CERITA KEHIDUPAN

AJAR ANAK BERPUASA

09:19

Saya pernah baca satu perkongsian daripada seseorang yang cuba mengajar anaknya berpuasa.

Selalunya, orang kita ajar anak kecil berpuasa separuh hari. Saya dulu zaman kanak-kanak pun camtu. Tu kebiasaan kita.

So anak akan dikejut bersahur, dan boleh berbuka bila azan zohor.

At the time azan Maghrib berkumandang, semua orang dalam rumah berbuka puasa, tapi anak kecil yang tak puasa selalu dimomokkan dengan ayat,

"Awak tak puasa, takleh buka puasa sekali."



"Kan dah berbuka waktu Zohor tadi?"

ect...

Which akan buat anak sedih dan kecil hati kan. Lagipun dia tu budak lagi kan, sebab tu memang logiklah dia tak dapat tahan lapar dahaga puasa tu.

So di sinilah nampak relevannya ajar anak berpuasa bermula Zohor hingga Magrib.

Perkongsian tu saya ada baca di FB pada Ramadhan yang terdahulu.

Beliau cerita yang beliau ajar anak berpuasa dari Zohor hingga Maghrib, instead of Subuh hingga Zohor.

Relevannya di sini, anak akan rasa TERUJA untuk berbuka bersama-sama keluarga.

Which itu memang kegembiraan orang yang berpuasa (ada hadis).

Bila anak gembira, dia akan anggap puasa ni menyeronokkan.

Waktu berbuka tu, kita bolehlah share kelebihan berpuasa kat anak.

Then, boleh puji-puji anak,

"Baguslah abang puasa hari ni. Mama bangga dengan abang."

"Mama kagum anak mama kuat untuk berpuasa hari ni."

Yang penting, target kita nak ajar anak berpuasa dengan  mulakan puasa separuh hari, tercapai.

Begitu perkongsian yang saya pernah baca.

Anak saya baru umur 2tahun, of course tak apply lagi ilmu dan tips ni.

Saya cerita balik supaya ada yang dapat manfaat. Saya takmau simpan manfaat tu seorang diri. Sebab tu nak bagi ibubapa lain idea juga.

Selamat Berpuasa.

Moga Ramadhan menjadikan kita lebih cantik.
Cantik akhlak.

---
Itu adalah sedutan post di FB saya.

Rupanya ia berjaya 'menyentuh' hati para ibubapa di luar sana untuk mempraktikkan pada anak sendiri.

Ibu #1




Ibu #2



Alhamdulillajh ala kulli hal.

Benarlah kata orang, kita perlu sebarkan sebanyak mungkin ilmu yang kita tahu.
Mungkin pada kita ianya perkara kecik je.
Tapi pada orang lain, ianya punya manfaat yang cukup besar sekali.

Saya menyeru semua yang membaca post ini, supaya sebarkan jangan malu berkongsi pengetahuan kita, walaupun pada kita ianya seakan kecil.

Ingat, setiap amalan walau sebesar zarah akan dihisab oleh Allah.

Tetap beruntunglah orang yang sukakan kebaikan dan menyebarkannya.

Salam akhir Ramadhan.



You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.