CARA KENAL PASTI EJEN SHAKLEE (SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR) YANG BAIK?

14:16

Salam.


Ada orang beritahu saya, yang dah ramai yang jadi ejen (Pengedar) Shaklee, tapi macammana nak tahu seseorang pengedar itu bagus atau tidak?

Untuk pengetahuan, pengedar Shaklee juga dikenali sebagai SID (Shaklee Independent Distributor).

Biasalah manusia, adalah yang bagus, ada yang tidak.
Free stock photo of nature, sky, art, hand
Apa maksud BAGUS sebagai pengedar Shaklee?

Maksudnya adalah pengedar yang bertanggungjawab pada semua pelanggan dan ahli yang mendaftar di bawahnya (Shaklee adalah sejenis MLM).

Jadi di sini, saya mahu senaraikan beberapa panduan yang boleh kita rujuk untuk mengenalpasti pengedar Shaklee yang baik (boleh berurusan) mahupun tidak.

1) AKTIF DI MEDIA SOSIAL

Well, media sosial adalah medium yang digunakan majoriti pengedar Shaklee untuk mempromosikan jualannya, sekiranya mereka ini aktif bercerita tentang bisnes dan produk, itu tandanya mereka aktif.

2) BERADA DALAM GRUP YANG AKTIF

Oh, ini penting juga. Grup yang aktif bermakna potensi untuk soalan-soalan kita dijawab dengan baik. Tak adalah lepas dapat barang, kita ditinggalkan terkontang-kanting tanpa mengetahui cara makan produk, dan tak adalah kita dibiarkan tanpa panduan untuk belian seterusnya dll.

Yang lagi penting, sekiranya kita mendaftar sebagai ahli Shaklee, apabila upline tersebut tidak lagi membuat bisnes Shaklee, kita masih boleh merujuk pada super upline (upline kepada upline kita) untuk bertanyakan sebarang soalan.

3) TIDAK BUAT IKLAN DI LAZADA, SHOPPEE DAN SEBAGAINYA

Ini adalah peraturan Shaklee. Menggunakan platform seperti Lazada dan Shoppee adalah dilarang sama sekali. Pengedar hanya boleh gunakan medium seperti media sosial untuk bercerita tentang produk dan kebaikannya. Tak boleh menjual direct seolah pengedar itu adalah branch Shaklee. Jika peraturan syarikat pun dah langgar, agak-agak baik ke tu?

4) RAJIN PERGI KELAS COACHING

Dalam Shaklee, selalu disediakan kelas coaching. Sama ada kelas bimbingan nutrisi oleh nutritionist Shaklee, mahupun kelas bimbingan oleh grup masing-masing. Pengedar yang banyak menghadiri kelas nutrisi dan coaching, pastinya lebih mempunyai info dan sesuai menjawab pertanyaan kita berbanding yang langsung tak pernah menghadiri mana-mana kelas kan?

Ok itu sahaja 4 cara kenal pasti pengedar Shaklee yang berkaliber.

Moga tiada lagi kisah pelanggan yang terkontang kanting ditinggalkan pengedar yang touch n go sahaja.






You Might Also Like

4 comments

  1. Oo.. patut la ia tiada dalam Lazada, shopee semua tu

    ReplyDelete
  2. apapun kena rajin kalau tak mcm mna nk jana income

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin tu yang tak ramai orang boleh buat.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.