CERITA KEHIDUPAN

MENTALITI SUKA MENERIMA DAN AMBIL KESEMPATAN

14:57

Maafkan saya, saya terpanggil untuk bercerita.

Dulu, saya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang.

Saya suka je belanja makan pada operator yang bekerja dalam team saya.

Since saya memang 'mewajibkan' diri sendiri untuk bersedekah setiap bulan, maka selalulah mereka yang jadi 'tempat' saya allocate peruntukan sedekah saya tu.

Selalunya saya belanja makanan.

Ada suatu hari, saya rasa terpanggil nak belanja depa makan di kantin kilang.

Maka, saya deal dengan orang kantin, untuk merekodkan segala makanan dan minuman yang mereka (team saya) pada waktu rehat pagi di kantin. Tujuan rekod tu adalah supaya saya bolehlah bayar amaun yang sepatutnya.

Dipendekkan cerita, dalam ramai2 operator tu, ada orang yang amaunnya banyak sekali, hingga jadi amaun yang tak munasabah untuk makan di waktu rehat pagi. Siap tapau air beberapa tin dari kantin. Obviously bukan untuk minum waktu rehat pagi semata tapi dibawa bekal ke waktu lain.

Tak.

Saya tak kisah pun. Langsung tak. Saya bayar je jumlah amaun tu.

Cuma kejadian tu membuka mata saya, bahawa dalam dunia ni memang wujud orang yang 'pantang ada peluang' atau mungkin lebih jujur, orang yang 'tak kisah untuk ambil kesempatan'.

Entahlah, ramai yang kata jurutera adalah golongan kaya. Yang jadi jurutera je tahu camne.

Ada kisah lain.

Seorang kawan saya yang juga jurutera bercerita, beliau tak suka kalau keluar bersama operator kerana mereka akan sentiasa (?) minta jurutera belanja. Bos lah katakan.

Bukan.
Bukan mempersoalkan bos perlu belanja atau tidak.
Tapi inilah yang saya katakan sebagai mentaliti.

Ada kisah lain.

Seorang kawan mengadu, dia rasa geram tiap kali keluar makan bersama adiknya. Adiknya tu dah pun 20an, dah bekerja. Tapi tiap kali keluar makan atau minum, mesti beliau yang perlu belanja.

Tu takpe lagi. Yang tak tahan, adiknya suka order makanan dan minuman yang LEBIH MAHAL daripada yang diodernya setiap kali. Sedangkan kawan ni kadang tengah sesak, oder sirap dan mi goreng je. Tapi si adik oder fresh oren kaw dan chicken chop?

Inikah mentaliti 'suka menerima' an tak kisah ambil kesempatan?

Mentaliti yang sama digunapakai oleh pengunjung Aeon Tebrau, pabila TMJ mengumumkan mahu belanja 1 keluarga rm3k.

Apa hasil mentaliti 'suka menerima' itu?

Lihatlah foto2 bukti troli yang dipenuhi barangan yang dan ditinggalkan bersepah.

Mentaliti 'suka menerima' itulah yang buatkan ramai yang borong aiskrim mahal seperti Magnum dan Baskin Robin.

Mentaliti 'suka menerima' itulah yang tiada rasa tanggungjawab untuk pulangkan semula barangan ke tempat asal. Paling malas pun patut boleh fikir aiskrim tu bakal cair dan rosak.

Itukah tanda tak reti menghargai ?

Itukah tanda protes tak sempat rasa nikmat rm3k dihabiskan dalam 1 resit?

Entah.

Mungkin kita lebih teruja untuk menerima instead of memberi.

Tak tahu nak tulis macam mana.
Kang lagi panjang orang salah faham.

Saya cuma berharap kita jadi lebih bertimbang rasa dalam apa jua situasi.

I rest my case.

Tulis pepanjang entah sapala baca.

#bySayaGja

You Might Also Like

6 comments

  1. Mrs. A faham apa yang Gja maksudkan dan setuju 100% memang terdapat sesetengah jenis manusia sebegitu suka ambil kesempatan di atas kebaikkan orang lain.

    Macam kejadian di Aeon Tebrau tu jelas sangat sifat tamak manusia semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak siapa yang suka bila asyik diambil kesempatan.

      Delete
  2. kesiandkt staff Aeon Tebrau tu
    entah pukul berapa lah diorang balik malam tu

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan wujudnya mentaliti macam tu. Kebanyakkan yang jenis macam ni takkan fikir pasal orang lain, sebab dia letak diri dia paling utama.

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.