkan doa saya untuk mengenali suami selepas nikah.
Saya memang takmau berkenalan/berkawan dengan mana-mana lelaki untuk sekadar kenal-kenal, suka-suka.
Try test gitu.
Saya nak berkenalan dengan orang yang memang serius nak kahwin dengan saya.
Saya yang doa gitu.
Sebab tu lah Allah tak bagi mana-mana lelaki berjaya masuk rapat untuk mendekati saya sebelum ni, sebab mereka bukan jodoh saya.
Tak patutlah saya 'tafsirkan' jagaan Allah itu sebagai losernya-aku-sebab-takde-lelaki-masuk-rapat.
Bila fikir balik, saya akui sendiri, yang Allah memang baik.
Allah jaga saya.
Suami saya memang terkejut bila tahu yang saya tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki sebelum kahwin.
Dia tak percaya sebab saya agak 'hot' di kilang tempat kerja.
Haha.
Tak caye sudeyh.
Kepada adik-adik, kawan-kawan, kakak-kakak seislam saya di luar sana...
Kalau kita belum lagi berjumpa dengan jodoh kita, bukan bermaksud kita tak laku.
Tak perlu rasa loser.
Itu adalah jagaan Allah pada kita.
Buah epal yang sedap, memang duduk kat atas pokok, di bahagian tinggi.
Yang tak sedap, ada kat area bawah, senang je orang lalu lalang petik.
Rugilah kalau epal sedap dan bernilai tu 'jatuhkan' diri sendiri ke tanah, hanya untuk rasa 'laku' dan dilihat orang.
Wanita yang baik adalah yang tak dilihat dan tak melihat.
Wallahualam.
Doktor pun manusia juga.
Manusia yang setiap masanya adalah sesi pembelajaran.
Manusia yang kadang buat silap.
Perlu ke saya cerita kisah doktor tersilap jahit waktu saya lepas bersalin?
Tapi beliau marah saya dek tersilap jahit. *Yang ni off record lah*
Perlu ke saya cerita yang jahitan tu jadi bernanah selepas seminggu bersalin? Kemudian bila ke hospital, doktor tu tetas jahitan guna pisau. Tertarik-tarik kulitku. Tak taulah pisau tu tumpul atau benang tu kuat sangat. Jahitan di bawah tau. Dek sakit yang tak tertanggung, then saya cakap,
"Guna gunting tak boleh ke?"
Doktor tersebut berhenti seketika. Mungkin cuba hadam cadangan saya. Kemudian beliau ambil gunting lalu zap zap putuskan jahitan.
5 saat selesai.
Menyesal saya tak cadangkan gunting dari awal.
Iya kita manusia memang sejenis makhluk yang sentiasa perlu belajar dan membuat kesilapan.
Saya tak marah beliau waktu tu. Simpan geram dalam hati je. Beliau dah buat yang terbaik.
Iya begitulah manusia.
Perempuan.
Bila sedih, dia berdiam diri.
Bila gembira, wajahnya makin jelita.
Perempuan.
Bila marah, dia menjadi berani.
Jangan bersinis tak tentu hala,
bisa saja katanya buat kau terhiris.
Perempuan.
Hatinya mudah berubah.
Mudah tersentuh untuk menyantuni suasana.
Lembut untuk menjadi yang selalu mengasihi.
Keras untuk menjadi yang selalu berpendirian teguh.
Kau akan terpana,
jika kau buat dia menangis,
kerna air mata itu bukan tanda lemah
ia sekadar fitrah.
Bahkan air mata itu yang buat dia semakin kuat.
Kau terpaksa percaya,
perempuan yang selalu menangis itulah
yang selalunya terus gagah
sekali dia melangkah
takkan lagi dia menoleh.
Perempuan.
Tanpanya berjuta lelaki rebah.