TRAVEL : BANDUNG

ITENARY DAN BAJET TRAVEL BANDUNG DISEMBER 2017 : HARI 3/4

16:06

Salam.

Pada bulan Disember 2017 yakni tahun lepas, saya berpeluang ke Bandung, Indonesia.

Jom saya sambung cerita pada hari ke-3 di sana.

---
Itenary kami secara ringkasnya adalah seperti berikut :

- Kawah Putih (entrance fee idr 50k/pax + angkutan fee idr 15k/pax)
- Ladang strawberi (entrance fee idr 10k/pax + kutipan strawberi idr 20k)
- Makan tengahari di perjalanan turun dari Kawah Putih
- Cibaduyut
- Bahagian belakang Pasar Baru
- Dinner di kedai bakso



KAWAH PUTIH

Selepas bersarapan, kami terus menaiki kereta yang dipandu Pak Agus, menuju ke Kawah Putih.

Ia adalah suatu kawah gunung berapi. Ada satu lagi kawah gunung berapi di sini, iaitu di Tangkuban Perahu. Kami hanya pergi ke Kawah Putih kerana kedudukan Tangkuban Perahu adalah berlawanan dengan Kawah Putih (1 di utara, 1 di selatan). 

Saya pernah ke Tangkuban Perahu pada 2012, bersama kawan-kawan. Berdasarkan pengalaman sendiri, Tangkuban Perahu lebih besar dan meriah untuk dilawati.

Kawah Putih agak sunyi dan tiada pegunjung sangat, padanlah dengan harganya yang lebih murah berbanding Tangkuban Perahu.

Untuk pergi ke Kawah Putih, kita perlu drive hingga ke suatu tempat di kawasan bukit. 

Sepanjang perjalanan, kita akan melalui kawasan pekan kecil bernama Ciwidey. Sangat cantik dan nyaman seakan  Cameron Highlands.




Di situ, perlu beli tiket masuk dan angkutan. Kalau nak drive hingga ke kawasan atas, perlu bayar harga parking yang lebih mahal daripada harga angkutan. Kami pilih nak naik angkutan untuk dapat pengalaman. Best juga dapat rasa pengalaman ni kan? Maklumlah angkutan tiada di Malaysia.

Kawah Putih (entrance fee idr 50k/pax + angkutan fee idr 15k/pax)

Inilah ANGKUTAN yang berwarna jingga. Sebuah van yang tiada pintu. Digunakan untuk membawa penumpang ke kawasan Kawah Putih. Mereka tunggu cukup korum dalam 10 orang dalam satu angkutan cukup, baru angkutan tu akan gerak naik ke atas.

Kami dah beli tiket di bawah, jadi just tunjuk kupon je pada pemandu.

Pandangan depan.

Pandangan sisi. Angkutan beratur menunggu pelanggan.
Selepas sampai di atas, jom lihat pemandangan sekeliling,




Sekitar kawah.



Di atas, semoleknya pakailah MASK (topeng muka). Udaranya tak berapa bagus untuk disedut.
Dah turun angkuta, kita perlu menaiki tangga sikit untuk sampai ke kawasan kawah.

Tangga tak banyak pun, tapi cukuplah nak buat kita mengah.

Pakai mask ye kawan-kawan.

Mak.
Ayah.







Dah sampai di atas, posinglah sikit.

Gambar bersama.
Di area kawah, ada disediakan 'titi' yang menghala ke tengah. Siapa nak naik titi ni perlu bayar ye, tapi saya lupa berapa harganya.

Manfaat naik titi ni adalah kita boleh bergambar di kawasan tengah kawah. Tu je, Kami tak naik pun titi ni.


Pintu masuk ke titi. Ada tukang jaga, sila bayar ye.

Titi menghala ke tengah kawah. 

Dah puas mnelihat kawah, naik lah semula ke atas. Jalan-jalan sikit. Ada port boleh ambil gambar dan ada beberapa signboard yang tulis sejarah pasal Kawah Putih ni.

Bergambar bawah pintu gerbang,

Sejarah. Sila baca.

Bacalah.

