CERITA DARI KTM

KALAU TAK SUKA, CAKAP JE LAH

11:13

Tempoh hari.

Saya berdiri di bahagian hujung koc wanita, yang betul-betul bersebelahan dengan koc campur.

Keadaan aman harmoni.

Tren makin sesak menuju ke kota.

Hujan di luar. 

Tak lebat, tapi cukup membasahkan baju.

Image result for quote woman


Di suatu stesen, 
berlarian masuk penumpang yang kebasahan.


Melalui pintu masuk koc wanita, masuklah beberapa lelaki.

Tumpang pintu barangkali, sejurus masuk, mereka berjalan ke koc sebelah yakni koc campur.

Eh, tertinggal 2 orang lagi lelaki dalam koc wanita ni. Keduanya berbagsa Cina.

"Cong ceng cong ceng..."

Kedengaran suara seorang wanita dalam bahasa Cina, mungkin memberitahu kedua lelaki tersebut bahawa itu adalah koc wanita.

Lantas, kedua lelaki tersebut bergerak ke koc campur di sebelah tempat saya berdiri.

Eh, tertinggal seorang lagi lelaki. Salah seorang daripada lelaki tadi, terhenti langkahnya. Sudah beralih tempat berdiri, tapi masih bertapak di koc wanita.

Sesekali, kepalanya tertoleh ke koc sebelah, seakan berfikir

"Koc campur ni macam padat (tak padat pun), tak boleh lah nak move ke sebelah."

Sesekali, beliau menoleh ke arah wanita-wanita dalam koc wanita, tempat beliau berpijak kaki.

"Hmm, rileks je depa tak tegur pun. Ok je kot i berdiri dalam ni."

Seakan begitulah kot monolog beliau, teka saya sambil melihat beliau masih tegak berdiri, dalam setengah depa daripada tempat saya berdiri.

Saya diam je lagi.

Menunggu kot beliau berubah fikiran.

Eh, boleh pula beliau mula keluarkan phone, belek-belek phone pula. Seolah telah memilih itulah port untuk beliau berdiri sepanjang perjalanan. Tak ada gaya nak move pun.

Tren makin mendekati KL, maksudnya makin ramai wanita yang akan masuk memenuhi koc wanita. 

Jika ada lelaki, ia akan menyukarkan untuk saling berhimpit.

Mungkin menyedari saya yang sesekali melihat beliau, beliau pun sesekali menolehkan kepala ke arah koc campur di sebelah kami.

"Eh, koc campur dah penuh (padahal tak penuh pun lagi), tak boleh nak move."

Seakan begitulah monolog beliau.

Tren berhenti di stesen berikutnya,
untuk meyakinkan beliau bahawa beliau memang kena move ke sebelah,

saya pun menegur,

"Excuse me. This is a ladies coach."

"Oh, ladies coach?" balas beliau menyoal kembali.

"Ya, please move to the next coach, the mix coach," jawab saya sambil membuat isyarat jari 'sila ke sebelah'.

Memahami, beliau pun mula bergerak ke sebelah. Koc campur yang belum penuh, beliau boleh je masuk hingga ke bahagian tengah koc campur tu.

"Sorry aaa... Thank you." kata saya penutup bicara.

Selesai sketsa pagi.

Sejurus, kelihatan beberapa wanita dalam koc wanita yang menunjukkan muka 'lega'.

Saya buat muka tak tahu apa.

Geram juga, kenapa wanita-wanita yang TAK SELESA itu, TAK BERKATA APA.

Teringat suatu kisah yang pernah viral di fb dulu,

tentang seorang wanita yang 'mengamuk'  di fb, dengan mengatakan 'benci perempuan yang diam'. 

Kita namakannya  Fika.

Kisahnya, Fika menegur beberapa orang lelaki yang ada dalam koc wanita.

Ketika itu ada seorang wanita lain yang mahu menyusukan bayi yang sedamg meraung kelaparan. 

Lelaki-lelaki dalam koc wanita itu sibuk cuci mata dengan menyaksikan adegan si ibu yang mahu menyusukan anak.

Si Fika ni pun tegurlah lelaki-lelaki itu, tapi diketawakan, bahkan diperlekehkan oleh lelaki-lelaki tersebut.

Yang lagi menyakitkan hati, TAK ADA seorang un wanita lain dalam koc itu yang turut mempertahankan Fika ni.

Saya yang baca kisah tu pun jadi sakit hati dengan wanita lain yang diam.

Kalau tak suka, cakap je lah.

Kalaulah semua wanita bertindak menegur mana-mana lelaki yang berada dalam koc wanita,
saya pasti, orang lelaki sendiri akan menghormati koc wanita itu.

Saya menyeru golongan wanita yang menaiki koc wanita, kalau tak suka lelaki ada kat dalam tu,
kau tegur je lah.

Buat muka tak suka, tak jadi apa pun.

Memetik lirik lagu Hey Ladies oleh Rossa,

BILA WANITA SUDAH BERAKSI DUNIA HANCUR.

You Might Also Like

2 comments

  1. betul tak suka yang jenis diaaa, je walaupun tak suka ish x paham..

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.