CERITA KEHIDUPAN

BACA BUKU UNTUK BINA MINDA POSITIF DAN MENJIMATKAN MASA KEHIDUPAN

06:00

Salam.

Tempoh hari, ada seorang rakan saya yang berhubung dengan saya melalui messenger FB. Sembang punya sembang, terkeluar pula topik buku apa yang sedang dibaca.

Maka saya pun kongsikan padanya, yang saya sedang membaca 2 buah buku. 1 buku hard copy (fizikal), 1 buku soft copy (ebook).

Buku yang hard copy tu saya baca ketika di rumah, sambil golek-golek atas sofa. Buku yang soft copy tu saya baca di mana-mana seperti dalam tren waktu nak pergi kerja. Lain kali lah saya cerita pasal naik tren untuk ulang-alik kerja, banyak juga cerita best untuk dikongsikan.






BACA BUKU SELF-HELP

Saya suka baca buku yang berkisar tentang pengalaman seseorang yang bangkit daripada kegagalan, ataupun tentang biografi orang hebat.

Mereka bercerita daripada pengalaman mereka yang sebenar, maka ianya adalah realistik, takdelah too good to be true. Kadang bila baca buku sebegini, saya akan rasa kagum sekali dengan semangat mereka untuk terus hidup dan memaknakan hidup mereka.

Hidup kita takkanlah sekadar bangun pagi pergi kerja, petang atau malam baru pulang ke rumah, hujung bulan tunggu gaji, tunggu cuti baru nak happy?

Kalau difikirkan balik secara dalam-dalam, hidup sebegitu yang mengulang rutin yang sama (tapi bosan), bukan sahaja boleh bikin stress, tapi boleh buatkan diri kita makin down dari sehari ke sehari.

TAK SANGKA ADA ORANG YANG MEMANG BETUL-BETUL MEMBACA

Ingatkan hobi je.

Iya, itulah kata-kata seorang kawan di FB, apabila saya memuat naik status tentang buku yang yang saya baca, tentang kesukaan saya pada membaca buku.

Tak tahu nak cerita macam mana, tapi bila saya membaca buku, saya terasa ‘hidup’. Seakan mengembara ke alam lain, saya dapat rasakan sel-sel otak saya berfungsi dan bekerja. Saya dapat rasakan ‘tenaga’ dalam minda saya. Tak tahu nak cerita, tapi itulah yang saya rasa.

Seolah menjadi ketagihan bila membaca buku. Tolak ke tepi lah novel-novel cinta yang bosan yang bersepah di pasaran tu. I tak layan yang tu. Rasa makin stress bila baca novel cinta yang mostly berkisar tentang hati yang dilukai, cinta orang kaya tanpa restu, OMG ianya amat membosankan.


MEMBACA PENGALAMAN HIDUP ORANG LAIN AKAN MENJIMATKAN MASA KEHIDUPAN KITA

Percaya atau tidak, kita memang dapat menjimatkan masa kehidupan kita, hanya dengan membaca buku?

Tapi itu bergantung pada buku yang kita baca lah kan. Kalau duk hadap novel cinta yang bosan, takdelah efek jimat masa kehidupan. Lagi buang masa adalah hehe.

Kebanyakan buku-buku self-help yang ada, adalah buku yang menceritakan pengalaman sebenar penulis, yang mana mereka pelajari daripada pengalaman hidup mereka sendiri selama bertahun-tahun.

Katakanlah ada penulis yang berkongsi tentang cara beliau bebas hutang, yang beliau dapat setelah 10 tahun berusaha. Makanya, hanya dengan membaca rahsia beliau bebas hutang dalam buku yang ditulisnya sendiri, maka kita pun dapat tahu rahsia tersebut tanpa melalui 10tahun pun. Itulah yang saya maksudkan dengan menjimatkan masa kehidupan.

SENTIASA BELAJAR

Begitulah kehidupan. Kita perlu sentiasa belajar dan terus belajar. 

Belajar daripada pengalaman orang yang sudah berjaya, buatkan kita rasa inspired untuk turut berjaya. 

Belajar daripada pengalaman orang yang melawan kesakitan (kanser, sakit kronik dll), buatkan kita muhasabah diri dan meningkatkan kesyukuran, selain meningkatkan kesedaran untuk lebih cakna tentang kesihatan.

Pengalaman adalah guru kehidupan. Dulu saya selalu hairan bila ada orang cakap begitu. Sekarang ni bila umur dah makin banyak, saya dah mula mengangguk setuju.

Pengalaman itu walaupun bukan pengalaman sendiri, tapi kita masih boleh belajar daripada pengalaman orang lain, hanya dengan membaca buku.

Moga kita semua makin memaknakan kehidupan.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.