CERITA KEHIDUPAN

HATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN TENTANG PERIHAL BERANAK DI MANA

09:49

Post ini menarik perhatian saya.

Bukan saya nak bercerita GH vs private pun.

Saya nak cerita kisah benar seorang ibu mengandung.

Point : Setiap percakapan ibu tentang/untuk anak adalah DOA

Kisah benar ini diceritakan oleh mak saya. kisah terjadi pada orang kampung mak saya.

Alkisah, seorang wanita mengandung, yang memang kita tahu emosi sensitif lagi fragile.

Pada suatu hari, wanita tersebut ada sesuatu ’pertelingkahan’ dengan ibunya, dan wanita itu merajuk, lalu mengungkapkan kata2 sebegini,

"BIARLAH SAYA BERANAK SORANG-SORANG DI DALAM HUTAN"

Biasa tak kita buat ayat sebegitu? Biasa dengar kan... Tambahan lagi bila emosi tak tentu hala, rasa nak merajuk sokmo. Main cakap je apa2. Walau tak BERNIAT nak cakap sebegitu, tai tanpa sedar, kata2 tersebut DIAMINKAN MALAIKAT.

Dipendekkan cerita, tibalah masa untuk wanita tersebut bersalin. Zaman dulu kan oramg bersalin di rumah, so bidan pun dah get ready nk sambut baby. Wanita itu pun jenuh teran berulang kali. Tapi tak berjaya.

Seperti yang kita maklum, waktu nak melahirkan adalah waktu yang sangat sakit dan kritikal. Begitulah keadaan ketika itu.

Sehinggalah ibu kepada wanita tersebut teringat KATA-KATA anaknya (wanita yang nak bersalin tu).

"BIARLAH SAYA BERANAK SORANG-SORANG DI DALAM HUTAN"

Mungkin kata2 itu yang buatkan wanita tersebut tak boleh meneran di RUMAH. Perlu berada di HUTAN, baru boleh meneran agaknya. Emak wanita tersebut mula mendapatkan ilham daripada kata2 anaknya itu.

Iya, kata2 yang diungkapkan kerana merajuk, telah diangkat sebagai doa yang makbul di sisi Tuhan.

Disebabkan keadaan dah kritikal, memang payah lah NAK BAWA WANITA ITU KE HUTAN untuk bersalin.

Maka, HUTAN LAH YANG DIBAWA KE RUMAH.

Bagaimana?

Beberapa pokok dan tumbuhan hutan dibawa ke rumah, rumah dihias hingga menjadi seiras HUTAN.

Kuasa Allah Taala, sejurus rumah siap dihias menjadi HUTAN, maka wanita tersebut pun berjaya melahirkan anak.

Iya, kata2 yang diungkapkan kerana merajuk, telah diangkat sebagai doa yang makbul di sisi Tuhan.

Ini kisah benar. Mak saya yang cerita. Mak saya kenal dengan wanita dalam kisah di atas, siap boleh sebut nama dan rumah yang mana lagi.

Berbalik kepada post viral tentang wanita yang nak bersalin di Prince Court ini, mahupun wanita lain yang mengeluarkan kenyataan yang sama, HANYA MAHU TERAN ANAK DI TEMPAT SEKIAN-SEKIAN, saya risau kata2 itu akan menjadi DOA yang makbul di sisi Tuhan.

Kalau betul mampu dan keadaan waktu nak bersalin tu semuanya OK, tak mengapalah kerana ia akan jadi moment bahagia dan penuh senyuman.

Kalaulah anda buat kenyataan hanya mahu beranak di Prince Court, tapi takdir Allah ketika masa nak bersalin itu, anda sedang berada di Terengganu? Jenuh teran di Terengganu, tapi tak berjaya. Nak kena usung anda yang sedang bertarung nyawa itu ke KL untuk meneran di Prince Court?

Sedih.

Saya sedih sebenarmya bila baca post wanita yang nak HANYA MENERAN di Prince Court, taknak meneran di tempat lain.

Bahaya.

Saya doakan kemudahan urusan beliau jika sudah sampai masanya untuk meneran nanti.

Untuk orang lain yang share post wanita itu, dengan status seakan sama, pun saya doakan kemudahan untuk anda.

Ingat.

Segala kata tentang/untuk anak adalah DOA, DOA, DOA.

Muhasabah buat diri saya sendiri.

#bySayaGja

You Might Also Like

2 comments

  1. Terbaca juga pasal ni member share kat FB.
    Kalau dah nak terberanak sangat tak teran pun dia keluar jugak ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak teran tapi tak mampu, naya gak tu.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.