CERITA DARI KTM

BERCINTA DI DALAM GERABAK

16:33

Masuk sahaja ke tren,
terasa tak penuh seperti biasa.

Mungkin ramai yang dah pulang beraya.

Saya duduk di hadapan satu pasangan.

Mulanya mereka berbual.

Dari cara mereka saling memandang,
dapat terlihat kemesraan.

Selepas beberapa minit,
keduanya mengantuk barangkali,
mula tertidur.



Isteri yang mula tidur,
berbantalkan bahu suami.

Suami merangkul bahu isteri,
mahu bagi lebih keselesaan barangkali.

Akhirnya kedua mereka terlena.

Isteri yang sudah tertidur,
dah tertaip macam2 siap emoticon lagi di whatsappnya.
Hihi comel je.

Suami tetap merangkul kemas bahu isteri,
siap tolong pegang beg lagi.

Sesekali terjaga,
isteri membetulkan kedudukan kepala,
agar betul di dada suami.

Sesekali terjaga,
suami mengusap-usap lengan isteri,
menggenggam jemari isteri.

Keduanya saya anggarkan berumur lebih 50tahun.

Pakcik dan makcik,
moga terus berbahagia.
Ini sungguh manis.
Subhanallah.

Kita sering tercari-cari,
apa rahsia hubungan kekal bersama,
hingga ke hujung nyawa.

Hari ini saya jumpa satu rahsia.
Manis.

Hingga buatkan saya muhasabah sendiri.
Perkara yang nampak simple.
Tapi ia menggugah jiwa.

Jiwa yang memandang, terasa berbunga.
Jiwa yang menyandang, pastinya mekar terasa.

Bila bersama pasangan,
rajinkan memegang tangan,
memeluk pasangan.

Itu yang saya belajar hari ini.
Moga Allah limpahkan berganda lagi kasih sayang dalam rumahtangga pakcik dan makcik ini. 

---
Catatan Penghujung Ramadhan.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.