CERITA KEHIDUPAN

BERBUAT BAIK DALAM BISNES, PASTI ADA GANJARANNYA

17:58

Salam.

Tempoh hari, saya ada berkongsi tentang sikap pelanggan yang membayar kerana menghargai nilai produk dan servis yang ditawarkan. Maka, kita sebagai penjual tak perlu risau dengan perang harga yang wujud di kalangan sesama penjual.

Terbaru, seorang downline (dah pun mendaftar ahli) saya yang mahu sangat membeli set skincare Youth.

Alkisahnya, beliau mempunyai masalah dengan kad bank beliau, hinggalah stok skincare Youth itu sold out pada 3hb Mac yang lalu. Iya, ia hanya sold out seawal 3 hari pertama dilancarkan!



Rupanya yang sold out itu adalah stok di warehouse, yakni stok untuk orang yang order melalui website (online). Saya dapat khabar gembira melalui status kak Efie yang merupakan pengedar Shaklee area Kelantan, yang menyatakan bahawa masih terdapat beberapa set Youth lagi di branch Shaklee di Kota Bharu.

Tanpa membuang masa, saya bertanyakan downline tersebut sama ada masih mahukan Youth ataupun tidak. Pabila mendapat tahu yang masih ada stok Youth di branch Kota Bharu, lantas downline tersebut bersetuju.


PERLU BAYAR LEBIH

Untuk pengetahuan, jika membuat belian di branch, pengedar terpaksa mengepos sendiri kepada customer. Maknanya, jika downline saya mahu juga beli set Youth melalui Kak Efie, beliau perlu membayar kos pos juga. Berbanding jika buat belian online biasa, downline tersebut hanya perlu bayar harga barang sahaja kerana kos pos untuk set Youth adalah percuma!

Bagi Kak Efie, sebenarnya beliau tak dapat apa-apa keuntungan pun jika tolong belikan set Youth di branch Kota Bharu, dan mengepos kepada downline saya tersebut (beli guna id downline itu sendiri). Bahkan beliau kerugian kos harga minyak kereta nak ke branch, kos masa dan kos tenaga semata-mata untuk menguruskan proses pembelian dan pengeposan set Youth kepada downline saya.

Nak tahu apa jadi?

Downline tersebut bukan sahaja membayar harga set Youth (harga ahli) dan kos pos, malah membayar lebih lagi! Saya tergamam, Kak Efie pula terkesima.

Pada downline saya, ianya adalah ‘hadiah’ buat Kak Efie yang bersusah payah untuk membeli dan mengepos set Youth kepadanya.

Alhamdulillah, memang rezeki Kak Efie.


KEBAIKAN PASTI BERBALAS JUA AKHIRNYA


Mungkin keikhlasan Kak Efie sebeginilah yang buatkan sales beliau sendiri meletup-letup jadinya. Kak Efie ni saya tak pernah pun bersembang face to face. Sekadar friend di FB dan sama-sama berada dalam grup whatsapp je. Tapi auranya sungguh terasa!

Betul lah yang dikata orang, seseorang yang ‘besar’ semestinya memiliki jiwa yang besar!

Saya belajar sesuatu daripada peristiwa ini.

-Kita jangan sesekali menganggap customer tak ada duit
-Kebaikan memang akan menjemput kelapangan rezeki
-Sentiasalah tolong-menolong
-Skincare Youth memang berhantu! Haha.
-Kalau nak dapatkan skincare Youth, kena pantas lah membelinya (cepat order dengan saya!)

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian.

Sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan balasan manusia.

InsyaAllah, ada yang melihat di ‘atas’ sana.

Jika anda juga berminat nak cuba skincare berhantu ini, jemput whatsapp saya di sini : www.wasap.my/60195161862

You Might Also Like

4 comments

  1. Nice sharing!!! ^^ thank you <3 *Hana follow sini ya... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hana sudi follow saya. Moga bermanfaat ya.

      Delete
  2. bila kita tolong orang dgn niat sedekah, lebih baik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul tu. Takkan sia-sia orang yang bersedekah.

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.