Salam.
Sebagai first time mother, anak demam adalah situasi yang memang boleh bikin gelabah.
Maklumlah takde pengalaman. Lagi yang bikin serabut, bila banyak sangat pesanan dan nasihat daripada orang kiri kanan.
Saya pun banyakkan bacaan dan bertanya pada doktor-doktor bila bawa anak ke klinik. Dapatkan nasihat daripada yang pakar, gituh.
Maka di sini, saya nak kongsikan apa yang perlu diperhatikan dan dibuat bila anak demam. Ini berdasarkan bacaan, pertanyaan pada doktor, dan pengalaman yang seciput benar ini, perkongsian ni lebih kepada self-referrence juga, agar tak gelabah sangat di masa akan datang.
Check it out ~
1.PANTAU SUHU SENTIASA
Guna termometer, bukan guna tangan main agak-agak je. (Kadang saya pun guna tangan je adoi). Beli je termometer, tu objek wajib ada untuk mak-mak. Lagi bagus kalau termometer yang boleh letak dekat dengan dahi je, dah boleh detect suhu berapa, yang macam doktor guna tu lah. Mudah je, tambah pulak nak hadap anak yang menggelepar bila kita nak check suhu. Bila suhu 38 darjah celcius, sila berhati-hati. Kalau dah 38.5 darjah celcius, better bawa ke klinik segera. Jangan tunggu 39 atau 40. Jangan risikokan anak!
2. SENTIASA JERLUM/JARAM (BASAHKAN) KEPALA ANAK GUNA AIR SUAM
Bahagian pelipat seperti ketiak dan celah leher, tu pun penting untuk dibasahkan. Teorinya adalah haba panas akan berpindah ke tempat sejuk. So maksudnya kita nak keluarkan haba panas dalam badan tu untuk ke luar badan.
3. MAKAN UBAT BILA PERLU
Kalau doktor dah bagi tu, maksudnya perlu lah tu. Bila dah demam, perlukan ubat which is paracetamol. So ikut lah dos yang dicadangkan doktor, bagi pada anak secara disiplin. Kalau setiap 8 jam sekali, sila patuh. Saya pernah terpegun bila dapat pertanyaan doktor,
“ Awak pasti boleh bagi anak awak ubat ni ikut jadual? Kalau hantar ke rumah pengasuh, awak pasti ke pengasuh tu boleh bagi anak ubat ikut jadual?’
Waktu tu baru ‘terbuka mata’ tentang pentingnya ikut jadual makan ubat tu.
4. PAKAIKAN BAJU LUBANG-LUBANG
Kalau boleh takyah pakaikan baju pun takpe. Biar pakai pampers je. Tapi anak saya takleh pakai pampers je, nanti dia nak buka pampers tu. So saya pakaikan pampers dan seluar je.
5. PANTAU KEADAAN ANAK
Jika anak tak aktif, tak ada selera makan, menolak untuk menyusu, sila risau dan bawa ke klinik/hospital dengan cepat!
6. KERAPKAN BAGI ANAK MINUM AIR MASAK
Ini terpakai untuk anak yang 6 bulan ke atas lah. Yang bawah 6 bulan tu, menyusu je.
7. TINGGIKAN KEPALA ANAK JIKA SELESEMA
Ni untuk menggalakkan hingus tu mengalir keluar, dan mudahkan untuk anak bernafas. Anak kan tak pandai hembus hingus sendiri. Nanti saya share penyedut hingus yang saya guna tu.
8. ELAKKAN HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH ATAU TASKA
Bertanggung jawablah bila anak dah sakit. Risau juga nanti anak sebarkan virus jika dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Kasihan anak-anak orang lain tu. Kita pun mesti tak suka kalau anak kita dapat demam sebab berjangkit daripada anak orang lain kan?
CARA SAYA
Bila anak demam, saya akan follow langkah-langkah di atas.
Sebagai tambahan, saya akan bagi anak saya Nutriferon dan Omega Guard.
Nutriferon untuk boost sistem imun. Omega Guard untuk cairkan kahak tu.
Pengalaman sendiri, memang cepat kebah demam bila bagi Nutriferon ni.
Kalau berkahak, ia akan cair dan keluar melalui hingu. Kadang keluar melalui najis, so najis tu akan berlendir sedikit.
Oh ya, untuk jerlum kepala anak tu, saya akan guna air suam yang dititiskan Basic H dalam 2-3 titik. Memang nampak cepat turun suhu badan bila jerlum guna Basih H, berbanding guna air semata.
Ini pengalaman sendiri.
Kalau mommy di luar sana nak cuba produk wajib ada (Nutriferon, Omega Guard, Basic H) untuk anak demam ni, boleh hubungi saya : www.wasap.my/60195161862
2 comments
akk mandikan dia selalu dan bagi ubat. kalau x turun juga baru g klinik
ReplyDeleteTerima kasih kongsi.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.