CERITA KEHIDUPAN

AKU ONLINE SUPAYA ORANG TAHU AKU MASIH BERNYAWA

15:11

Itu kata2 seorang kawan, ketika saya buat  'lawatan' mengejut di rumahnya.

Waktu itu saya sedang mengambil degree di sebuah universiti di Jepun.

Sebuah negara yang banyak mengamalkan konsep Hitori Gurashi (hidup seorang diri).

Black and White Photo of Holding Hands

Kawan saya jenis yang senyum di hadapan kamera, ketawa ketika ada yang kelakar, bahkan cantik manis orangnya.

Entah macam mana, suatu hari saya berasa terpanggil untuk melawatnya di rumahnya.

Kerap saya mendengar keluhan rakan2 yang lain yang mengadu kawan yang ini memang tak bagi orang masuk ke rumahnya pun.

Biarpun begitu, saya tak peduli kerana hati saya berasa sangat terpanggil untuk pergi juga ke rumahnya.

Terasa dah lama tak tahu khabar berita, gituh.

Maka saya cuba nasib.

Dengan membawa beberapa lauk yang saya masak sendiri, saya bawa ke rumahnya. Maklumlah di Jepun susah nak jumpa makanan sedap yang halal dijual. Jadi makanan adalah sesuatu yang amat menggembirakan seseorang.

Sebelum pergi, sempat saya mesejnya dengan pesanan suruh masak nasi. Haha.   Comel pula moment ini bila diingat semula.

Walaupun pada mulanya beliau keberatan menerima kunjungan saya, tapi akhirnya beliau terima juga. Siap masak 1 lagi jenis lauk untuk kami makan bersama.

Sambil makan, kami bersembang.

Ketika itulah saya mendengar beliau menyebut ayat lebih kurang begini,

"Tak sangka ada orang yang nak buat benda macam ni dengan saya."

"Sebenarnya saya risau juga bila duduk sorang2."

"Saya takut kalau saya mati, tak ada orang yang tahu."

"Sebab itulah saya selalu pastikan YM (iaitu Yahoo Messeger. Zaman tu kami guna YM untuk berhubung) saya sentiasa berstatus ONLINE, untuk menandakan yang saya masih HIDUP."

"Harapnya kalau saya mati dan YM berstatus IDLE dengan terlalu lama, atau OFFLINE, moga ada orang yang datang cari mayat saya."

Ini antara ayatnya yang saya ingat hingga kini.

Peristiwa itu buatkan saya jadi lebih concern dengan perasaan kawan2.

Betapa ada je orang yang di luar nya senyum. Tapi dalam hati siapa tahu.

Saya berterima kasih kerana beliau terima saya jadi tetamu hari itu, yang telah memberi impak perasaan yang besar pada saya.

Saya menyeru sesiapa yang membaca post ini,
supaya kita jadi makin concern dengan kawan2 kita,

sebab kadang hanya dengan satu ayat pendek seperti,

"Kau okey?"

"Dah makan?"

"Jom makan."

adalah ayat yang boleh membaikkan kehidupan seseorang.

Alhamdulillah ala kulli hal,
moga semua dijaga Allah.

---

#bySayaGja
Kita kan kawan.

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedih pulak baca kisah ni, tapi memang start dah kahwin ni banyak aktiviti dengan kawan pun dah slow. Risau jugak jadi camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom le kita rajin bertanya khabar sesama kita.

      Delete
  2. Dengan wujud Facebook, ramai kawan yang lama tak hubung dapat dihubungi lagi. Banyak terima kasih kepada sosial media ni..

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.