rant

KOMEN LOW CLASS

16:07

Malaysia digemparkan dengan berita kematian seorang bayi lelaki di rumah pengasuh,
yang dijumpai di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Black and White Butterfly on Red Flower


Muncul komen seperti,

"ITULAH si ibu nak sangat bekerja."

"SEPATUTNYA ibu kena duduk rumah jaga anak sendiri."

"INI SEBABLAH AKU resign je kerja. Takde  simpanan pun aku hadap je. Maklumlah tawakalku tinggi melangit. Bagusnya diriku yang berkorban demi anak."

"KALAU AKU lah, mesti aku hentak je pengasuh tu."

"SABARLAH IBU..."

"TAK PAYAHLAH nak kerja, jaga anak je kat rumah."

"NASIB BAIK AKU hantar anak kat rumah mak aku je. Hati tenang sebab mak sendiri jaga."

"SYUKURLAH dah ada anak menanti di Syurga... "

Ulang baca yang CAPS LOCK.

Seolah kitalah yang paling bagus, gemar memberi ulasan.

Teruja bercerita perihal diri yang jika dilanda masalah serupa.

Adakah komen kita bakal membaikkan keadaan?

Adakah komen kita mampu menyejukkan hati ibu dan keluarga?

Islam menganjurkan agar kita berkata yang baik, ataupun silakan memilih diam.

Sekiranya kita tak pasti kata2 kita itu baik atau tidak (kerana bergantung pada keadaan pendengar juga), memilih diam adalah suatu pilihan yang bijak.

Umum antara kita merasakan pendapat dan ulasan orang lain adalah sangat tak diperlukan ketika kita sedang bersedih.

Bila kita sedang bersedih dan mendapat nasihat seperti,

"Redhalah..."

"Sabarlah..."

ianya makin mengguris hati kerana kita merasakan seolah kita ni seorang yang tidak redha, tidak sabar.

Sedangkan kita punyai fitrah manusiawi yang mana kita akan berasa sedih dan hiba apabila berlaku sesuatu yang buruk.

Sebagai orang luar, diam je lah.

Paling tidak, mendoakan kebaikan buat ibu dan keluarga.

Elakkan diri daripada memberi komen yang low class.

Sibuk pula nak bagi ulasan dan ucapan, siap cerita pasal diri sendiri, bagi idea sepatutnya perlu begitu begini.

NO!

Seriously ayat sebegitu tak diperlukan.

Come on Malaysian, we are better than this.

Idea, pendapat bahkan cerita peribadi tu,

orang tak mintak pun. 

Diam je.

Atau mendoakan.

Ada je doktor2 di hospital yang kerja non stop itu seorang ibu.

Kalau semua ibu duduk rumah, bahagian OnG penuh doktor lelaki, tahu pula kau bising.

Ada je ibu yang keluar bekerja untuk bantu tanggung kos perbelanjaan.

Ada je ibu tunggal dan ibu tinggal, yang perlu keluar bekerja. Kalau tak kerja, takde income.
Kau tahu ke?

Kalau kau tak percaya langsung pada semua pengasuh,
takyahlah ajak orang fikir macam kau.

Ada je pengasuh yang baik.

Kalau nak suruh semua ibu duduk rumah jaga anak sendiri macam kau,
kau bayarkan bil-bil semuanya okay?

---

#bySayaGja
Yang jenuh tukar ayat posting agar berbunyi murni.

Yang nak share, silakan je.
Bai.

You Might Also Like

6 comments

  1. tah la. yang komen mengarut tu mungikin tak pernah rasa bagaimana rasanya kalau tong beras tinggal secawan, atau bil berbulan tertunggak, atau catuan makan. mungkin dia ckup makan pakai sampai bole komen mcm tu. atau sbnrnya dia blm pernah kawin atau ada anak pn. komen macam dah pernah lalui bnda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang nak bayarkan bil2 bulanan, bolehlah nak consider berhenti kerja hihi.

      Delete
  2. orang takkan faham kita. yang penting kita tau kita macam mana kan sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kita saling menghargai satu sama lain. Saling memerlukan je kita ni.

      Delete
  3. Walaupun saya seorang surirumah tapi pernah kerja fulltime dan hantar anak ke nursery. Ibu mana tak sayang anak oi..time kerja pun ingat anak. Semoga dipermudahkan urusan semua ibu samada berkerjaya atau surirumah..

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.