Takde sakit berdenyut macam migrain. Tapi rasa berbahang satu kepala.
Walhal saya happy je kalau nak kata stress ke terlebih fikir ke apa.
sempat juga masak dinner dan makan sekeluarga.
bonda selalu memilih untuk membeli di gerai atau kedai yang kurang pengunjung.
Bila ada kisah perempuan2 duk menggedik pada suami orang, somehow saya macam faham la kenapa. Kah.
Tapi saya tak kahwin suami orang tauuuuu.
Single ok.
Ada juga adik2 dan kawan2 yang tanya, macammana kehidupan bila kahwin dengan orang yang lebih berusia.
Beza umur saya dan suami 8 tahun.
Orang cakap, wuuuuu banyaknya beza.
Saya cakap, eh sebenarnya nak yang 10 tahun tau.
Kah.
Ofkos la banyak insiden terkejut dan tak dapat diterima akal bila berhadapan dengan orang yang macam lain generasi ni.
Kena diam dan sabaaaaar haha.
Disebabkan ramai yang tanya, katanya nak jadikan persediaan mental, fizikal, emosi segala.
Saya pun berbaik hati, nak kongsi pengalaman yang tak seberapa pun ni.
Moga bermanfaat.
Jemput join satu kampung.
https://t.me/joinchat/EN7ib0552gWNGxcJd_8cmw
Post ini menarik perhatian saya.
Bukan saya nak bercerita GH vs private pun.
Saya nak cerita kisah benar seorang ibu mengandung.
Point : Setiap percakapan ibu tentang/untuk anak adalah DOA
Kisah benar ini diceritakan oleh mak saya. kisah terjadi pada orang kampung mak saya.
Alkisah, seorang wanita mengandung, yang memang kita tahu emosi sensitif lagi fragile.
Pada suatu hari, wanita tersebut ada sesuatu ’pertelingkahan’ dengan ibunya, dan wanita itu merajuk, lalu mengungkapkan kata2 sebegini,
"BIARLAH SAYA BERANAK SORANG-SORANG DI DALAM HUTAN"
Biasa tak kita buat ayat sebegitu? Biasa dengar kan... Tambahan lagi bila emosi tak tentu hala, rasa nak merajuk sokmo. Main cakap je apa2. Walau tak BERNIAT nak cakap sebegitu, tai tanpa sedar, kata2 tersebut DIAMINKAN MALAIKAT.
Dipendekkan cerita, tibalah masa untuk wanita tersebut bersalin. Zaman dulu kan oramg bersalin di rumah, so bidan pun dah get ready nk sambut baby. Wanita itu pun jenuh teran berulang kali. Tapi tak berjaya.
Seperti yang kita maklum, waktu nak melahirkan adalah waktu yang sangat sakit dan kritikal. Begitulah keadaan ketika itu.
Sehinggalah ibu kepada wanita tersebut teringat KATA-KATA anaknya (wanita yang nak bersalin tu).
"BIARLAH SAYA BERANAK SORANG-SORANG DI DALAM HUTAN"
Mungkin kata2 itu yang buatkan wanita tersebut tak boleh meneran di RUMAH. Perlu berada di HUTAN, baru boleh meneran agaknya. Emak wanita tersebut mula mendapatkan ilham daripada kata2 anaknya itu.
Iya, kata2 yang diungkapkan kerana merajuk, telah diangkat sebagai doa yang makbul di sisi Tuhan.
Disebabkan keadaan dah kritikal, memang payah lah NAK BAWA WANITA ITU KE HUTAN untuk bersalin.
Maka, HUTAN LAH YANG DIBAWA KE RUMAH.
Bagaimana?
Beberapa pokok dan tumbuhan hutan dibawa ke rumah, rumah dihias hingga menjadi seiras HUTAN.
Kuasa Allah Taala, sejurus rumah siap dihias menjadi HUTAN, maka wanita tersebut pun berjaya melahirkan anak.
Iya, kata2 yang diungkapkan kerana merajuk, telah diangkat sebagai doa yang makbul di sisi Tuhan.
Ini kisah benar. Mak saya yang cerita. Mak saya kenal dengan wanita dalam kisah di atas, siap boleh sebut nama dan rumah yang mana lagi.
Berbalik kepada post viral tentang wanita yang nak bersalin di Prince Court ini, mahupun wanita lain yang mengeluarkan kenyataan yang sama, HANYA MAHU TERAN ANAK DI TEMPAT SEKIAN-SEKIAN, saya risau kata2 itu akan menjadi DOA yang makbul di sisi Tuhan.
Kalau betul mampu dan keadaan waktu nak bersalin tu semuanya OK, tak mengapalah kerana ia akan jadi moment bahagia dan penuh senyuman.
Kalaulah anda buat kenyataan hanya mahu beranak di Prince Court, tapi takdir Allah ketika masa nak bersalin itu, anda sedang berada di Terengganu? Jenuh teran di Terengganu, tapi tak berjaya. Nak kena usung anda yang sedang bertarung nyawa itu ke KL untuk meneran di Prince Court?
