TRAVEL : BANDUNG

ITENARY DAN BAJET TRAVEL BANDUNG DISEMBER 2017 : HARI 2/4

10:28

Salam.

Jom kita sambung cerita kisah travel ke Bandung hujung tahun lepas.

Hari kedua, baru nak warm up la kiranya.
Pandangan dari luar.



- TOSERBA & Pasar Pagi
- Pasar Baru (lunch di sini juga)
- Floating Market (entrance fee idr 20k/pax + parking idr 10k)
- Cihampelas Walk
- Dinner di warung depan hotel (nama je warung tapi sedap!)


TOSERBA & PASAR PAGI 

TOSERBA adalah singkatan daripada perkataan 'TOko SERBa Ada'.

Hehe, menarik kan?

Pergi sini sebab nak cari susu anak. Dasat betui berani travel luar negara tanpa bawa bekalan susu anak yang cukup.

Taubat lepas ni tak mau buat lagi.

Actually memang purposely tak bawa banyak sebab nak kurangkan penggunaan beg sebab saya dan suami just bawa bag kabin je. Dan sebelum fly pun dah search kat google, dan memang nampak ada je susu Dupro dijual di Indonesia.

Mungkin kedai yang kami singgah ni yang tak jual, atau saya yang salah faham.

Alhamdulillah, anak saya tidak alergi dan boleh je minum susu lain. Waktu tu dah darurat takde susu Dupro yang biasa guna, so kami beli je susu jenama lain. Mujur anak boleh minum (tekak terima & tak jadi apa-apa alergik).

Apapun, dilarang keras pergi travel tanpa bawa keperluan anak yang mencukupi!

Seronok juga bila terjah pasaraya di sini. Dapatlah rasa macam orang tempatan sikit.

Oh ya, di pasaraya juga ada banyak snek-snek, coklat, rempah-ratus yang bercirikan tempatan. Jadi, ia boleh jadi option untuk kita beli banyak-banyak dengan harga murah, then jadikan ianya ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Tips jimat ok.


Susunan macam pasaraya di Malaysia juga. Mengikut jenis.

Antara susu bayi yang ada.


Di bahagian luar Toserba itu, ada pasar pagi yang jual barang kering seperti makanan dan pakaian.

Kami pun ambil peluang untuk jalan-jalan juga.


Pasar pagi. Banyak motor lalu lalang.

Banyak makanan dan barangan yang dijual menggunakan kenderaan beroda sebegini.

Motor lalu lalang.

Jual makanan.

Makanan macam lauk-pauk.

Buah.

Keropok?

Belon. Memang kena beli la sebijik untuk anak i.

Jual tikar. Baju-baju disidai je kat tepi pagar.

seluar. Letak atas lantai je.

Seluar dan baju.

Kasut dalam RM15.

Anak patung pun ado.

Belon wuhuuuu.

Sambil jalan-jalan, sempatlah saya rekod video, bagi ada feel sikit untuk pembaca sekalian.






PASAR BARU


Selesai di pasar pagi, kami terus ke Pasar Baru. Waktu pergi hari Ahad, jadi ramai juga warga Jakarta yang turun ke Bandung untuk berlibur.

Di sini, supir kami, Pak Agus hanya menurunkan kami di tempat parkir, then ada seorang brader ni namanya Roney yang ditugaskan oleh Pak Agus (Pak Agus dah bayar siap-siap) untuk escort kami sepanjang berada dalam Pasar Baru tersebut.

Brader ni adalah merupakan seorang anak muda yang juga mengusahakan kedai kain (mungkin milik keluarganya) di Pasar Baru.

Brader ni lah yang tunjuk kedai mana yang murah, yang selalu dikunjungi oleh orang Malaysia. Bila jalan je dalam Pasar Baru tu, memang orang kedai lain macam bagi laluan je. Kiranya Roney ni memang dah dikenali lah di situ.

Plus, Pasar Baru ni besar tau. So kita cakap je nak beli apa, then si Roney ni terus bawa ke kedai yang kita nak tu. Jimatlah masa, tak perlu nak melilau cari kedai, nak jaga beg lagi.

Oh ya, seperti yang anda sedia maklum, jika berjalan di Indonesia, silalah jaga beg duit anda. Jangan leka! Silap haribulan, boleh kena copet (seluk saku).


Roney berbaju batik.

Mak ayah shopping kain ela.

Bertingkat-tingkat. Pilih je nak kedai mana.

Beg-beg. Sempat grab satu yahuuu.
Kasut-kasut yang ada.


Foodcourt untuk makan siang.


Ayam di sini saiznya kecil, 1 ekor tu untuk seorang makan pun boleh hihi. Haluih je.

Sayur.

Ayam dan tauhu goreng. Cenonet je saiz.

Nasi putih.

Terung balado.

FLOATING MARKET

Selesai makan siang, kami pun terus ke Floating Market.

Floating Market (entrance fee idr 20k/pax + parking idr 10k)

Antara cenderamata yang ada.

Petang-petang bolehlah jalan-jalan sini cuci mata.

Di sini ada beberapa tempat menarik juga untuk rekreasi.
Tengok signboard.



Jual beli makanan perlukan TOKEN.

Token ni boleh dibeli di beberapa kaunter yang ada.

Boleh guna CC atau DEBIT Card tau, mudah.

Nak jual-beli makanan di sini, kena guna token.

Warna berbeza untuk nilai berbeza.

Pemandangan di sekitar tempat jualan makanan.

Kerusi meja untuk makan minum.

Dari tempat makan, boleh nampak orang naik kayak di tasik.

Selfie seround.Gelap pun gelap lah.

Nice betul tempat basuh tangan ni, daripada buluh gais.

Makan Seblak (macam kuetiau).

Jemput tonton video cara masak Seblak ni.







Ada air kelapa muda, dan cucur sayur (lupa nama apa adooii)




Teh Pucuk Harum. Kelat tau haha.

Sate Kelinci (arnab)

Pemandangan sekitar. Best untuk jalan-jalan peang nikmati keindahan alam.

Berdua suami isteri.

Mak ayah bergambar.

Saya dan adik  bongsu.


Jalan-jalan, ada stall jual makanan atas darat juga.

Jual popcorn.

Tandas. Cantik pintu.

Satu famili di hadapan pintu masuk/keluar.


Cihampelas Walk

Selesai di Floating Market,  malamnya kami ke Cihampelas Walk, tempat yang ada deretan kedai untuk beli pakaian.

Kedai di kiri kanan jalan yang sibuk.

Naik jejantas, ada kawasan yang ala-ala uptown, jual baju-baju.

Signboard seruan ajak orang jaga kebersihan.

Then, kami pulang ke hotel.

Nak isi perut yang kelaparan, kami pun singgah makan malam di warung depan hotel.

Dinner di warung depan hotel (nama je warung tapi sedap!)

---
Nanti saya sambung story lagi ya.

Itenary Penuh : Klik sini

Itenary Day 1/4 : Klik sini


You Might Also Like

2 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.