Salam.
Semua orang mahukan kejayaan dalam hidupnya, apatah lagi akhiratnya.
Semakin meningkat usia, semakin kuat cemburu saya pada orang yang berjaya di luar sana.
Yang kaya raya tapi tergedik-gedik tu saya tak hairan pun.
Yang saya kisahkan, adalah golongan kaya-raya tapi hidupnya masyaAllah sangat humble dan sekadar cukup apa yang ada sahaja. Saya nak jadi macam tu. Kaya supaya tidak meminta-minta dan boleh bagi sedekah dan zakat dengan lebih banyak. Humble dan sekadar cukup untuk diri sendiri.
Saya jadi rajin nak baca kisah hidup dan pengalaman mereka, melalui pembacaan mahupun bersembang bertemu muka.
VISUALISE IMPIAN DALAM VISION BOARD
Apa yang saya dapat simpulkan, mereka ini memang mempunyai matlamat atau impian hidup yang ditulis atau ‘visualised’ kan.
Mereka bukan sekadar berimpian, tapi mereka MENULIS impian-impian mereka itu.
Ada yang menampal senarai impian di dinding bilik, bahkan di cermin.
Ada juga yang menuliskannya di buku.
Ada pula yang menaipkannya dan letakkan gambar di ‘notes’ dalam telefon pintar.
Yang pasti, tiap hari mereka melihat impian-impian yang tertulis itu.
Hinggakan impian yang tertulis itu masuk ke dalam subconcious mind (minda separuh sedar), lalu menghantar signal ke otak agar mengarahkan tubuh terus bekerja untuk merealisasikan impian yang tertulis itu!
Mulanya saya tak percaya tentang impian yang ditulis akan lebih berpotensi direalisasikan berbanding sekadar berputar-putar dalam pemikiran. Yang hanya terbiar dalam pemikiran itu selalunya dikategorikan sebagai angan-angan. Hehe.
Saya mula menulis impian kali pertama ketika saya berada di pusat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Saya menulis impian saya yang mahu ke Jepun. Alhamdulillah saya berjaya pun melanjutkan pelajaran di Jepun, dan menamatkannya dalam waktu yang sepatutnya.
Yang terdekat, saya menulis dan meletakkan gambar Kawah Putih dalam Vision Board (VB) saya.
Ia sebagai tanda impian saya yang mahu membawa suami, anak, mak dan ayah saya melancong ke Bandung pada Disember 2017.
Ketika saya mula menuliskan impian tersebut, menggigil jugalah jari. Sebab waktu tu langsung tak ada simpanan yang saya ‘allocate’ untuk tujuan tersebut.
Tapi saya gagahkan juga. Saya buat VB tu dalam telefon pintar sahaja. Tapi saya kerap melihatnya. Makin dilihat, makin membuak rasa nak dapatkan duit yang cukup untuk pergi travel ke Bandung itu.
Alhamdulillah ala kulli hal, saya berjaya juga bawa suami, anak, mak dan ayah saya, siap tambah seorang adik bongsu (total 5 dewasa) untuk melancong ke Bandung pada Disember 2017.
Benarlah kata orang yang sudah berjaya,
“Begin with the END in mind.”
Sejak itu, saya makin percaya ‘kuasa’ vision board.
Tipsnya, kita mestilah buat VB menggunakan unsur emosi. Sebab emosi itulah yang akan bantu jadi ‘push factor’ untuk menolak kita supaya bekerja dan berusaha sehabis mungkin untuk mencapai nya.
Kalau sekadar tulis dan tepek gambar, tapi kita tak ada perasaan langsung terhadapnya, makanya hmmmmm…..
TIPS DAN CARA BUAT VISION BOARD
1)Kenal pasti impian kita :
Contohnya mahu melancong ke Bandung pada Disember 2017
2)Dapatkan detail spesifik tentang kos yang perlu ada untuk mencapai impian :
Contohnya kos flight 5 orang dewasa : RM 600/pax , kos makan minum RM500, kos penginapan, RM500
3)Tepek gambar, supaya lebih tertangkap dalam minda
Contohnya tepek gambar Kawah Putih sebagai simbolik mahu ke Bandung
4)Bekerjalah untuk mencapai impian tersebut
VB bukanlah magic board, tulis je terus dapat capai. Big NO! Ia adalah alat untuk subconcious mind kita menghantar signal ke otak agar mengarahkan tubuh kita bekerja mencapainya.
LAW OF ATTRACTION
Apa yang kita fikir, itulah yang kita akan dapat.
Bila dah asyik tengok VB tiap hari, asyik terbayang je, maka ia akan ‘menjemput’ impian tersebut untuk menjadi nyata.
Dalam islam, ia dipanggil doa. Sebab tu kita kena selalu fikirkan yang baik-baik sahaja.
Bila kita dah usaha sehabis mungkin untuk mencapai impian, percayalah akan ada ‘tangan ghaib’ (Tuhan) yang membantu kita untuk mencapainya.
Seiring dengan usaha kita, jangan lupa kepada Pemilik Rezeki.
Jaga ibadah dengan baik.
Jaga tanggungjawab kita.
InsyaAllah, kejayaan milik kita.
Moga kita semua berjaya mencapai impian masing-masing.
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.