CERITA KEHIDUPAN

ASET TAK POWER, SUAMI TAK SAYANG ?

15:52

Tahu tak, 
kadang perempuan sendiri yang merendahkan maruahnya.

Menyangkakan jika aset jatuh, tak mantop, maka suami jadi tak sayang.


Iya benar,
sesungguhnya suami itu seorang LELAKI, yang bahkan diakui al quran sebagai makhluk yang memiliki nafsu dan mudah tertarik pada perempuan. Jangan kata lekuk tubuh wanita, bahkah bayang pun mampu menggoda lelaki.


Serendah itukah tahap sayang suami kepada anda?

Kerana kepuasan seks semata?

Maaf kerana ayat direct, sebab tak ramai yang boleh dan mahu faham ayat kiasan.


Bagaimana jika seorang isteri itu jatuh sakit hingga tak mampu melayani suami bersama?
Bagaimana jika seorang isteri itu mengidap penyakit yang perlukan payudara dibuang?

Jika kepuasan seks yang dipandang BESAR dalam rumahtangga,

maka tak hairan ada suami yang sanggup memaksa isteri dalam pantang untuk bersama, walau jahitan tak sembuh sepenuhnya pun lagi,

maka tak hairan ada suami yang sanggup 'makan luar' waktu isteri dalam pantang,

maka tak hairan ada isteri yang rela tak menyusukan anak, risau aset jatuh katanya,

maka tak hairan ramai isteri yang sanggup telan macam2 produk yang tak tahu pun punya kajian atau tidak, ada kelulusan KKM atau tidak,  semuanya ditelan dipakai sahaja,

demi kepuasan seks.

Di mana NILAI sebuah rumahtangga?

Semudah 'ASET TAK POWER, SEBAB TU SUAMI LARI' (tanda soal).

Sesungguhnya masih wujud suami-suami hebat di luar sana  yang menyantuni isteri yang payudara londeh kerana menyusukan anak, kerana asyik mengepam, yang isteri terlantar kerana sakit, tapi masih setia dan memuliakan isterinya (menyayangi isteri walau aset tak mantop, walau isteri tak mampu bersama ).

Bravo untuk suami-suami hebat sebegini.

Jiwa anda besar!


Iya, benar.
Tak salah pun nak memantapkan aset sebagai ikhtiar untuk suami sayang.  
Tak salah, serius tak salah.


Tapi, 
dengan menganggap SEKS ADALAH PALING PENTING dalam mencapai bahagia rumahtangga,
itulah yang salah.


Berkahwin untuk memuas nafsu SEMATA?

Fikirlah kembali.
Mungkin suami itu ok je terima seadanya.
Tapi isteri sendiri yang rasa suami tak sayang sebab aset tak best.

Kasihan suami yang direndahkan nilai oleh isteri sendiri.


Mungkin benar suami itu memang menganggap seks adalah kunci bahagia,
isteri cubalah berbincang dengan suami, 
suami cubalah buka mata buka jiwa.


Kebahagiaan rumah tangga adalah apabila saling bertolak ansur,
saling menerima seadanya,
saling menyantuni,
hingga keduanya makin MENDEKATI TUHAN.


Ketahuilah sesungguhnya bahagia itu hanya dapat dirasai oleh jiwa yang mendekati Tuhan.

Bahagia itu adalah hati yang tenang.

Hati yang tenang hanya diperoleh dengan mendekati Tuhan.

Jika apa yang kita buat itu tak membuahkan tenang, itulah tandanya perlu muhasabah semula.

Moga ramadhan ini membawa kita untuk makin mendekati Tuhan.


---

#bySayaGja

Yang Mahu Mendekati Tuhan

Nota kaki : Nak kecam, silakan. Moga berbahagia.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.