CERITA KEHIDUPAN

MASALAH KITA ADALAH MENGATAKAN 'BAHAYA DUNIA DALAM HATI' KEPADA ORANG MISKIN

17:48

Sedangkan Rasulullah mula mengkhabarkan tentang BAHAYA DUNIA kepada para sahabat selepas tahun ke-6 hijrah, yang ketika itu mula menjadi kaya.

Tahun-tahun awal hijrah, baginda dan para sahabat dalam keadaan tidak berharta (kerana digunakan untuk dakwah, bukan sebab MALAS berusaha). Pada tahun ke-6 hijrah, barulah para sahabat mula memiliki harta yakni menjadi kaya.

Maka baginda pun mula menasihati para sahabat dengan hadis-hadis yang mengingatkan mereka tentang bahaya dunia (PABILA KAYA), bukannya cerita tentang bahaya dunia kepada oramg miskin.

Kepada orang miskin, baginda selalu khabarkan tentang usaha yang membawa keberkatan, galakan islam untuk umat menjadi kaya, kemuliaan menjadi kaya, potensi untuk menyumbang lebih banyak jika kaya.

Pendek kata, umat islam perlu kaya. Supaya bila nak buat program dakwah dll, senang minta infaq daripada golongan kaya tu lah. Kepada golongan miskin, still ada pahala infaq (bahkan mungkin lebih besar pahala) kerana Allah menilai pada keikhlasan hati dan mujahadah kita dalam beramal.

Yang pasti, lebih kaya seseorang, maka lebihlah ruang dan peluang untuk buat pahala!

APA JADI KALAU ASYIK KHABARKAN BAHAYA DUNIA PADA SI MISKIN?

Down semangat nak jadi kaya. Lagi parah, menambahkan golongan pemalas yang bersandarkan alasan,

"Kaya itu doonia."

Astaghfirullah.

Moga kita terpelihara daripada sikap pemalas.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.