DAPUR GJA

RESEPI MENU BERBUKA YANG SIHAT

12:50


Salam.

Semalam dah pun berbuka kali pertama untuk Ramadhan tahun ini.

Antara azam Ramadhan kali ini adalah mengamalkan makanan versi EAT CLEAN, untuk memiliki kesihatan yang lebih baik, dan badan lebih fit.

Barulah selesa dan seronok beribadah, ye tak?


Haaa, kali ni first time menjebakkan diri dalam grup detox, untuk dapatkan ilmu daripada otai, selain dapat idea nak makan apa hihi.

So semalam sebagai berbuka kali pertama, menu berjaya dibuat versi EAT CLEAN. Tak ada minyak, tak ada gula. 

TADAAA! 

** Portion nampak banyak sebab kongsi dengan suami.

1) Nasi putih segenggam je (tiada dalam gambar)
2) Ayam Grill
3) Telur Dadar
4) Ayam Cincang Tomato
5) Sup Sayur


Simple tapi sedap tauuuuu.

RESEPI AYAM GRILL

- Ayam digaul dengan kunyit hidup, bawang putih, dan garam (lagi best kalau perap dulu semalaman)
- Grill je guna periuk ajaib tu, letak butter secoet untuk bagi unsur oily

RESEPI TELUR DADAR

- Pukul telur dan taburkan Mixed Herb untuk bagi rasa pada telur
- Letak butter secoet, goreng macam biasa
- Gulung dan potong untuk bagi cantik ahaksss

RESEPI AYAM CINCANG TOMATO

- Letak butter secoet dalam kuali
- Tumis bawang putih dan bawang besar
- Masukkan ayam dan bagi masak
- Tabur serbuk paprika untuk bagi rasa
- Masukkan tomato yang dah dicincang
- Masukkan beberapa helai daun limau purut

RESEPI SUP SAYUR

- Masukkan air dalam periuk atau kuali pilihan
- Masukkan je bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk
- Masukkan bawang merah atau bawang besar pilihan
- Dah gelegak, masukkan sayur
- Letak garam sekadar ada
- Letak Mixes Herbs untuk bagi rasa umppp (takyah letak serbuk perasa dah sebab mixed herbx ni dah bagi sedap)


Senang je kan?

Sebenarnya menu eat clean ni, bukan saja mudah dibuat, tapi juga jimat masa, baik pula untuk kesihatan.


Anda cubalah ya!

You Might Also Like

13 comments

  1. Menu yang simple dan paling penting mengenyangkan.. ;)

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan menunya, boleh la zumal try bila lapang. Singgah balas dan follow sini...

    ReplyDelete
  3. salam..
    hi gja..yaya singgh smbil awk kat sni..
    slmt bkenalan n selamat bpuasa ye ^_^

    ReplyDelete
  4. wahhh ayam grill tu sedapp.. hehe. sy follow sini ye.

    ReplyDelete
  5. yang penting sihat dan menyelerakan ;)

    ReplyDelete
  6. bgus mknan..mcm ni la yg perlu diamalkan...

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.