Sedih.
Saya sedih sebenarmya bila baca post wanita yang nak HANYA MENERAN di Prince Court, taknak meneran di tempat lain.
Bahaya.
Saya doakan kemudahan urusan beliau jika sudah sampai masanya untuk meneran nanti.
Untuk orang lain yang share post wanita itu, dengan status seakan sama, pun saya doakan kemudahan untuk anda.
Ingat.
Segala kata tentang/untuk anak adalah DOA, DOA, DOA.
Muhasabah buat diri saya sendiri.
#bySayaGja
Mengantuk dan keletihan tak dapat dipisahkan daripada kehidupan sesiapa pun.
Bahkan, ramai di antara kita yang mengalami masalah sakit badan dan keletihan yang amat sangat.
Selalu je muncul di timeline fb saya, tentang keluhan ibu-ibu yang tak dapat melayan anak bermain, membuat kerja rumah, hanya kerana keletihan yang melampau.
Maafkan saya, saya terpanggil untuk bercerita.
Dulu, saya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang.
Saya suka je belanja makan pada operator yang bekerja dalam team saya.
Since saya memang 'mewajibkan' diri sendiri untuk bersedekah setiap bulan, maka selalulah mereka yang jadi 'tempat' saya allocate peruntukan sedekah saya tu.
Selalunya saya belanja makanan.
Ada suatu hari, saya rasa terpanggil nak belanja depa makan di kantin kilang.
Maka, saya deal dengan orang kantin, untuk merekodkan segala makanan dan minuman yang mereka (team saya) pada waktu rehat pagi di kantin. Tujuan rekod tu adalah supaya saya bolehlah bayar amaun yang sepatutnya.
Dipendekkan cerita, dalam ramai2 operator tu, ada orang yang amaunnya banyak sekali, hingga jadi amaun yang tak munasabah untuk makan di waktu rehat pagi. Siap tapau air beberapa tin dari kantin. Obviously bukan untuk minum waktu rehat pagi semata tapi dibawa bekal ke waktu lain.
Tak.
Saya tak kisah pun. Langsung tak. Saya bayar je jumlah amaun tu.
Cuma kejadian tu membuka mata saya, bahawa dalam dunia ni memang wujud orang yang 'pantang ada peluang' atau mungkin lebih jujur, orang yang 'tak kisah untuk ambil kesempatan'.
Entahlah, ramai yang kata jurutera adalah golongan kaya. Yang jadi jurutera je tahu camne.
Ada kisah lain.
Seorang kawan saya yang juga jurutera bercerita, beliau tak suka kalau keluar bersama operator kerana mereka akan sentiasa (?) minta jurutera belanja. Bos lah katakan.
Bukan.
Bukan mempersoalkan bos perlu belanja atau tidak.
Tapi inilah yang saya katakan sebagai mentaliti.
Ada kisah lain.
Seorang kawan mengadu, dia rasa geram tiap kali keluar makan bersama adiknya. Adiknya tu dah pun 20an, dah bekerja. Tapi tiap kali keluar makan atau minum, mesti beliau yang perlu belanja.
Tu takpe lagi. Yang tak tahan, adiknya suka order makanan dan minuman yang LEBIH MAHAL daripada yang diodernya setiap kali. Sedangkan kawan ni kadang tengah sesak, oder sirap dan mi goreng je. Tapi si adik oder fresh oren kaw dan chicken chop?
Inikah mentaliti 'suka menerima' an tak kisah ambil kesempatan?
Mentaliti yang sama digunapakai oleh pengunjung Aeon Tebrau, pabila TMJ mengumumkan mahu belanja 1 keluarga rm3k.
Apa hasil mentaliti 'suka menerima' itu?
Lihatlah foto2 bukti troli yang dipenuhi barangan yang dan ditinggalkan bersepah.
Mentaliti 'suka menerima' itulah yang buatkan ramai yang borong aiskrim mahal seperti Magnum dan Baskin Robin.
Mentaliti 'suka menerima' itulah yang tiada rasa tanggungjawab untuk pulangkan semula barangan ke tempat asal. Paling malas pun patut boleh fikir aiskrim tu bakal cair dan rosak.
Itukah tanda tak reti menghargai ?
Itukah tanda protes tak sempat rasa nikmat rm3k dihabiskan dalam 1 resit?
Entah.
Mungkin kita lebih teruja untuk menerima instead of memberi.
Tak tahu nak tulis macam mana.
Kang lagi panjang orang salah faham.
Saya cuma berharap kita jadi lebih bertimbang rasa dalam apa jua situasi.
I rest my case.
Tulis pepanjang entah sapala baca.
#bySayaGja
Hai.
Untuk yang newbies dalam mengundi terutamanya first timer voter, mesti ada yang konfius di mana tempat mengundi.
Ada juga yang konfius nak kena undi DUN mana.
