TIPS TRAVEL

CARA BUAT PASSPORT BABY MALAYSIA

11:20

Salam.

Baru sekarang terpanggil nak buat post tentang ini.
Waktu nak buat tu, jenuhlah duk google sana sini untuk dapatkan info seperti prosedur dan harga.
Maka kali ini, saya kongsi cerita saya supaya ada orang di luar sana yang boleh dapat manfaat juga.



Waktu buat tu, anakku Tiara berumur 1 tahun 2 bulan gitu, buat pada bulan Mei 2017 kalau tak silap.

Saya buat di Jabatan Imigresen Malaysia di Seremban.

ALAMAT JABATAN IMIGRESEN SEREMBAN

Tingkat 2 & 4, Wisma Persekutuan Jalan Datuk Abdul Kadir, Negeri Sembilan, 70000 Seremban




Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / *Jumaat Tutup : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00petang

Kami pergi pada waktu pagi hari Sabtu, bersama dokumen yang diperlukan kecuali gambar passport. Sebab kenapa tak bawa gambar passport adalah ada baca di blog yang katanya disediakan tempat ambil gambar passport baby di pejabat imigresen tu. Tapi rupanya di pejabat imigresen Seremban, tak disediakan tempat ambil gambar khas tu.

**Untuk passport orang dewasa, tak perlu gambar passport sebab ada kamera khas untuk ambil gambar kita tu di depan kaunter tu juga.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Mykid anak
2. Sijil Kelahiran (Surat Beranak) anak
3. IC ibu atau bapa
4. Gambar passport anak

**Ibu atau bapa wajib hadir sewaktu pendaftaran (IC siapa, orang tu lah yang kena hadir)

GAMBAR PASSPORT ANAK

Disebabkan kami tiada gambar passport anak, kami pun bergegas ke kedai gambar yang ada di bandar Seremban. Mujur ada kedai yang buka di waktu pagi, hari Sabtu pulak tu. (Terima kasih pada staff imigresen tersebut yang bagi cadangan kedai ni). Kedai gambar ni adalah dimiliki orang berbangsa Cina, di tengah bandar Seremban, berdekatan dengan bank Standard Chartered (kalau tak silap, tapi tengah-tengah tu la. Round je, mesti jumpa).

Jenuh gak nak ambil gambar baby ni ye. Mama kena nyorok belakang baby sambil pegang baby yang didudukkan atas kerusi. (Kalau baby yang masih belum boleh duduk, maafkan saya, saya tak pasti cara ambil gambarnya. Ada dengar mamanya akan diselimutkan.)

Kamera tu tak guna flash pun.

Kami buat gambar ekspress je sebab nak cepat.

Lepas siap gambar, terus kembali ke pejabat imigresen tadi.

Tak ramai orang pun, tak ada nak beratur pun. Hari biasa memang sesak, tapi mujur hari Sabtu yang kami pergi tu lapang je.

Lepas serahkan dokumen dan gambar di kaunter, kami diberikan kertas yang ada nombor siri untuk rujukan waktu nak ambil passport yang siap nanti.

AMBIL PASSPORT YANG DAH SIAP

Kami diberitahu yang passport anak akan siap tengahari itu juga, dalam 2 jam lagi menunggu.

So, kami pun ambil peluang round-round bandar Seremban dahulu.

Tengahari tu, kami kembali ke pejabat imigresen, then terus ke kaunter pengambilan passport, dan tunjuk kertas yang mengandungi nombor rujukan tadi.

Buat bayaran RM100, untuk validity selama 5 tahun.

Dah SIAP!

Simple je.

Untuk baby yang telah kematian ibubapa, yang ibubapa bercerai mahupun yang dimiliki keluarga angkat, ada beberapa kelainan untuk dokumen yang diperlukan.

Boleh rujuk maklumat lanjut di sini : [Klik]

Alhamdulillah dah selesai urusan tak sampai 24jam pun.

Destinasi pertama luar negara Tiara adalah Bandung, Indonesia.

Harap perkogsian ni bermanfaat ya.

Terima kasih kerana membaca!


You Might Also Like

4 comments

  1. sekarang ni urusan nak buat passport and documen perjalanan sangat mudah. da makin canggih =)

    ReplyDelete
  2. baru tahu macamtu proses ambil gambarnya. Singgah sini & follow blog sis gja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang boleh ambil di kaunter. Mungkin bergantung pada pejabat imigresen mana yang kita pergi.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.