Air mata saya tumpah lagi.
Dulu sewaktu terbaca kes ini viral di FB, yang bercerita adik ini berada di TBS, bersama 'ibu' yang kerap bertukar, meminta sedekah.
Mereka berada di jejantas antara stesen tren LRT/Komuter ke TBS.
Hari ini tengok sendiri di TBS, hati sebak sekali.
Mata adik ini terkebil-kebil, di tengah bahang matahari. Jejantas punyai atap, tapi waktu tengahari yang berbahang, cukup buatkan sesiapa pun untuk rasa tidak selesa. Apatah lagi seorang budak yang sakit seperti itu.
Di sebelahnya ada seorang wanita berpakaian serba hitam.
Kali pertama saya nampak mereka di waktu tengahari.
Petang, saya nampak mereka masih di situ.
Saya merapati mereka, melihat wajah adik ini sekilas lalu, tak sampai hati nak tengok lama.
Saya pandang muka wanita tersebut, saya tarik tangannya, lalu bersalam dan cium tangannya. Dalam hati berdoa moga ada kebaikan selepas ini. Beliau terkejut dengan tindakan saya. Wajah saya tiada reaksi. Saya selit sehelai duit di tapak tangannya, sambil memandang tepat ke matanya.
Saya tak bersuara sepatah pun. Tapi saya memandang dengan isyarat 'tolong selamatkan anak ini'. Moga sampailah isyarat hati saya itu.
Kisah tentang adik ini pernah viral, bahkan beberapa kali di FB.
Anda hanya perlu taip di ruangan search 'budak kepala besar di TBS'. Pasti berjumpa kisah tersebut.
Sudah ada yang bertanya pada polis yang ada di stesen, kata mereka ianya di luar bidang kuasa mereka, kerana tiada undang2 yang layak untuk menangkap mereka.
Kata polis tersebut, ianya tanggungjawab jabatan kebajikan masyarakat dan pihak imigresen (dipercayai mereka adalah warga asing). Pernah dimaklumkan sudah berlaku 'penangkapan', tetapi mereka kembali lagi di TBS.
Kisah ini perlu viral lagi, agar mengundang perhatian pihak berwajib.
Saya tak tahu nak kata apa.
Perasaan bercampur baur.
Sebagai seorang ibu, melihat keadaan adik tersebut benar2 mencarik hati, air mata saya tumpah lagi.
Saya menyeru lebih ramai masyarakat kita yang mengangkat isu ini, agar mengundang perhatian pihak berwajib.
Kita tak tahu siapa mereka, tak tahu mereka teraniaya atau diperguna, tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Kita berharap pihak berwajib boleh berbuat sesuatu.
Kalau tak boleh nak fikirkan tentang sindiket,
fikirkan tentang hak manusiawi adik berkepala besar yang sedang sakit.
Mohon jadi manusia.
kehidupan yang lebih baik.
kewangan dan pastinya keadaan spiritual
yang makin dekat kepada Tuhan.
tenaga yang baik. Barulah kita akan bersemangat
dan semestinya lebih efektif untuk buat lebih
banyak kerja dalam satu hari.
Dengan mengaku tidak pernah jadi ahli Shaklee.
Lalu mendaftar jadi ahli Shaklee dalam grup saya.
Semata-mata nak korek idea dan tips dan skill bisnes saya.
Segala macam soalan dia tanya.
Segala soalan saya jawab detail.
Rupanya dia dah memang jadi ahli Shaklee, tapi dengan orang lain.
Adoi, kenapa tak tanya idea, tips dan skill daripada upline anda?
Hmmmmmm.
Lepas saya dapat tahu,
terus dia block saya di whatsapp, juga di mukabuku.
Mulanya macam nak marah.
Tapi akhirnya saya mampu bertenang.
Kasihan pun ada.
Dia nak survive sambung belajar di Jepun, tu yang nak dapat duit melalui bisnes Shaklee.
Sampai sanggup menipu.
Kenal dah lama.
Tapi tentang bisnes, sanggup dia menipu.
Bijak pandai je orangnya, siap masuk universiti.
Tapi hmmmmmm.
Saya serahkan pada Allah, untuk selesaikan hal ini.
Pada yang belum jadi ahli, sila pilih upline anda betul-betul.
Supaya takyah menipu di kemudian hari.
Dosa dapat, kawan pun hilang.
Yang memang nak daftar dengan saya, silakan hubungi segera ya.
http://www.wasap.my/60195161862
Orang yang tidak mengenali saya akan berkata saya adalah seorang yang pendiam.
Jarang bercakap.
Bahkan ada yang pernah kata saya mudah dipijak kepala.
Bagi orang yang mengenali saya,
pasti akan tahu bahawa saya jenis yang tidak berdiam diri,
pabila sedang diperbodohkan dan dipergunakan.
Saya bukanlah yang akan diam jika ada sesuatu pendapat tentang sesuatu.
Sesungguhnya perangai diam saya yang dilihat oleh orang lain itu bukanlah bermaksud saya jenis pendiam.
Tapi lebih kepada 'malas nak layan hang'.
mengambil sumber makanan yang mempunyai tahap glisemik tinggi, kita akan rasa energetik yang amat sangat sejurus selepas makan, tetapi kembali rasa letih dengan lebih cepat.
mengamalkan ESP!
B COMPLEX : RM58.75