CERITA KEHIDUPAN

PERNAH TAK KITA MEMBELI SESUATU YANG TAK DIPERLUKAN?

12:18

Bukan sebab tamak apatah lagi rambang biji mata.

Tapi sebab kasihan orang yang menjual.

Sejak kecil,
bonda selalu memilih untuk membeli di gerai atau kedai yang kurang pengunjung.

"Kasihan tak ada orang beli. Jom kita membeli di sini." antara ayat bonda yang saya ingat sampai kini.


Pernah juga berjalan dengan suami ke ekspo yang ada kawan yang dikenali meniaga.

Kami pergi, lihat tiada orang yang membeli.

Suami bisik pada saya,

"Jom kita beli, support member." ujar suami, walaupun tahu saya tak suka pun barangan tersebut.

Saya angguk, siap tambah barangan untuk dibeli.

Syukur Allah kurniakan suami yang berjiwa besar.

Melihat wajah gembira kawan yang menjual, ianya suatu nikmat yang mengundang air mata.

Membeli dengan niat mahu membantu, ianya suatu kepuasan yang tak ada harganya.

Allah tahu.

Keadaan sebeginilah yang buatkan saya makin yakin bahawa kita perlu kaya, untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.



You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.