Yang mengajarku berkata,
"Jika perlu buat pilihan antara mama atau anak, pilihlah anak."
Itu di saat menjelang kelahiran.
Yang mengajarku untuk pandai berkata,
"Commeeeyyy nyaaaa!"
Yang mengajarku untuk pandai mengagah dan bermain cikucak.
Itupun sesudah beberapa bulan kelahiran.
Yang mengajarku pejam mata untuk ambil unpaid leave ketika dirimu sakit dan demam.
Yang mengajarku menjadi makin cerdik merancang kewangan.
Yang mengajarku untuk makin menjaga kata2 kerana ianya makbul di sisi Tuhan.
Yang mengajarku untuk bersangka yang baik2 sahaja, kerana lintasan hati juga tiada hijab kepada Tuhan.
Alhamdulillah untuk nikmat yang tak ternilai.
Moga kamu membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata,
mudah dijaga,
semua orang suka.
Itulah baris ayat wajib yang aku bisikkan di telingamu setiap malam.
Dua tahun yang penuh makna,
Selamat Hari Lahir,
anakku Tiara Aufa.
12 comments
selamat hari lahir tiara
ReplyDeleteterima kasih
DeleteAlhamdulillah .. Semoga membesar dengan sihat.. Dan menjadi anak solehah..
ReplyDeleteAmiinn itulah antara doa yg dipanjatkan.
DeleteHappy birthday Tiara Aufa :)
ReplyDeleteyeayyy terima kaseeeehh
DeleteSelamat hari lahir si comel (:
ReplyDeleteMemamg comel pun hihi
DeleteHappy besday Tiara Aufa. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah.
ReplyDeleteyeah membesar bagaikan juara
Deletebetul betul
ReplyDeleteanak anak memang banyak mengajar kita untuk terus sabar, menabung dan fikir lebih lagi untuk buat sesuatu
Tu la kan. Alhamdulillah.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.