CERITA KEHIDUPAN

MURAH ATAU MAHAL YANG DIBELI ORANG ?

18:10

Salam.

Kerap kali juga business partner (downline) saya yang datang mengadu, katanya ramai prospek (customer) yang senyap sunyi setelah diberitahu harga. Maka business partner pun mula berfikir susah nak maju dalam bisnes Shaklee sebab harga yang ‘mahal’.

Murah atau mahal sebenarnya bergantung pada cara pandang seseorang terhadap sesuatu produk atau servis.



Contohnya sebiji cheese cake 1kg yang menggunakan bahan terbaik, cara pembuatannya teliti dan dibuat dalam keadaan yang bersih, rasa dijamin sedap, yang berharga sebiji RM50 adalah MURAH.

Tapi sebiji cheese cake yang menggunakan cheese biasa yang sekadar cheese, buat pun sekadar buat, comot pulak tu, persekitarannya tidak bersih, rasa kek macam rasa peti, diletak dalam bekas kecil macam bekas taufufa itu, yang berharga RM10 adalah MAHAL.

Nampak tak?

Saya sering mengajar business partner saya agar sentiasa positif dan menganggap prospek kita ADA DUIT dan MAMPU beli produk.



ELAK PROSPEK RASA DIPERLEKEH

Pernah tak kita masuk ke mana-mana butik mahal seperti Coach, tapi pelayan kedai hanya buat acuh tak acuh sahaja? Kita tanya pun dia jawab malas je. Pelayan kedai tengok kita sebelah mata je, gaya macam kita ni tak mampu beli.

Bila kita tanya harga sebiji beg tangan yang kita cukup berkenan, dijawabnya

“ Err, ini harga mahal kak. Yang MURAH ada di sebelah sana.”

Apa perasaan kita?

Lekeh sangat kah kita ni?

Mesti kita akan rasa tak selesa dan rasa kecil hati kan?

Sebegitu jugalah prospek yang datang pada kita, yang pm kita. Mereka juga manusia, pasti rasa kecil hati jika kita menganggap mereka ini tak mampu nak beli produk mahal.

Ingat ya, tafsiran murah atau mahal sesuatu barang adalah berbeza bagi setiap orang.

Bila seseorang tu perlukan Vivix, dan tahu apa yang Vivix boleh beri padanya, dia akan beli juga Vivix tu (harga retail RM475).

Sedangkan seseorang yang tak menganggap suplemen itu suatu keperluan, nak beli Ostematrix (RM62) pun akan dikatakan mahal.

Begitulah, yang sebenarnya kita tak boleh memandai-mandai menafsir tahap kewangan seseorang, apatah lagi menyangka buruk terhadap seseorang.

Penting sangat untuk kita sebagai orang bisnes supaya sentiasa bersangka baik dan NEVER UNDERESTIMATE pada prospek kita.

Saya dah beberapa kali jumpa orang yang BAYAR LEBIH daripada harga sebenar sesuatu produk, hanya kerana percayakan NILAI yang ada pada produk, juga tanda menghargai NILAI servis kita sebagai orang  yang menjual.

Orang membayar kerana NILAI.

Sentiasalah bersangka baik, walau siapa pun kita.

Moga bisnes yang kita buat mendatangkan rezeki yang berkat insyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.