REVIEW BY GJA

BERBUKA PUASA DI RESTORAN IKAN BAKAR MALIM AYER KEROH, MELAKA

15:47


Salam.

Nak cerita, yang hari tu sempat berbuka puasa di Restoran Ikan Bakar Malim, yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Kampung suami i di area situ. Bawa mak dan abah mertua sekali berbuka di luar.

Ambil gambar dari luar je sempat. Soriiii sebab tak ambil gambar makanan.




Tempatnya berdekatan dengan MITC Melaka. Google je, mesti jumpa. Dekat dengan Mydin MITC.

Hari selain Ramadhan pun ada je buat jualan, tapi saya tak pernah lah makan sini sebelum ni. Lalu je hehe.

Actually hari tu kami jalan-jalan cari baju raya di Aeon Mall dan Mydin MITC. So alang-alang keluar, kami pun berbuka puasa di luarlah. Gituh.

Kami order dulu, baru pergi shopping di Mydin.
Bila dah nak masuk waktu berbuka, kami pun kembali lah ke restoran tu. Senang sebab dah order siap-siap.

Tak sempat nak ambil gambar makanan, minta maaf ye semua.

Hari tu kami order :

- ikan pari bakar
- ikan siakap bakar
- satu lagi lupa ikan apa, MUNGKIN ikan bawal bakar (ni la padahnya tak ambil gambar dan lambat buat post)

** segan dengan mak pak mertua, tu yang tak ambil gambar tu haha

Then, ada juga lauk yang dah siap dimasak :

- daging masak asam pedas
- sup bebola ikan
- daging salai masak lemak cili api

Order juga air bancuh untuk tiap seorang (4 dewasa), air suam dan nasi putih la ofkos.

Total RM80 gitu.

Pada saya, harganya tidaklah mahal dengan saiz ikan yang BESAR, dan yang paling penting, RASANYA SEDAP.

Sangat recommended untuk anda cuba.

Kalau bukan bulan Ramadhan, tengahari dah ada lauk-pauk termasuklah ikan bakar.

Saya tak pasti waktu operasinya, soriii. Tapi lunch hour memang bukak lah, ramai je orang.

Ok gais, sesiapa yang berada di kawasan bedekatan, cepatlah pergi ya.

Happy Ramadhan.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.