Baca lagi.

Kemudian, kami kembali ke pintu utama untuk menaiki angkutan untuk turun semula ke bawah, untuk berjumpa Pak Agus.

Saya sempat merakam keadaan dalam angkutan semasa turun ke bawah. Cuak betul pegang phone waktu ni. Haha takut jatuh phone i.


Dah sampai, kami singgah di warung yang ada, pekena bakso dan sedikit gorengan.


LADANG STRAWBERI

Ladang strawberi (entrance fee idr 10k/pax + kutipan strawberi idr 20k) 


Kecil dan comel.

View yang sangat cantik.

Cantiknyaaaaa.

Jalan antara pohon strawberi yang menjalar.

LUNCH DI JALAN CIWIDEY

Selesai makan strawberi (oh ye, boleh beli strawberi yang dipetik tu), kami pun beransur pulang. Seperti jalan yang kami datang, kami perlu melalui pekan Ciwidey dahulu. Kami pun singgah makan di sebuah kedai yang ada.

Pak Agus kata, kedai ni biasa sahaja, tapi kami tetap nak masuk haha.

Rupanya tuan kedai ni boleh cakap kelate lagi, beliau pernah tinggal di Malaysia suatu masa dahulu.

Harga makanan di ini biaa-biasa sahaja, tak mahal pun. Rasanya sedap juga.


BERJALAN DI CIBADUYUT

Selesai lunch, kami bergerak ke kawasan bernama Cibaduyut. Umumnya kawasan ini dilawati kerana punyai banyak kedai yang menjual pelbagai barangan kulit.

Kami ni tak ada nak beli pun,m saja pergi untuk tengok tempat, cuci mata gitu.

Ia adalah deretan kedai. Barang yang dijual di setiap kedai, tak banyak beza.


Deretan kedai yang ada.

Kedai.

Untuk bagi view yang lebih clear tentang keadaan di Cibaduyut, saya sempat ambil video.


BAHAGIAN BELAKANG PASAR BARU

Kami dah bosan, haha. Terus cakap pada Pak Agus, yang saya nak berjalan di bahagian belakang Pasar Baru. Hari tu waktu nak datang, saya ada perasan kedai-kedai seakan di Jalan TAR tu.

Saya memang suka berjalan di kedai sebegitu, seronok untuk cuci mata. Lagipun harga pastinya lebih murah berbanding kedai dalam mall kan?

Maka kami pun kembali ke Pasar Baru, tapi kali ini di bahagian belakangnya. Rupanya kawasan ini habis beroprasi pada pukul 6petang (kalau tak silap). Sebab waktu kami datang tu, dah ada beberapa peniaga yang dah mula kemas-kemas.

Jika anda bercadang nak cuci mata di sini, sila datang lebih awal ok.



Bahagian belakang. Nampak payung-payung tu? Itulah kedai yang ada.

Comel tergantung.

DINNER DI KEDAI BAKSO

Pada malamnya, kami pun makan malam di sebuah kedai bakso yang terkenal di kota Bandung. Maafkan saya, sangat lupa nama kedai, tak ambil gambar pun aduiiii. Pak Agus lah yang bagi cadangan untuk makan bakso di kedai ini.

Memang ramai orang Malaysia yang makan di sini.

Bakso di sini ada pelbagai jenis, silalah pilih yang mana berklenan di hati ya.

Oh ya, di sini ada disediakan air jus yang dibuat daripada buahan sebenar. Ya Allah sangaaaaat SEDAP! Sila cuba jus buah yanga da ok. Ambillah jus mana pun, sedap je. Maaf kagi, say tak ambil gambar jus.


Bakso.

Bakso beserta mi.

Selesai makan malam, kami pun pulang ke hotel.

Esoknya nak balik ke Malaysia dah.

Jemput baca :

Hari 1/4 (Klik Sini)

Hari 2/4 (Klik Sini)



You Might Also Like

4 comments

  1. Cantik kan kawah putih tu. Cuma bau sulfur dia agak kuat bagi yang tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu. Cantik sangat. Part bau tu je yang tak berapa gemar hihi.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.