Salam.
Boleh dikatakan dalam ramai-ramai yang menghubungi saya, kebanyakannya mahu mencari produk yang boleh menyelesaikan sakit tumit yang dialami.
Panggilan makin banyak selepas video yang saya muatnaik di YouTube, mencapai rating yang tinggi.
SAKIT TUMIT SELEPAS BANGUN TIDUR PADA WAKTU PAGI
Iya, itulah kesakitan yang dialami kebanyakan kita. Sewaktu tidur, otot di bahagian tapak kaki berada dalam keadaan rehat. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, secara drastik bebanan dari berat badan kita menekan kaki terutama di bahagian tumit. Tisu pada tapak kaki akan meregang secara tiba-tiba, menyebabkan tisu mungkin cedera. Apabila kita teruskan berjalan, sakit itu akan hilang secara perlahan-lahan. Yang bangun tidur tu lah yang paling seksa.
Saya tahu sebab saya pun alami sakit tumit ni.
Muda lagi, tapi macammana boleh sakit tumit?
Melalui pengamatan saya, sapa dapat sakit gtumit ni bila saya asyik berdiri dalam tren untuk pergi balik kerja. Bayangkan, sehala sahaja sudah memakan 1jam perjalanan dalam tren. 1jam pergi, 1jam balik, total 2jam perlu berdiri setiap hari! Dasat kan?
Kerana itulah, saya pun paksa diri amalkan produk Shaklee iaitu Omega Guard dan Ostematrix.
Sebelum bercerita mengenai produk, jom saya kongsi, beberapa info yang patut anda tahu sekiranya mengalami sakit tumit ini.
PUNCA SAKIT TUMIT DAN TAPAK KAKI
-Memakai kasut tumit tinggi dengan kerap
-Faktor usia
-Kerap berdiri dalam waktu yang lama
-Kerap berjalan
-Gaya berjalan yang tidak betul
-Tekanan saraf di tapak kaki
-Kekurangan nutrisi untuk kesihatan sendi
-Obesiti
Sakit tumit atau dalam bahasa mediknya Plantar Fasciitis, adalah sakit yang kerap terjadi pada orang dewasa. Ada yang mengalaminya sebelah kaki, ada juga yang mengalami pada kedua belah kaki.
TIPS MENGATASI SAKIT TUMIT DAN TAPAK KAKI
-Pakai kasut yang memiliki tapak yang selesa
-Kurangkan berdiri dalam jangka waktu yang lama, kena rajin alih-alihkan kaki
-Kurangkan berjalan terlalu lama
-Kurangkan aktiviti fizikal yang berat
-Meletakkan ais pada tapak kaki
-Pakai pelapik kasut yang selesa
-Pakai sokongan kaki ketika tidur, ia dapat elakkan tisu plantar menjadi ketat
Orang yang mengidap Plantar Fasciitis perlulah merujuk pada doktor untuk rawatan susulan. Rawatan akan diberi berdasarkan penilaian oleh doktor. Mungkin anda akan diberi ubatan termasuklah steroid, ada juga terapi fizikal yang perlu dibuat, semuanya bergangung pada penilaian doktor. Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda terpaksa menjalani pembedahan. Tapi biasanya tak perlu pun buat pembedahan.
PLANTAR FASCIITIS BOLEH SEMBUH ?
Boleh, dengan terapi yang dipilih doktor. Perlu diingat, walaupun sudah sembuh, ia masih boleh terjadi lagi jika anda ada buat aktiviti yang lasak, atau berat badan menjadi lebih naik. Ia boleh hilang, dan berulang kembali.
MENGGUNAKAN SUPLEMEN UNTUK ATASI SAKIT TUMIT DAN TAPAK KAKI
Makin meningkat usia, kesihatan semakin merudum dan nutrisi dalam badan pun menyusut. Pastikan kita mendapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi untuk mengatasi masalah sakit tumit ini.
Untuk suplemen Shaklee, dicadangkan untuk mengamalkan 2 produk berikut iaitu Omega Guard dan Ostematrix.
OMEGA GUARD
Ia bersifat anti-radang, amat sesuai untuk menyelesaikan masalah keradangan yang dialami di bahagian tumit dan tapak kaki.
Ia mengandungi spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan yang tingggi.
Antara pelbagai asid lemak yang ada, terdapat satu yang mesti mencukupi dalam tubuh, iaitu asid lemak penting omega-3, yang mana tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kena supply dari sumber luar. 2 jenis utama adalah EPA dan DHA.
Cara makan Omega Guard : 3biji selepas sarapan atau lunch
Harga Omega Guard : RM136.25
OSTEMATRIX
Ia adalah pil kalsium, yang dilengkap magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan optimum.
Memberi kesihatan yang baik pada tulang. Melegakan lenguh-lenguh kaki dan sakit di bahagian tumit.
Cara makan Ostematrix : 4biji sebelum tidur
Harga Ostematrix : RM61.25
CARA ORDER
Hanya hubungi saya : 6019-5161862
Untuk direct whatsapp, sila klik : www.wasap.my/60195161862
9 comments
Sebolehnya pengguna harus kurangkan pengambilan ubat tahan penyakit nih... jagalah pemakanan & selalukan senaman ;)
ReplyDeleteowh
ReplyDeletebaru tahu pasal sakit tumit
kalau dah rasa sakit tumit, mmg ingat selamanya.
Deletehidup sihat riang ria
ReplyDeleteIbu e'in selalu sgt sakit tumit.
ReplyDeleteIbu e'in selalu sgt sakit tumit.
ReplyDeleteBoleh cuba belikan ibu E'in suplemen Shaklee, InsyaAllah berkesan.
DeleteTq infonya
ReplyDeletesama-sama. moga bermanfaat.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.