rant

WANITA HAMIL PERLU VOICE OUT DI DALAM TREN

11:31

Banyak kali dah jumpa wanita hamil yang terpaksa berdiri dalam tren.

Ada je isu orang buat2 busy tengok phone, buat2 tidur.

Tapi mostly orang lain tak offer seat, hanya keranan TAK PERASAN kehadiran wanita hamil tersebut.

IBU HAMIL BERDIRI JAUH DARIPADA SEAT

Pernah nampak seorang wanita hamil duk usap2 perut di dalam kesesakan orang berdiri, tapi JAUH daripada seat.

Nak kata orang tak offer seat tu susah jugak sebab orang yang duduk tu TAK PERASAN pun wanita hamil tu.

Patutnya masuk je tren, terus berdiri di kawasan seat. Then, minta je lah 'izin' nak duduk.

Sebab, dalam sesak2 tu, orang tak perasan yang anda hamil. Tambah pula jika perut belum nampak lagi atau perut kecil.

IBU HAMIL BERDIRI DI KAWASAN SEAT

Dah beberapa kali juga saya nampak ibu hamil berdiri di kawasan seat, tapi tak dapat offer untuk duduk.

Sebab?
Orang yang tengah duduk tu fokus dengan phone.

And bila angkat kepala, baru sedar ada wanita hamil berdiri depan dia. Kelam kabut bangun dan terus offer seat.

MINTA 'IZIN' NAK DUDUK

Beberapa kali juga saya yang tolong minta izin orang yang duduk agar bangun bagi seat pada wanita hamil. Dan setakat ini, SEMUANYA akan bangun dengan kelam kabut dan cepat2 offer seat. Mereka cakap 'tak perasan tadi'.

ORANG TAKUT NAK OFFER SEBAB CONFUSE ANTARA HAMIL ATAU BUNCIT

Serius. Ni pun faktor gak kenapa oramg susah nak offer seat.

Huhu.

Kang salah offer, kecik hati kawan tu bila kita offer seat padahal beliau tak hamil, tapi buncit.

Sebab tu saya kata, the best is orang hamil tu yang sebut :

"Saya hamil. Boleh saya duduk?"

Clear. Senang orang faham.

KITA TAK MAMPU NAK KAWAL PEMIKIRAN ORANG LAIN

Tolak ke tepi perihal orang lain yang jenis ignorant sengaja buat2 tidur atau fokus dengan phone tu.

Kita tak boleh nak kawal. Dah mereka jenis ignorant, bior je le.

Kalau ikutkan, memang nak sangat semua orang jadi prihatin dan concern pasal orang lain. Tapi itulah, kita takleh nak kawal orang lain.

Tapi kita ni yang boleh jadi proaktif untuk diri kita.

Kalau hamil dan perlu duduk, silakan BERSUARA minta nak duduk.

Kalau mereka still taknak bangun, then bolehlah cakap kuat2 :

"Saya hamil ni. Tapi takde orang pun yang bagi saya seat walaupun DAH MINTA."

Seperti yang saya cerita di atas, SEMUA orang yang bila dah PERASAN kehadiran wanita hamil, mereka akan kelam kabut bangun dan offer seat.

Sekian panjang menulis.

Entah siapa la nak baca.

You Might Also Like

4 comments

  1. Mrs. A time kerja KL travel by komuter time pregnant memang pengalaman sendiri orang nampak je Mrs. A tengah terboyot-boyot tapi buat-buat tak tahu.
    Macam Mrs. A pula sejenis yang segan nak minta seat selagi mampu berdiri bertabah ajelah kalau dah tak larat barulah minta nak duduk.
    Cakap berdasarkan pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah obviously nampak terboyot tapi tak dapat offer seat, sadis sangat dah tu.

      Delete
  2. Sikap rakyat Malaysia.. Ermmm kesian kdg2 bila dh nampak org memboyot ada anak ke xde lg pesalahnya bg dia tmpt ddk. adehhhh tak leh hadam kalau gini.. :(

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.