Itu antara pesan suami saya.
Saya pernah tolong orang sampai saya pula yang berhutang, semata-mata KESIAN.
Dulu saya protes gak, sebab saya berpegang bahawa kita MESTI JADI BAIK, takyah harapkan BALASAN orang walaupun sepatah kata terima kasih.
Saya juga berpegang bahawa Allah mesti bagi ganjaran orang yang suka memberi. Takkan sia2 sesuatu sedekah.
Pernah gak merajuk, bila beliau tegur saya yang tolong orang lain, tapi kita tahu yang orang tu memang suka meminta dan ambil kesempatan.
Bila dah makin bertambah usia, saya mula mengakui nasihat suami.
Ia bukanlah tentang mengharap orang menghargai, mengharap ucapan terima kasih pun.
Ia lebih kepada kita memberi sesuatu yang betul pada orang yang betul.
Jika orang itu benar2 perlukan pertolongan, dia pasti akan menghargai dengan ucapan terima kasih.
Pertolongan yang betul juga adalah kita mengajar seseorang itu untuk memancing, bukannya bagi ikan semata.
---
Tak tahu nak tulis macam mana.
Tanggapan orang pun macam2.
Tak tahu nak tulis macam mana.
Tanggapan orang pun macam2.
I rest my case.
2 comments
ucapan terima kasih pun dh memadai tapi kalau berhutang wang, bayar sedikit demi sedikit pun dh tau dia ikhlas utk membayar kan..wallahuallam
ReplyDeletesalam kenal dari umifuzy.com
Betul sekali. At least rasa berbaloi lah kita menolong org yg betul hehe.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.