Salam.
Semua orang mahukan kejayaan. Tak ada pun orang yang sukakan kegagalan.
Pernah suatu ketika, grup besar Shaklee iReach buat majlis rumah terbuka hari raya, tapi ada syarat yang disediakan untuk melayakkan diri sertai majlis tu. Waktu Master Lyna announce syarat tu beberapa bulan sebelum hari raya, saya pun pasang impian untuk melayakkan diri sertai majlis tu.
Sebab?
KOREK KEJAYAAN ORANG YANG DAH BERJAYA
Hanya kerana saya mahu berada di kalangan orang yang dah berjaya dan mahu korek lagi rahsia kejayaan mereka. Dalam bisnes Shaklee yang saya sertai ini, duplicate cara yang dilakukan oleh otai yang dah berjaya adalah rahsia terbesar untuk turut berjaya.
Saya pun pulunlah untuk melayakkan diri sertai majlis rumah terbuka tu kan. Saya faham yang Master Lyna buatkan syarat untuk kita layak sertai majlis tu supaya hanya orang yang betul NAK buat bisnes je yang berada dalam majlis tersebut. Barulah aura sama level kekdahnya.
![]() |
Antara yang berjaya hadir. Seronok dapat serap dan sedut ilmu! |
Alhamdulillah, saya berjaya join. Saya rasa mungkin point saya yang paling rendah dalam ramai-ramai yang layak sertai majlis terbuka tu. Huhu. Tapi saya campak rasa segan jauh-jauh, saya duduk sekali dengan mereka semasa majlis rumah terbuka tu.
Apa yang mereka cerita, nampak macam sembang-sembang je. Tapi pada saya ianya cukup bermakna sebab mereka dah pun berjaya. Daripada sesi beramah mesra dalam majlis rumah terbuka tu, saya memang belajar banyak perkara.
Saya juga banyak kagum dengan mereka yang mostly dah beranak-pinak, ada yang bekerjaya dan buat bisnes, ada juga surirumah sepenuh masa. Bayangkan dengan takde orang gaji, dengan anak-anak kecil, tapi mereka still berjaya dengan bisnes Shaklee. Bayangkan pula yang siang bekerja, tapi malam still tidur lewat untuk buat kerja bisnes di samping uruskan anak-anak kecil lagi.
See?
Sesiapa pun boleh berjaya!
Somehow saya percaya yang mereka berjaya kerana keberkatan yang diberi Tuhan. Waktu yang sedikit, tapi digunakan sebaik mungkin untuk buat bisnes, dengan mujahadah sedikit tidur, nak urus rumah tangga lagi, mungkin kesungguhan itulah yang menjemput keberkatan dalam bisnes mereka.
Mereka tak lokek dengan ilmu pun.
Subhanallah, saya rasa sungguh blessed!
Saya memang tak salah pilih grup bisnes.
YANG PENTING ADALAH KERJA YANG BERTERUSAN
Selepas daripada majlis tu, saya susun semula strategi bisnes saya, Pelan-pelan kayuh orang kata. Yang saya dapat belajar daripada mereka, kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee, yang penting adalah konsistensi.
Betul!
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sebenarnya dalam apa bidang sekali pun, kita perlu konsisten.
Bukannya hangat-hangat tahi ayam. Buat sekali je, kemudian terus down takde sales hewhew.
Bila baca buku ‘Secrets of Millionaire Mind’ oleh T. Harv Eker, beliau juga ada cadangkan supaya kita bergaul dengan orang yang sudah berjaya. Selain untuk mendatangkan suasana positif, ia juga penting untuk kita dapat ‘rahsia’ kejayaan mereka. Apa yang mereka buat, apa yang mereka amal.
Jadi kepada anda di luar sana, jika mahu berjaya dalam sesuatu bidang, cubalah mendekati orang yang dah pun berjaya dalam bidang tersebut.
InsyaAllah, pasti akan dapat sesuatu!
JIka berminat menyertai grup bisnes dalam kelolaaan saya, jemput whatsapp di sini : www.wasap.my/60195161862
6 comments
sharing is caring :) semoga terus sukses dlm bisnes sis :)
ReplyDeleteterima kasih. jom sukses sama-sama.
Deleteyea betul sama sama berjaya (^_^).ucing singgah sini dan follow.
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah dan follow. moga bermanfaat ya.
Deletebetul. dikelilingi org berilmu sedikit sebanyak kita boleh ambil pengalaman m,ereka...
ReplyDeletepositive vibes!
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.