CERITA KEHIDUPAN

BUDAK BERKEPALA BESAR MASIH DI TBS

08:43

Air mata saya tumpah lagi.

Dulu sewaktu terbaca kes ini viral di FB, yang bercerita adik ini berada di TBS, bersama 'ibu' yang kerap bertukar, meminta sedekah.

Mereka berada di jejantas antara stesen tren LRT/Komuter ke TBS.

Hari ini tengok sendiri di TBS, hati sebak sekali.

Mata adik ini terkebil-kebil, di tengah bahang matahari. Jejantas punyai atap, tapi waktu tengahari yang berbahang, cukup buatkan sesiapa pun untuk rasa tidak selesa. Apatah lagi seorang budak yang sakit seperti itu.

Di sebelahnya ada seorang wanita berpakaian serba hitam.

Kali pertama saya nampak mereka di waktu tengahari.

Petang, saya nampak mereka masih di situ.

Saya merapati mereka, melihat wajah adik ini sekilas lalu, tak sampai hati nak tengok lama.

Saya pandang muka wanita tersebut, saya tarik tangannya, lalu bersalam dan cium tangannya. Dalam hati berdoa moga ada kebaikan selepas ini. Beliau terkejut dengan tindakan saya. Wajah saya tiada reaksi. Saya selit sehelai duit di tapak tangannya, sambil memandang tepat ke matanya.

Saya tak bersuara sepatah pun. Tapi saya memandang dengan isyarat 'tolong selamatkan anak ini'. Moga sampailah isyarat hati saya itu.

Kisah tentang adik ini pernah viral, bahkan beberapa kali di FB.

Anda hanya perlu taip di ruangan search 'budak kepala besar di TBS'. Pasti berjumpa kisah tersebut.

Sudah ada yang bertanya pada polis yang ada di stesen, kata mereka ianya di luar bidang kuasa mereka, kerana tiada undang2 yang layak untuk menangkap mereka.

Kata polis tersebut, ianya tanggungjawab jabatan kebajikan masyarakat dan pihak imigresen (dipercayai mereka adalah warga asing). Pernah dimaklumkan sudah berlaku 'penangkapan', tetapi mereka kembali lagi di TBS.

Kisah ini perlu viral lagi, agar mengundang perhatian pihak berwajib.

Saya tak tahu nak kata apa.

Perasaan bercampur baur.

Sebagai seorang ibu, melihat keadaan adik tersebut benar2 mencarik hati, air mata saya tumpah lagi.

Saya menyeru lebih ramai masyarakat kita yang mengangkat isu ini, agar mengundang perhatian pihak berwajib.

Kita tak tahu siapa mereka, tak tahu mereka teraniaya atau diperguna, tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Kita berharap pihak berwajib boleh berbuat sesuatu.

Kalau tak boleh nak fikirkan tentang sindiket,
fikirkan tentang hak manusiawi adik berkepala besar yang sedang sakit.

Mohon jadi manusia.

You Might Also Like

4 comments

  1. Hari tu kat TBS ni saya ada nampak juga dan hulurkan apa yang patut. Moga ia membantu sedikit. Semoga ada pihak yang sudi hulurkan bantuan di mana yang perlu. Lan & Joe, curiostraveller.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memamg kasihan. tergamak buat macam tu kat baby.

      Delete
  2. itu lah
    masa 1st time jumpa memang sebak...tak sedar keluar juga air mata sebab sedih tengok
    ada lah bagi sikit bantuan
    lepas tu viral berita rupa budak-budak tu mangsa sindiket
    haihhh kesian budak tu
    semoga geng2 sindiket tu dapat balasan setimpal daripada Allah kerana menggunakan kesakitan budak tu untuk dapat wang derma

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.