CERITA KEHIDUPAN

KUTIPLAH BENDA TU

09:41

Di playground.

Saya bawa Tiara bermain.

Bila dah habis, saya pun memakaikan selipar pada Tiara, sebab playground tu jenis kena buka selipar.

Waktu tunduk memakaikan selipar tu lah, saya nampak satu scene yang buatkan saya buntang biji mata.

Free stock photo of trees, grass, park, colors

Ada 3 beradik, kesemuanya lelaki. Fatah, 10 tahun. Fatih, 8tahun. Fatuh, 3tahun. Nama tu saya teka je, untuk mudah cerita. Umur pun anggaran mata kasar saya.

Si Fatuh ni galak bermain, bersama si Fatih di playground.

Mungkin dah sampai masa, si Fatah selaku abang pun mengajak adik-adiknya pulang.

Well, budak mestilah nak main lagi. So si Fatah ni bertindak mendukung si Fatuh ni untuk keluar dari playground tu. Si Fatih pun terpaksa mengikutlah bila abang dah datang dukung adik.

Kalut-kalut nak keluar dari playground, ada sesuatu yang terjatuh dari adiknya, si Fatuh itu. Mungkin jatuh dari tangan, mungkin jatuh dari poket, saya tak pasti.

Fatah terperasan benda yang jatuh tu.

Fatah pun menyuruh Fatih kutipkan benda yang jatuh tu, sebab Fatah sukarlah nak tunduk kutip sebab sedang mendukung si Fatuh tu.

"Kutip benda tu," ujar Fatah ke arah Fatih.

Fatih tengok benda tu, tapi beliau buat derk je.

"Kutiplaaaah" Fatah ulang suara, tapi masih tak dipatuhi Fatih.

Fatah yang sudah beberapa langkah keluar dari playground, terus berpatah balik ke arah playground, lalu mengutip sendiri benda itu.

Gais, sambil dukung budak, sambil nak tunduk kutip barang. Can you imagine? Perlu effort kan?
Begitulah kesungguhan si Fatah untuk mengutip kembali benda tersebut.

Wah, pasti benda itu adalah sesuatu yang penting kan?

Sampaikan si Fatah sanggup berpatah balik, membongkok lalu mengutip benda tersebut.

Saya pun cepat-cepat besarkan anak mata, nak tengok apa bendalah yang dikutip si Fatah tu. Effort sangat.

Dah tengok benda tu, buntang terus mataku!

U know what?

Benda itu adalah SAMPAH!

Sejenis plastik bungkusan, macam bungkusan aiskrim or jajan, saya tak pasti. Yang pasti, ianya adalah sampah.

Saya terkedu.

Atau lebih jujur, saya terkagum.

MasyaAllah, bagaimana seorang anak berusia 10tahun, boleh bertanggungjawab sebegitu?
Datang ambil adik yang sedang main, itu satu hal.

Kutip sampah yang terjatuh, itu satu hal.

Padahal ramai lagi orang di luar sana yang selamba buang sampah sesuka hati, merata-rata.

Subhanallah, saya yakin mereka dibesarkan oleh ibubapa yang baik dan bertanggungjawab.
Saya yakin, ibubapanya adalah sangat hebat.

Terus, saya mendoakan si Fatah membesar agar menjadi pejuang agama kelak. Seusia ini sudah bertanggungjawab sebegitu, moga besar menjadi penyejuk mata ibu dan ayah.

Moga Fatah membesar menjadi lelaki hebat.

Moga adik-adiknya juga bakal menjadi lelaki yang hebat juga.

You Might Also Like

2 comments

  1. alahai kanak2 pun mngerti. betul tu.. smoga besar jadi orang yang soleh dan berjaya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil didikan ibubapa yang hebat pastinya.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.