Salam.
Kebelakangan ini, asyik-asyik keluar kisah SID (Shaklee Independent Distributor) yang jual dengan harga yang murah, kadang lebih murah daripada harga ahli.
Mula-mula dulu, saya pun terkesan dengan golongan yang suka jual murah-murah ni.
Tapi semakin lama berada dalam dunia bisnes Shaklee, saya dah mampu pekakkan telinga bila ada orang jual yang murah-murah.
Kalau ada customer yang beritahu saya dengan ayat
“Mahal lah awak jual. Penjual A tu boleh je jual barang yang sama dengan harga lebih murah.”
**Mahal yang dikatakannya itu adalah harga retail, yakni harga yang telah ditetapkan syarikat untuk yang bukan ahli. Bukan saya suka-suka letak harga.
Maka saya akan balas,
“Iya, penjual A tu jual murah. Kalau awak nak harga murah macam tu, pergilah beli dengan penjual A.
Begitulah customer.
Kadang mereka membeli hanya kerana harga yang murah.
Tapi hakikatnya harga yang murah berpakejkan servis yang ‘murahan’ lah kan. Hehe.
ORANG MEMBAYAR DUIT KERANA NILAI
Ada customer yang sudah pun membeli beberapa produk Shaklee di Lazada, hanya sebab harganya yang lebih murah berbanding harga retail yang sepatutnya.
Bila nak makan, baru perasan yang beliau tak tahu cara makan. Sedar yang beliau perlukan guidance tentang produk dan cara makan, maka beliau yang juga merupakan kawan saya pun mesej saya, bertanyakan tentang cara makan produk-produk yang telah dibelinya itu.
Saya cakap padanya bahawa saya hanya akan beri guidance pada orang yang membeli dengan saya, sebab itu adalah servis eksklusif yang saya tawarkan pada semua yang membeli dengan saya.
Saya cakap lagi, saya hanya akan guide semua produk yang telah dibeli di Lazada itu jika beliau beli tambahan produk dengan saya. Saje nak tengok respon beliau. Nak tahu juga penghargaan beliau pada servis yang ditawarkan.
Apa jadi ?
Beliau beli produk tambahan, siap mendaftar ahli lagi!
Allahu…
Saya memang tak sangka langsung.
Alhamdulillah untuk rezeki itu. Kisah ini meyakinkan saya lagi bahawa seseorang manusia yang tahu menghargai memang akan bayar untuk sesuatu NILAI yang mereka mahukan.
JATI DIRI LEMAH SEORANG PENGEDAR SHAKLEE
Berbalik tentang kisah perang harga, selain menunjukkan SID tersebut tidak patuh peraturan (Shaklee tak benarkan iklan produk di Lazada, Shoppe dll), ia juga menunjukkan jati diri yang lemah kerana tidak yakin dengan nilai yang ada pada produk yang dijual itu.
Jika anda seorang SID dan pernah melakukan perkara sebegitu, mungkin anda boleh fikirkannya semua.
BARANG DAH EXPIRED KE ?
Itu antara kegusaran yang timbul bilamana ada produk yang dijual dengan harga murah tak masuk akal.
Ada sesetengah SID yang memanipulasi dengan cara beli borong banyak-banyak produk semata-mata nak dapatkan bonus pada bulan tertentu, kemudian tak tahu cara nak menjual, tak tahu cara nak buat marketing, maka dek takutkan barang yang makin menjengah ke tarikh luput, mereka pun jual lah dengan harga murah kaw-kaw. Waktu tu hanya fokus asal terjual je lah.
PENGEDAR TERANIAYA SEBAB DENGAR CAKAP UPLINE
Upline tu yang pasti bukan saya hehe.
Alkisahnya, ramai sekali SID yang beli borong sebab mendengar cakap upline. Tak sewajarnya upline tersebut menggunakan SID tersebut untuk kepentingan bisnesnya hingga menganiaya.
Mengapa saya sebut aniaya?
Sebab upline tersebut suruh SID beli stok banyak-banyak. Upline tersebut ajar bahawa kalau beli banyak dan melepasi kuota point tertentu, maka akan dapat bonus (duit) sampai 4angka, dan boleh juga naik rank!
Wow siapa yang tak teruja kan?
Tapi, kasihan sekali pada SID yang betul-betul nak bisnes, tapi dapat ajaran salah daripada upline tersebut.
TAK NAIK RANK, TAK DAPATLAH COACHING
Ada pula kisah upline yang menetapkan syarat, hanya SID yang mencapai rank pertama (Supervisor) yang akan berada dalam grupnya dan akan menerima coaching. Maka berlumba-lumbalah orang yang pulun nak naik rank semata-mata untuk dapatkan coaching upline tersebut.
Berlumba tu dah bagus dah, tapi caranya tak kena sebab SID tak diajar cara sebenar marketing (jemput customer membeli dengan kita). Jadi SID yang tak dapat tunjuk ajar terpaksa guna cara beli borong barang semata-mata untuk cukupkan kuota point layak naik rank (sales rm10k). Lagi best, ada SID yang sampai terpaksa buat loan!
What?????
Perkara sebegini lah yang merosakkan nama baik bisnes Shaklee.
HANYA MODAL RM80 UNTUK BERMULA
Sebenarnya hanya modal RM80 sahaja yang diperlukan untuk buat bisnes Shaklee.
Ia adalah harga yang sama dibayar oleh sesiapa yang nak jadi ahli dan dapatkan harga yang murah (sebab jadi ahli).
Nak bisnes atau makan sendiri, harga still RM80.
Di sinilah pentingnya memilih upline, supaya upline tersebut boleh guide cara makan produk, dan guide cara bisnes yang kita perlukan.
Saya dah jumpa beberapa orang yang ‘kehilangan’ upline.
Upline dah tak buat Shaklee,
Maka terpaksalah mereka mendapatkan saya untuk jadi ‘mak angkat’ untuk guide dalam bisnes terutamanya.
Pada yang dah lebih 1tahun tak buat pembelian dengan Shaklee, ada kes saya terima je lah.
Tapi pada yang masih punyai upline tapi mahu tukar upline kepada saya, minta maaf banyak-banyak sebab saya terpaksa menolak.
Perkara sebeginilah yang menjadi faktor utama bagaimana perang harga ini berlaku.
Dalam grup saya Success Addict (sub-grup iReach under Master Lyna & Master Zainul), saya tekankan untuk menjadi SID yang berprinsip, tak mudah kalah dengan SID yang jual harga murah. Kerana kami menitikberatkan NILAI dalam bisnes.
Percayalah customer membeli kerana NILAI.
Customer yang faham NILAI produk dan servis yang ditawarkan, maka mereka akan membayar dengan harga yang sepatutnya, bahkan banyak kes customer bayar lebih!
Customer adalah orang bijak, yang akan bijak memilih SID untuk membeli, bahkan memilih upline (jika daftar ahli) untuk pastikan keterjaminan hidup setelah mendaftar. Layak dapat guidance, layak pula dapat coaching. Tak perlu pun modal ribu riban, apatah lagi buat loan!
Moga kita semua baik-baik sahaja ya.
Kalau nak mendaftar sebagai ahli Shaklee dalam grup saya, jemput whatsapp di sini : www.wasap.my/60195161862
1 comments
Haihh memang tak patut la, beli kat lain, nak konsultasi dari orang lain..huhu
ReplyDeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.