CERITA KEHIDUPAN

TRAGEDI PAGI ISNIN

15:56

Bila mood baik, 
tiba2 jadi rajin nak menggosok pakaian ke ofis.
Kalau tak rajin, kita apply tudung dan baju yang tak perlu digosok seperti yang boleh dibeli dari Intan Dzulkefli .

Pagi tadi saya mood baik dan rajin lah nak menggosok segala.

Tekan suis ON seterika,
saya pun mulakan dengan menggosok baju.


Tak tahulah macam mana boleh salah setting, seterika tu jadi panas melampau,
maka terbakarlah sedikit baju ku.

Huwaaa.

Part yang terbakar tu bahagian depan, takleh cover dah dengan tudung pun.
Antara baju kegemaranku.

Sadis, tapi apakan daya.

Tragedi pagi isnin gitu.

Bagaimana perasaan saya?
Pagi isnin pula tu.

Adakah saya bersedih dengan tragedi itu?

Adalah sedikit je sedih. Tipulah kalau tak sedih langsung kan.

Tapi takpe, tak lah sedih sangat sebab...

dengan terbakarnya baju (buat kesekian kalinya, sebelum ni pernah juga tragedi pada baju dan tudung lain),
suami saya setuju nak belikan seterika baru.

Yahuuu!

Beliau siap kata,

"Dulu lagi i nak belikan seterika baru, tapi u yang takmau."



Haha.
Memanglah tak mau sebab benda boleh guna lagi.
Rasa bazir je.

Alhamdulillah dikurniakan suami hebat, yang tak boleh dengar saya merungut pasal barang, mesti beliau nak belikan terus. Akhirnya wujudlah mixer yang tak keluar kotak lagi, oven yang guna 5bulan sekali.

Sebab tak mau membazir lah saya selalu postpone pembelian seterika baru.

Suami saya jenis yang kalau sekali dah tolak offer beliau nak beli, alamatnya susah dah lah nak beli lepas ni. Kalau offer, kena angguk terus konsepnya. Gituh.

Setelah tragedi pagi tadi,
saya pun ubah fikiran,
dah nampak keperluan seterika baru.

Dan amazingly,
suami pun willingly nak belikan seterika baru,
walhal saya pernaj tolak offer beliau sebelum ni.

Inilah hikmah baju kegemaran terbakar pagi ini,
rupanya Allah nak bagi seterika baru.

Begitulah hidup kita,
kadang ada sesuatu yang buruk terjadi,
hingga kita rasa sedih sekali. 

Rupanya ada benda baik yang Allah nak bagi sekali.

Benarlah kata bijak pandai,

perkara yang buruk itu akan berpakejkan perkara yang baik.

Benarlah juga ayat Al quran,
dicatatkan dalam surah Al Insyirah, 

sesungguhnya tiap kesusahan itu disertai kebaikan (kemudahan),
dan sesungguhnya tiap kesusahan itu disertai kebaikan (kemudahan).

Saya belajar sesuatu hari ini.
Alhamdulillah.

---

#bySayaGja
Hari ni pakai yang takyah gosok je.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.