CERITA KEHIDUPAN

KERJA KL DUDUK NISMILAN

11:10

Setahun dah hadap. 

Banyak pula orang tanya2, buatkan saya baik hati tulis post ini.

Jom kita layan FAQ yang ada hihi.

Free stock photo of coffee, creative, cup, smartphone


1) Tak penat ke?

Gila ke tak penat. For me inilah point yang buatkan saya berterima kasih pada suplemen. Naik tren sehala 1jam, u kena berdiri je sebab ramaaaai dah manusia lain dalam tren seawai 7am.
Drive lagi penat wooo. Thats why i choose naik tren je. Boleh baca quran ke, baca buku ke, buat bisnes online ke, dalam tren. Produktif gitu.

2) Tak rabak ke poket?

Kalau drive, selain faktor minyak kereta, tol, u kena consider ongkos parking dan usah dilupakan servis kereta. Asyik lenjan, mesti lah kena servis tiptop. 
Option yang lebih murah semestinya naik public transport seperti bas atau tren. Rabak or tak rabak tu, depend pada spending juga lah ye.


3) Serius lah kerja KL duduk Nismilan?

Iya lah.

4) Kelebihan kerja KL?

Market value untuk gaji tu lebih tinggi, boleh jadi jauuuuuh lebih tinggi berbanding u cari kerja area Nismilan. Ni pendapat based on pengalaman cari kerja sekitar Seremban, Nilai dan Senawang. 
Or else kalau nak gaji ala2 KL, Cyberjaya adalah option yang boleh dipertimbangkan.


5) Kelebihan stay Nismilan?

Aman damai. Haha ni kot antara faktor penting yang jadi penguat semangat bagi diriku. Masih suasana kampung. I suka kampung2 ni. Makanan still murah. Kemudahan asas seperti sekolah, hospital, mall, dan tasik rekreasi pun ada je.

6) Best sangat ke stay Nismilan?

Di Nismilan, masih banyak rumah atas tanah, iaitu rumah teres dengan harga murah. Contoh sewa rumah teres setingkat dalam rm700 pun banyak je lagi. Di KL, sewa rm1000 pun u dah kena duduk melangit di tingkat atas2.
Personally, saya tak suka rumah bertingkat seperti flat, apartment, condo ect... I mean, selagi ada pilihan, i would not choose that kind of house.
Saya tak mau kesusahan rebut parking, dan kesukaran tempat anak bermain.
Inilah faktor terbesar kenapa saya stay Nismilan, pada saat saya menulis ini. Selagi ada pilihan, saya pilih untuk tidak ke KL.
Kot lah lepas ni i bertukar fikiran, lain lah keputusan jadinya.
Diingatkan, lain orang lain lah citarasa dan keadaan. Ada je orang yang sanggup bayar rm1500 untuk sewa rumah di tingkat 12 di KL, sebab tempat kerja just 10minit drive. Ada je orang gitu. Yang saya cerita adalah kisah saya je.

7. Cabaran terbesar adalah....?

KTM tak follow schedule haha. Interval antara tren dalam 20-30minit.  Sila praktis kesabaran anda. Kalau company jenis flexible, so okay lah.

Tu je perkongsian buat kali ini. Nak tau lagi, sila tanya di komen.


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.