CERITA DARI KTM

BERKIRA-KIRA UNTUK MENEGUR

14:33

Alkisahnya pada suatu hari,
wujud lagi lelaki yang salah masuk ke koc wanita.

Muka konfiden je brader tersebut, siap pakai earphone, sambil tangan pegang palang besi di atas kepala.

Wah senang hati nampaknya.




Di sekelilingnya, sesak dengan para wanita yang berhimpit mahu pulang ke rumah. Maklumlah, peak hour waktu petang memang penuh manusia.

Disebabkan ada lelaki dalam keretapi, so para wanita berganjak sedikit sebab tak mahu berlaga lah kan.

Maka ia menambahkan kesesakan dalam koc wanita.

Mulanya ku fikir beliau hanya sebentar sahaja, kot la nak turun selepas 1 stesen.

Tapi selepas beberapa stesen, beliau masih teguh memegang palang besi dalam koc wanita.

Dalam hati, saya berkira-kira mahu menegur, cuba menyusun kata supaya beliau tak malu pula ditegur di khalayak.

Dalam saya duk berkira-kira menyusun kata, seorang makcik yang membelakangi lelaki tersebut tiba2 berpaling menghadapnya lalu berkata,

"Sila ke sebelah. Ini tempat perempuan."

Terus straight to da point.
Lambat betul saya punya menyusun kata tu.
Kah.

Si lelaki pantas bergerak ke koc sebelah.

Makcik tersebut pula mengomel,

"Itu pun tak tau baca."

Bravo makcik.


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.