BISNES SHAKLEE

JANGAN BERHUTANG UNTUK MULAKAN BISNES

12:21

Salam.

Dah ramai yang mula berniaga, sama ada secara full time mahupun part time.

Well, ramai yang acknowledge bahawa tiap perniagaan  memerlukan modal.

Susah nak jumpa perniagaan yang tak perlukan modal, tapi ada. (Rujuk Dropship untuk perniagaan tanpa modal)

Persoalannya kini, berapakah jumlah modal yang sesuai dan berpatutan untuk memulakan perniagaan?

Woman Using Space Gray Iphone X
Buat hutang untuk perniagaan?


Umum  megetahui, modal yang besar menghasilkan keuntungan yang besar.

Sebenarnya tidak begitu. Saya dah jumpa perniagaan yang hanya modal kecil, tapi pulangannya besar, bahkan berpuluh kali ganda pulangannya.

Menurut bacaan, modal sekitar rm200 (maksimum rm500) sudah memadai untuk golongan yang baru cuba-cuba nak beniaga.

Ada yang bertanya, PERLUKAH BERHUTANG UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN ?

The answer is obviously NO!

Untung rugi belum pasti, jangan nak memandai buat hutang ye.

Ramai je yang nak berniaga dengan harapan mahu keluar dari kemelut hutang piutang yang ada. Jadi adakah membuat sebuah lagi hutang untuk menutup sesuatu hutang yang sedia ada itu memadai?

Tidak.

Bermulalah dengan apa yang ada.

Pelan-pelan kekdahnya.

Jika kita jumpa mana-mana tawaran buat perniagaan yang perlukan kita berhutang, fikirkanlah semula.

Mengapa?

Kerana sudah wujud (dengan banyaknya) peluang perniagaan yang tak memerlukan kita berhutang.

Risaukanlah masa depan kita, jika perniagaan yang kita baru nak cuba-cuba ini tak berhasil, bukankah ia akan menyebabkan kita lebih rugi dan menambah hutang.



Moga perniagaan kita menghasilkan keuntungan yang besar dan berbaloi.


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.