BISNES SHAKLEE

2 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MENYERTAI MLM AGAR TIDAK TERTIPU

18:06

Salam.

Bukan sedikit orang yang skeptikal dan punyai pandangan negatif terhadap MLM (Multi Level Markerting).

Saya pun salah seorang daripadanya, tapi dululah.

Bila baca buku tulisan Robert T. Kiyosaki, beliau pun memang mencadangkan MLM sebagai satu sumber kewangan yang baik bagi mereka yan menyertainya.

Begitu juga bila baca buku tulisan T. Harv Eker, dalam ‘Secrets of Millionaire Mind’, yang menyatakan bahawa MLM adalah jalan bijak untuk dapatkan peningkatan kewangan dan untuk pasif income dalam jangka masa yang panjang.



APAKAH MLM ?

Senang cakap, MLM adalah suatu sistem yang mempunyai upline dan downline. Ia hanyalah suatu sistem. Tak lebih daripada itu.

Jadi apa silapnya MLM?

Adalah apabila berlaku penipuan dan penganiayaan terhadap orang lain.

Ada 2 point penting yang perlu anda pertimbangkan jika mahu menceburkan diri dalam perniagaan MLM.

POINT 1 : PASTIKAN TIADA ‘CARI ORANG’ SEMATA-MATA UNTUK ADA PENDAPATAN (INCOME)

Bahasa mudahnya, MLM tersebut me’WAJIB’kan anda untuk mendaftarkan orang lain di bawah anda (cari orang) semata-mata, untuk melayakkan anda dapat pulangan (income) dalam perniagaan MLM tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan istilah ‘cari orang’. Dan sesungguhnya inilah yang banyak memusnahkan persahabatan ramai orang.

Ada terbaca status FB seorang rakan, yang menyatakan beliau rasa tertipu bila kawan lama di zaman sekolahnya mengajak beliau untuk keluar minum. Kononnya mahu menghubungkan silaturrahim setelah sekian lama tidak bertemu. Tapi rupanya kawan tersebut asyik bercerita mengenai peluang mendapatkan wang jika turut menyertai MLM tersebut. Habis rosak silaturrahim jadinya. Kalau saya kena pun saya akan bengang je.

Perlu jelas bahawa MLM yang menjanjikan pulangan income dengan menjadikan orang lain ahli di bawah anda (downline) semata, tanpa aktiviti jual-beli yang jelas, maka ia adalah MLM yang patut dijauhi.



Ada beza dengan MLM yang menjanjikan pulangan berdasarkan jual-beli produk. Jangan salah bezakan ya. Tak sama tu. MLM yang TIDAK MENJANJIKAN PENDAPATAN dengan hanya mendaftarkan downline baru, itulah MLM yang disarankan oleh Robert T. Kiyosaki dan T. Harv Eker. Pendek kata, pendapatan mestilah berdasarkan urusan jual-beli, sebagaimana namanya, perniagaan.

Tak ada downline (cari orang), tak ada pendapatan = MLM yang MENIPU

Tak ada downline (cari orang), masih ada pendapatan sebab buat urusan jual beli = MLM yang BENAR

POINT 2 : PASTIKAN TIADA KEPERLUAN ‘BELI PUKAL’ UNTUK MENDAPATKAN PENDAPATAN

Ni tricky sikit, sebab ada je MLM yang benar, tapi DIMANIPULASIKAN oleh orang yang tak bertanggungjawab, yang meminta setiap ahli baru WAJIB buat belian untuk layak dapat income.

Jika ada MLM yang menyuruh anda buat belian pukal (borong banyak sekaligus), sila berhati-hati. Lagi best,  cakap je ‘TAK NAK’.

MLM hanyalah sistem yang ada upline dan downline, dengan tujuan downline akan mendapat GUIDANCE tentang cara buat sales dan marketing daripada upline.



PERNIAGAAN MESTILAH BERASASKAN JUAL BELI PRODUK

Perniagaan adalah urusan jual beli. Orang beli, kita jual. Hasil untung runcit itulah keuntungan kita. Jika kita capai point (sebab jual barang) pada kuota tertentu, syarikat pun bagi bonus (duit) atas usaha kita menjual produk syarikat.

Itu yang sepatutnya. 

Mengapa perlu beli pukal jika sesuatu produk itu memang bagus? Takut barang tak baik ke? Takut orang tak beli sebab harga mahal ke?

Kalau anda jumpa syarikat yang TAK YAKIN dengan produknya, kirim salam je lah.

Itu tanda mereka tiada wibawa.

Kalau dah namanya meniaga, mestilah kena ada urusan jual beli produk (atau servis). Bukannya dapat income melalui BERAPA KEPALA (downline) yang berdaftar bawah anda. 

SHAKLEE NI MLM JUGA KAN ?

Iya. Tapi MLM yang BENAR sebab :

-Tak perlu CARI ORANG
-Tak perlu BELI PUKAL

YANG KENA DAFTARKAN AHLI BAWAH KITA TU APA PULAK ?

Itu untuk keuntungan ahli baru itulah. Sebab nanti ahli baru tu boleh nikmati harga murah untuk semua produk Shaklee.

BAGAIMANA NAK UNTUK DALAM BISNES SHAKLEE ?

Buatlah sales. Jual produk. 
Banyak sales, banyaklah untung.

KALAU ADA BANYAK DOWNLINE, KITA DAPAT INCOME KE ?

Kalau anda daftarkan 10 downline dalam sebulan pun, anda tak dapat 1sen pun HANYA KERANA mendaftarkan ahli baru.

Dalam Shaklee, anda dibayar sebab berapa sales, bukan sebab berapa kepala.

Nampak tak?

Sebab inilah saya suka dan masih bertahan dengan bisnes Shaklee sejak 2012.

Saya ni bukanlah jenis yang suka dipaksa. Kalau awal-awal lagi dah kena paksa CARI ORANG dan BELI PUKAL, dah lama saya angkat kaki dari bisnes Shaklee ni.

Dalam Shaklee, kalau nak income hebat, sales kenalah lebat!

Moga anda semua tak tertipu dan terjebak dengan mana-mana MLM yang lebih kepada skim cepat kaya.


You Might Also Like

2 comments

  1. MLM ni ada kebaikkannya juga. Secara tak langsung, ia melatih kita untuk jadi seorang usahawan dengan modal yang sangat minima.

    Cuma macam yang tuan blog katakan tu la... kalau letak syarat kena beli pukal, itu baik lari jauh2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda baik memang ada orang yang suka manipulasi. Biasalah manusia kan...

      Delete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.