REVIEW BY GJA

REVIEW TAMAN BURUNG AYER KEROH MELAKA

16:42


Salam.

Pada cuti Hari Buruh 1 Mei 2018, saya berpeluang pergi ke Taman Burung Melaka yang terletak bersebelahan dengan Melaka Wonderland.



Untuk yang tak tahu, ianya berada di kawasan Ayer Keroh, berhampiran Zoo Melaka. Untuk sampai ke Taman Burung tersebut, kena masuk ke dalam sedikit, melalui jalan yang kiri kanannya adalah hutan. Memang tak nampak dari jalan luar. Thats why lah ramai orang tak tahu pun kewujudan Taman Burung ni.

Well, famili suami yang orang Melaka pun tak tahu kewujudan Taman Burung ni tau hehe. Jadi, sebagai menantu orang Melaka, saya terpanggil untuk buat review dan share tentang Taman Burung ni.

Lokasi : Ayer Keroh, Melaka (berhampiran Zoo Melaka)

Open Hour : Setiap Hari, 9am-6pm

HARGA TAMAN BURUNG AYER KEROH MELAKA


Kategori
Hari Biasa & Hari Minggu

(Pemegang MyKad & Promosi bagi warganegara Singapura)
Normal rate
Dewasa
RM 17.80
RM 23.70
Kanak-kanak
RM 11.85
RM 17.80
Warga Emas (55tahun ke atas)
RM 11.85
RM 17.80



HARGA PAKEJ KOMBO UNTUK MELAKA WONDERLAND & MELAKA BIRD PARK

Saya tak ambil pakej combo ini, tapi saya sertakan harga juga ye, kot lah ada yang nak pergi.

Kategori
Hari Biasa

(Pemegang MyKad & Promosi bagi warganegara Singapura)
Hujung Minggu

(Pemegang MyKad & Promosi bagi warganegara Singapura)
Normal rate
Dewasa
RM 47.40
RM 52.15
RM 65.20
Kanak-kanak
RM 35.55
RM 41.50
RM 53.30
Warga Emas (55tahun ke atas)
RM 28.45
RM 28.45
RM 37.90


TAK BOLEH BAWA MASUK MAKANAN DAN MINUMAN DARI LUAR

Botol air masak npun tak boleh ye.

Ada disediakan makanan untuk burung-burung tu di pintu masuk. Kalau tak silap kena bayar tapi saya dah lupa harga makanan burung tu hihi jangan marah aaaa.

Di pintu masuk, setiap orang akan dapat gelang kertas tu. Siap ada burung merak yang jadi penyambut tetamu haha. Jauh dia jalan nak sambut orang.

Dapat gelang kertas gini ha. 

Dah masuk dalam, kita disambut dengan burung merak yang asyik nak kembangkan ekornya. Amboi amboi amboiiii. Geram je tengok. Patutlah orang tua-tua kata sombong bagai merak. Eh.

Jangan tak tahu, burung merak yang cantik ni adalah jantan. yang jenis tak kembang-kembang tu adalah betina. Hihi.


Kembangggg.

Alang-alang dia tunjuk cantik, kita snap lah gambar kan.

Nak kuncup pula.

Lepak tengah jalan pun boleh.

Untuk naik ke bahagian atas, ada LIF DISEDIAKAN. Tapi malangnya pada hari kami pergi tu, lif rosak pula. Maka terpaksalah menapak naik tangga untuk ke atas.

Lif rosak pula.



Tangga untuk ke atas.





Burung0burung bertenggek di atas pagar.

Ayam juga adalah spesies burung ye kawan-kawan.

Ada yang bertenggek di batang pokok.




Di bahagian atas, boleh jalan menelusuri 'jambatan' yang disediakan.



Model Faber Castel. 

Bagi makan burung cantik.

Anakku suka burung.

Air terjun buatan.


Selsie satu kali.

Anakku suka bagi burung makan. 

Bertenggek di palang atap.

Burung suka datang bertenggek di bahu kita. 

Bagi makan lagi.


Terjumpa sehelai bulu si merak. Anakku kutip jadikan mainan.

Di bahagian luar, ada disediakan gambar yang 'dipaksa' ambil. Then boleh beli di pintu keluar.
Kami beli haha.


Gambar yang boleh dibeli.



Pendapat saya :

1) Harga tak berbaloi untuk apa yang kita dapat. Sebab kawasan sangat kecil, sekejap je dapat round. Kami round 2 kali untuk bagi budak-budak puas hati (pergi dengan anak buah juga). Dan kami duduk-duduk di 'pondok' yang disediakan. Duduk-duduk tengok pemandangan je lah, nak makan tak boleh haha.

2) Kawasan bersih sangat. Terubat jugalah hati dengan harga yang agak mahal tu. Mungkin kos nak jaga burung-burung dan makanan mereka yang mahal.

3) Sesuai dikunjungi seisi keluarga.

4) Kawasan sunyi dan tersorok, tak ramai orang tahu.

5) Di pintu masuk, rasa berbelah bagi nak masuk sebab tak ada orang sangat. Nampak macam creepy dari luar.

6) Puas hati dapat tengok burung cantik dan pengalaman bagi burung makan. Disebabkan anakku gembira, maka diriku jua gembira.

Sekian perkongsian pengalamanku.

Moga bermanfaat ya.
Terima kasih sudi membaca.

You Might Also Like

8 comments

  1. Persembahan di taman burung di Melaka ini juga banyak seronok utk dilihat. Anak2 saya amat gembira sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada persembahan ke? waktu saya pergi tak ada persembahan pun.

      Delete
  2. salam singgah sini ,, bestnya pengalaman tu bagi burung makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah. memang pengalaman menarik dapat bagi burung makan. budak suka, mak budak pun teruja.

      Delete
  3. Oh tak pernah perasan ada Taman Burung kat sini, padahal dulu selalu pi. Sekarang dah jarang ke Melaka, tak boleh nak jalan-jalan selalu dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman burung ni agak tersorok sikit. famili suami orang melaka pun tak tahu kewujudan taman ni hihi.

      Delete
  4. best.. masa g melaka hr tu tk pergi sini.

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.