Betulkah kita perlukan financial freedom (kebebasan kewangan) untuk hidup bahagia ?
Atau ayat yang lebih telus,
Betulkan kita perlu duit untuk hidup bahagia?
DUIT BANYAK ATAU SEDIKIT UNTUK JADI BAHAGIA?
PEMIKIRAN A
Jika kita memang menganggap rumah banglo, kereta berderet 10buah, makan mesti di restoran mewah, kerap melancong keluar negara sebagai INDIKATOR untuk kita dapat BAHAGIA, makanya itu bermaksud kita telah buatkan setting di minda bahawa kita perlu BEKERJA LEBIH KERAS, untuk mencapai FINANCIAL FREEDOM yang kita idamkan.
PEMIKIRAN B
Jika kita menganggap sekadar cukup rumah apartment, nak naik tangga tiap hari pun takde hal, kereta hanya 1 buah dah mencukupi, makan di warung pun tak kisah, melancong di tempat yang bajet-bajet pun ok je, makanya itu bermaksud INDIKATOR kita untuk dapat BAHAGIA adalah lebih rendah berbanding pemikiran A, yakni kita perlu BEKERJA KURANG KERAS berbanding pemikiran A, untuk mencapai FINANCIAL FREEDOM yang kita idamkan.
Point nya di sini, ialah INDIKATOR yang kita tetapkan.
Jika indikator kita tinggi, maka kerja perlu lebih keras dalam hal kewangan.
Jika indikator kita rendah, maka kerja kurang keras dalam hal kewangan.
Bahagia pada setiap kita adalah berbeza.
Tak boleh nak banding orang dalam pemikiran A dan pemikiran B.
Yang pasti, setiap orang mahukan kebahagiaan.
Dan yang pastinya juga, realiti hidup ‘memaksa’ kita menerima hakikat bahawa DUIT perlu untuk melaksanakan tanggung jawab. Tanggung jawab yang dijalankan dengan baik, PASTI beroleh kebahagiaan.
TAK ADA DUIT PUN BOLEH BAHAGIA
Anda pasti?
Betapa banyak penceraian dilaporkan, hanya kerana masalah kewangan keluarga.
Betapa banyak anak-anak yang kurang terjaga, hanya kerana mak ayah bekerja, siap OT segala.
Betapa banyak pasangan yang PJJ, hanya kerana untuk menghadapi beban kewangan yang ada.
Duit diperlukan untuk beli makanan harian, keperluan hidup harian.
Iya duit bukan segalanya. Tapi tanpa duit, kita tak mampu nak meneruskan hidup dengan baik.
Jika ditanya,
“Antara tangan atau kaki, yang mana penting?”
Kita tak boleh nak memilih salah satu, sebab kita PERLUKAN KEDUANYA untuk tugas yang berbeza. Tangan ada peranannya. Kaki pula ada peranannya.
Bila ditanya,
“Which one?”
Jawablah,
“I want BOTH.”
Itulah gaya pemikiran millionaire yang dikongsikan dalam buku ‘Secrets of Millionaire Mind’, oleh T. Harv Eker.
Pemikiran jutawan, mereka tak mahu memilih salah satu, tapi mereka memilih keduanya.
Same goes to bila orang tanya,
“Antara duit dan kasih sayang, mana yang penting?”
Jawablah,
“Keduanya penting!”
Kita tak mampu membayar bil dengan kasih sayang, kita perlukan duit untuk bayar bil.
Kita tak mampu menjaga hubungan kekeluargaan dengan duit, kita perlukan kasih sayang untuk menjaga hubungan kekeluargaan.
Duit ada peranannya dalam kehidupan.
Kasih sayang ada peranannya dalam kehidupan.
That’s it.
4 comments
Sangat setuju!! ^^ hehe and jawapannya Hana pilih dua2 *ehh? haha >_<
ReplyDeleteTerpulang
Deletesemuanya bermula dgn niat, kita cari duit byk ke sikit ke untuk apa? kita muslim semua tahu kebahagiaan hakiki tu camne nak capai
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.