Tempoh hari, tertengok rancangan ala2 dokumentari di TV3, tentang perkahwinan seorang anak VIP.
Di penghujung rancangan, si suami dan isteri diberikan soalan seperti apakah harapan selepas berumahtangga (dalam rancangan tu tak ditayangkan soalan, terus kepada jawapan mereka).
Jawapan suami :
"Semoga xxx (nama isteri) dapat menjadi isteri yang solehah buat saya, dan boleh MENJAGA SAYA dengan baik selama-lamanya."
Jawapan isteri :
"Berharap agar saya dapat menjadi isteri solehah buat suami saya dan menjadi isteri terbaik untuknya."
Respon saya :
"Kah kah kah. Lelaki memang jenis berkahwin untuk MENERIMA sahaja ke? Dan perempuan pula berkahwin hanya untuk MEMBERI ke?"
Ini mungkin pengaruh drama tv.
Mungkin kerana adat turun temurun.
Entah.
Cuma saya terkilan dengan jawapan seorang lelaki yang berkahwin dengan harapan untuk MENERIMA, bukannya MEMBERI yang terbaik untuk isteri.
Dont get me wrong.
Bukannya tak boleh berharapan dalam perkahwinan.
Tapi mindset yang kita tanam dalam diri tu yang menjadi faktor penting bila kita menjawab persoalan 'apakah harapan dalam perkahwinan'.
Saya doakan si suami tetap redha dan bahagia jika si isteri itu tidak dapat memberi yang terbaik pada si suami.
Kerana perkahwinan menuntut kita lebih memberi.
Amin.
6 comments
Wahh Mai lagi 30 hari nak kahwin tapi tak terfukir lagi kenapa nak kawin ni. Saling give and take lah... Memberi kebaikan, menerima keburukan.
ReplyDeleteboleh lah fikir dsekarang hehe
DeleteKerana mentaliti kita yg mmg dh dibiasakan perempuan memberi dan lelaki menerima, ssh nak ubah, tp dgn sikap tolak ansur, insyallah bahagia. Salam singgah n follow done 😁
ReplyDeletementaliti perlu dibetulkan. tolak ansur memang penting.
DeleteAahla awak, saya tak perasan pun jawapan tu walau diulang banyak kali. Peka awak..sekarang baru perasan..
ReplyDeleteNaya la kalau realiti tak meet expectation.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.