Ni ha cara nak check.
1) SECARA ONLINE
Sila ke link : http://daftarj.spr.gov.my/
-Masukkan nombor kad pengenalan.
-Isikan captcha yang ada.
Saya dah cuba guna secara online, tapi asyik jammed dan dah hampir 5x isi column, still web tak dapat respon. Maka give up di situ. Tapi kita ada cara lain.
2) SECARA SMS
-Caj rm0.20
-Taip SPR<space>SEMAK<space>NOMBOR IC
-Hantar ke 15888
-Dalam masa tak sampai 30saat, dah dapat maklumat.
Tu je.
Simple.
Sila sebarkan agar lebih ramai tahu.
#balikmengundi
#pru14
#bySayaGja
Banyak kali dah jumpa wanita hamil yang terpaksa berdiri dalam tren.
Ada je isu orang buat2 busy tengok phone, buat2 tidur.
Tapi mostly orang lain tak offer seat, hanya keranan TAK PERASAN kehadiran wanita hamil tersebut.
IBU HAMIL BERDIRI JAUH DARIPADA SEAT
Pernah nampak seorang wanita hamil duk usap2 perut di dalam kesesakan orang berdiri, tapi JAUH daripada seat.
Nak kata orang tak offer seat tu susah jugak sebab orang yang duduk tu TAK PERASAN pun wanita hamil tu.
Patutnya masuk je tren, terus berdiri di kawasan seat. Then, minta je lah 'izin' nak duduk.
Sebab, dalam sesak2 tu, orang tak perasan yang anda hamil. Tambah pula jika perut belum nampak lagi atau perut kecil.
IBU HAMIL BERDIRI DI KAWASAN SEAT
Dah beberapa kali juga saya nampak ibu hamil berdiri di kawasan seat, tapi tak dapat offer untuk duduk.
Sebab?
Orang yang tengah duduk tu fokus dengan phone.
And bila angkat kepala, baru sedar ada wanita hamil berdiri depan dia. Kelam kabut bangun dan terus offer seat.
MINTA 'IZIN' NAK DUDUK
Beberapa kali juga saya yang tolong minta izin orang yang duduk agar bangun bagi seat pada wanita hamil. Dan setakat ini, SEMUANYA akan bangun dengan kelam kabut dan cepat2 offer seat. Mereka cakap 'tak perasan tadi'.
ORANG TAKUT NAK OFFER SEBAB CONFUSE ANTARA HAMIL ATAU BUNCIT
Serius. Ni pun faktor gak kenapa oramg susah nak offer seat.
Huhu.
Kang salah offer, kecik hati kawan tu bila kita offer seat padahal beliau tak hamil, tapi buncit.
Sebab tu saya kata, the best is orang hamil tu yang sebut :
"Saya hamil. Boleh saya duduk?"
Clear. Senang orang faham.
KITA TAK MAMPU NAK KAWAL PEMIKIRAN ORANG LAIN
Tolak ke tepi perihal orang lain yang jenis ignorant sengaja buat2 tidur atau fokus dengan phone tu.
Kita tak boleh nak kawal. Dah mereka jenis ignorant, bior je le.
Kalau ikutkan, memang nak sangat semua orang jadi prihatin dan concern pasal orang lain. Tapi itulah, kita takleh nak kawal orang lain.
Tapi kita ni yang boleh jadi proaktif untuk diri kita.
Kalau hamil dan perlu duduk, silakan BERSUARA minta nak duduk.
Kalau mereka still taknak bangun, then bolehlah cakap kuat2 :
"Saya hamil ni. Tapi takde orang pun yang bagi saya seat walaupun DAH MINTA."
Seperti yang saya cerita di atas, SEMUA orang yang bila dah PERASAN kehadiran wanita hamil, mereka akan kelam kabut bangun dan offer seat.
Sekian panjang menulis.
Entah siapa la nak baca.
Yang mengajarku berkata,
"Jika perlu buat pilihan antara mama atau anak, pilihlah anak."
Itu di saat menjelang kelahiran.
Yang mengajarku untuk pandai berkata,
"Commeeeyyy nyaaaa!"
Yang mengajarku untuk pandai mengagah dan bermain cikucak.
Itupun sesudah beberapa bulan kelahiran.
Yang mengajarku pejam mata untuk ambil unpaid leave ketika dirimu sakit dan demam.
Yang mengajarku menjadi makin cerdik merancang kewangan.
Yang mengajarku untuk makin menjaga kata2 kerana ianya makbul di sisi Tuhan.
Yang mengajarku untuk bersangka yang baik2 sahaja, kerana lintasan hati juga tiada hijab kepada Tuhan.
Alhamdulillah untuk nikmat yang tak ternilai.
Moga kamu membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata,
mudah dijaga,
semua orang suka.
Itulah baris ayat wajib yang aku bisikkan di telingamu setiap malam.
Dua tahun yang penuh makna,
Selamat Hari Lahir,
anakku Tiara Aufa.